Eh..Lupa plak haritu aku ada mention untuk korang yang berminat jadik member The Faceshop Malaysia..Antara keistimewaan yang korang dapat adalah seperti sms yang aku terima kat bawah ni..

Bulan ni kan birthday aku, so haritu masa mencari perfume aku ada menyinggah kat TheFaceShop Mid Valley nak tengok hadiah yang dapat dari situ..Facial foam + plus 30% diskaun dengan setiap pembelian barang..30% tu tau la..yang free gift tu, aku nak tau..kot la dapat perfume ke kan..ahaksss..aku kan masa tu tengah duk mencari perfume..Sekali tengok facial foam daaaa..Aku tak amik la sebab aku ada masalah kulit sensitif..Aku dah serasi dengan Ephyra so malas la nak amik facial foam TheFaceShop ni..Aku tak pasti kalau hadiah untuk birthday setiap bulan berlainan..Nanti share la info yea kalau korang dah joint jadik member & dapat free gift sempena birthday..
Korang yang berminat nak jadik member, boleh la register di TheFaceShop  
Keistimewaan mendaftar sebagai ahli di The FaceShop Malaysia, korang dapat membuat pesanan lebih mudah menggunakan buku alamat yang disimpan, keupayaan untuk menyemak pesanan yang lepas serta menggunakan perkhidmatan peringatan e-mel TheFaceShop supaya korang tidak lupa tarikh penting seperti ulangtahun perkahwinan, birthday & etc..

Auto Publish entry..hehe..tuan blog bercuti

0 Comments