Mood memasak dh mai dah..

Saja share resipi kat sini untuk rujukan aku & pada sesapa yang berminat nak cuba..

Pattern aku kalau cuba apa-apa resipi, first of all mesti simple & bahan-bahan senang nak cari.. 

Pagi semalam untuk breakfast, aku try masak Spaghetti Goreng Seafood..Resipi asal dari Sheila Rusly..

Resipi Spaghetti Goreng Seafood 

Bahan-Bahan : ~ 
 200gm spageti ~ direbus
2sb lada kisar
2 bj bawang putih - dicincang halus
2 genggam isi udang
2 genggam sotong - dibersihkan dan dipotong-potong
7 batang jejari ketam ~ dipotong-potong
3sb sos cili
2sb kicap manis
3sb sos tiram
sayur sawi secukupnya
taugeh secukupnya

Cara-Cara : ~
1. Panaskan minyak, tumis lada yang telah dikisar & bawang putih yang telah dicincang
2. Masukkan sos cili, sos tiram & kicap manis (gaul sebati)
3. Masukkan sawi dan bahan seafood -kacau rata
4, Masukkan spagheti dan taugeh, gaul sebati
5. Kalau rasa dah okey, angkat & sedia untuk dihidang..

  Lunch ~ Sambal Ikan Bilis..selain menu ni, ada menu lain tapi mak aku yang masak..hat ni resipi mak tapi aku yang masak..

 Resipi Sambal Tumis Ikan Bilis
  
Bahan-Bahan : ~  
Ikan Bilis (Terpulang nak banyak mana.Ikut selera memasing)
Sebiji bawang besar
Sebiji bawang putih
2 sudu cili kering yang telah dikisar
Sedikit air asam
Sedikit garam
Sedikit gula

Cara-Cara : ~ 
1. Ikan bilis digoreng dahulu sehingga garing @ separuh garing (ikut citarasa masing-masing yea)..Ketepikan dahulu.
2. Tumis bawang besar, bawang putih & cili yang telah di kisar.
3. Tunggu sehingga naik minyak, masukkan pula air asam, garam & gula secukup rasa..Gaul hingga sebati.
4.  Setelah agak sebati, masukkan ikan bilis..Kacau-kacau seketika..Sekiranya rasa dah okey, siap..angkat untuk dihidangkan

2 Comments

  1. bab memasak ne fae belum pro sgt huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple je 2 resipi ni..sonang..sya klu nk masak mmg cri resipi yg simple, ringkas n sedap..

      Delete