Tanggapan orang bila tak de anak lagi..mesti banyak duit..yelah..
mana orang tak pikir camtu..tak de komitmen dari segi kewangan untuk beli pampers, susu, upah pengasuh/nursery & lain-lain..tambah pulak macam aku & mr hubby..kitaorang dua2 kerja..orang duk pikir mesti banyaknyaaa duit..tengok pulak selalu gi bercuti bagai..pftttt..sempitnya fikiran orang..orang-orang tu lupa kowt, walaupun kitaorang tak de komitmen dari segi anak lagi..tapi kitaorang ada komitmen lain..nak bayar duit rumah (sebab kitaorang dah beli rumah), bayar kereta, bil-bil, beli barang dapor, kredit kad..hah..tengok kredit kad mesti ingat 'eh, banyak duit la tu kan..pakai kredit kad'..pfttt..kredit kad tu memang la kalau dengar macam gah je ghupe dia tapi guna kredit kad serupa berhutang jugak derrrr..ujung bulan nak kena bayar gak baper yang dah guna..tapi orang-orang yang bercakap tue tak pikir camtu ..dorang pikir orang yang tak de anak ni lagi, mesti banyak duit..

tapi malas la nak cakap kan..memasing punya pikiran..kalau dah cakap kitaorang banyak duit..moga-moga masin la mulut yang bercakap tu..aku & mr hubby nak kata mengeluh dari segi kewangan ke, tak de rasanya..alhamdulillah..tak de la susah sangat..tapi ada time-time tu, sesak jugak..tapi kita buat rilex je..malas nak heboh2 kat orang, tak de duit ke hapa..

Sekarang aku malas nak update sangat gambar-gambar aku & mr hubby gi bercuti kat fb..aku update kat ig je tapi aku tak share kat FB pun..sebab nanti orang cakap kitaorang ni asik bercuti je..mesti banyak duit..ada jugak kenkadang terlepas sekeping dua gambar aku update kat fb kalau gi bercuti..kalau dulu, aku siap buat 1 album lagi kat fb lepas dah gi bercuti ke mana-mana..niat cuma nak berkongsi je..tapi sekarang dah malas..sebab nanti orang ingat kitaorang ni banyak duit sangat..sikit-sikit gi bercuti..padahal tak tau, kalau kitaorang gi bercuti tu guna duit mana yang ada je..lepas je balik dari bercuti, mesti kitaorang akan bajet2 sebab dah guna masa bercuti..tue la selalunya konsep yang aku & mr hubby guna untuk gi bercuti ke mana-mana..

bercuti ni pun nak kata aktiviti wajib kitaorang pun iya jugak tapi bergantung pada bajet yang ada..Kalau cukup, on..kalau tak cukup, senyap2 je la..kitaorang tak de pun plan sampai nak bercuti kat obersee nun yang belah2 negara omputih tu..banyaknya dalam Malaysia je..yang pernah kitaorang gi bercuti luar negara kat Singapore & Thailand..negara jiran..bercuti ni pun nak release tension, penat bekerja..sesekali otak, badan nak rilex2 jugak..bukan bermaksud kitaorang bercuti ke mana-mana, kitaorang banyak nooo duitnya..tapi kalau dah orang anggap atau cakap macam tu, moga-moga masin la mulut2 yang bercakap tu..


5 Comments

  1. orang memang tak senang tengok kita.. Ada saja tak kena..

    ReplyDelete
  2. tanggapan yang sama sekali SALAH..macam fieza cakap..susah kita orang tak tahu..sedih tangis kita orang tak nampak..resah gelisah kita orang tak perasan..Allahu..moga Allah teguhkan iman kita..

    ReplyDelete
  3. hmmm... semuanya bergantung pada pengurusan kewangan kita kan... and also soal rezeki. Allah adil bg semua sama rata. Kalau nk ikutkan setiap makhluk tu ada rezeki masing2. Kalau ada anak, kompem anak ada rezekinya... i pon kadang x paham kenapa dorang nk bandingkan rezeki ngan org cm kita ni... huhuhuhu...

    ReplyDelete
  4. Assalam fieza,
    mulut manusia kan3
    lantak ke deme he3

    ReplyDelete
  5. Biarkan je la fieza....kalau dia nak fikir kita kaya sebab masih belum ada tanggungan anak, aminkan je. InshaAllah mana tahu kita boleh kaya betul2, senang lenang....esok lusa kita kaya, ade gak rezeki kita nak bersedekah pada org yang memerlukan.....

    ReplyDelete