Bila shopping online!!

Aku nak story ni sebab ada isu di salah satu group yang aku joint kat fb..

Isunya, sorang penjual ni di tuduh penipu..mula-mula dia bagi screenshot pm antara dia dengan buyer dia yang sangat la divaaa ni..tapi screenshot tu blur..so ramai member termasuk admin mintak dia screenshot balik..aku pun tertarik jugak nak baca..baca punya baca bila dia bagi screenshot yang lebih clear..terus rasa berangin..si pembeli ni tau ke tak konsep beli secara online..apa fungsi penjual bagi no.tracking??what der??tolong la jangan rasa riak sangat..'oooo..aku dah bayar..kenapa pulak aku kena check no.tracking bagai..ko jual, ko la kena pastikan barang tu sampai kat aku.aku tau barang sampai je kat aku'..kalau macam ni la punya attitude, aku nasihatkan pergi la beli kat luar..jangan beli secara online..sebab ko tak paham konsep beli secara online??

aku tak back up penjual tu tapi for info untuk kita as pembeli..once kita dah buat payment & seller dah bagi tracking no..untuk apa tracking number tu??pergi check kat web POS LAJU!!bukan susah pun,klik2 je..and seller lepas dah bagi no.tracking, kena check jugak status barang-barang tu samaada dah sampai ke tak pada customer..kalau boleh jangan lepas tangan selagi barang tak sampai pada customer..

my style, harini penjual bagi no.tracking & dah post..esoknya terus aku check no.tracking kat web Pos Laju..sebabnya excited nak tau barang kita dah sampai mana?dan jugak nak tau samaada betul ke tak no.tracking yang penjual tu bagi..mana la tau kot2 kena tipu ke??tapi so far alhamdulillah..tak pernah lagi kena tipu.. 

Dalam isu yang aku story kat atas ni, si pembeli is very da DIVA???penjual mintak dia check tracking number yang dah diberi tapi pembeli ni boleh tanya balik 'Saya kena check??tak tau la nak cakap macam mana'?? korang ghasa ?? and ada salah sorang member group komen & katanya si pembeli ni ada up isu ni kat group lain which is pengomen ni member kat group tu jugak..tapi si pembeli ni tak bagi full details macam buyer ni buat..separuh je..well??

point aku nak story kat sini..tau tak konsep beli secara online tu macamana?

> SELLER promote barang di media sosial..

> POTENTIAL BUYER berminat & wassap/pm seller & tanya info mengenai barang
> Bila seller dah bagi info pasal barang semua & buyer berminat..SELLER akan bagi detail akaun untuk buat bayaran..

> BUYER transfer / bank in bayaran..bagi bukti slip bayaran pada SELLER..

> SELLER check dah terima ke bayaran dalam akaun..Lepas confirm diterima, packing barang..

> SELLER post out barang..kebanyakan seller akan guna POS LAJU..SELLER isi slip..post barang..No.tracking bagi pada BUYER..

> BUYER, check no.tracking keesokan hari selepas seller dah post barang (untuk check barang dah sampai mana & samaada no.tracking yang diberi tu betul atau tidak?)..

> SELLER, do follow up also..sampai barang dah di terima oleh BUYER..Mana tahu ada problem di pihak POS LAJU ke??atau if barang dah di bawak keluar oleh Pos untuk dihantar tapi tak berjaya sebab kat alamat yang diberi oleh BUYER, tak de orang masa pos nak hantar @ buyer tersalah bagi alamat..so kita boleh inform pada BUYER semula..itu la fungsi no.tracking!!jadik kedua-dua pihak memainkan peranan!!
 
kalau yang jenis yang nak di layan like so VVVVVIP..aku nasihatkan tak payah la yea beli secara online..pergi beli kat butik yang branded..dari bukak pintu sampai lepas beli, jurujual tu assist..kalau boleh sampai ke kereta dia hantar!!

isu atas ni dah selesai pun..barang dah return semula pada penjual sebab pos laju hantar ke alamat pembeli ni, tak de orang untuk terima barang..bila call, tak dapat..so mungkin dah lama hold kat pos laju & tak dituntut oleh pembeli ni, barang di pulangkan semula ke penjual..penjual ni pun dah refund duit pembeli dia ni..kesian jugak kat pembeli ni, dia jual barang sebab dia nak pakai duit untuk bersalin..nak beli barang-barang baby katanya..masa dapat duit dari pembeli ni,dapat la jugak dia beli barang yang dia nak..tapi lepas tu kena pulangkan balik duit pembeli ni..

5 Comments

  1. haiii....yayac singgah sini blogwalking dari BW UZU.... NO.5 - www.yayacendana.com ^_^

    ReplyDelete
  2. haii...datang sini follow n bw dr blog uzu..meh singgah blog kite jugak.. :)

    http://izatie91.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. true. kalau nak jadi Diva kena pergi lah tempat-2 mahal. lagipun Sekarang dah takde Istilah Customer Always right bila situasi cmni selalu terjadi.

    Blogwalking dari Blog Kak Uzu (EmasPutih) :D

    Alja no 28 (www.cahayapermata.my)

    ReplyDelete
  4. Salam kenal. singah blogwalking dari blog emas putih. Done follow sini juga ya.

    http://ceritaejoy.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. Salam..jln2 blogwalking untuk hri ni kejap ;) dr blog emas putih....selamat Hari Raya Haji...sy follower ke282 di sini ..

    http://ilovebunga89.blogspot.my/

    ReplyDelete