Pernah tak ada masalah nak cari make up remover yang sesuai dengan kita..kalau aku, pening tau..sebab aku dalam kategori kulit sensitif..aku risau je kalau guna mana-mana make up remover sebab takut jerawat naik..kulit sensitif ni payah sikit..tapi kalau tak cuba mana nak tau kan produk yang mana serasi dengan kita..

Makeup remover yang aku cuba sekarang ialah ALOVIVI Purevivi..ada tertera di botol untuk kulit sensitif..aku kan dalam kategori kulit sensitif..Fungsinya selain untuk mencuci make up kita, ia juga melembapkan kulit..Ia juga tidak berbau, tidak mempunyai warna (warna jernih), tidak berminyak, tidak mengandungi paraben & alkohol..

Aku dah gunakan hampir seminggu, memang senang sangat nak cuci mekap guna ALOVIVI Purevivi ni..sekali sapuan sahaja, semua make up berjaya ditanggalkan..especially part kening, mascara & eyeliner..Yang paling best, tak de rasa pedih, gatal atau kulit menjadi merah-merah lepas guna..nooo..paling penting tak de jerawat naik..yeay!!kecuali masa datang bulan..tak boleh nak buat apa..semua wanita pun, bila nak period je..sibuk la jerawat naik..but it's normal..tapi kalau nak kata jerawat naik sebab guna ALOVIVI purevivi, NO..ni untuk yang kulit sensitif macam aku ..kalau yang tak de masalah kulit, lagi la okey..

Info untuk korang :~
  • Make up remover purevivi ni boleh didapati dalam botol besar (500ml).. 
  • Berasaskan air
  • Anggaran untuk tahan 2-3 bulan atau lebih..depends pada cara penggunaan masing-masing..
  • Harga ~ RM 48.90..
  •  Boleh di dapati di Watsons, SaSa & Aeon Wellness..

Selamat ber 'Purevivi' korang..
Macam flawless je muka aku..haha..padahal..parut jerawat merata..
My real face without makeup..selepas menggunakan make up remover purevivi..terserlah parut jerawatss + mata panda..ahaks...
Auto Publish entry..hehe..tuan blog bercuti

0 Comments