Tajuk utama METRO harini..lorr, kebetulan pulak aku memang nak up entry pasal Vape ni coz mr hubby baru je beli ahad lepas (26/7/2015)..

Gadis bertudung & wanita pregnant pun ketagih vape2 ni...masing-masing pikir la..udah besor..

Dulu masa sekolah, kawan2 pompuan aku ada gak yang merokok siap offer lagi  tapi idok plak aku nak terpengaruh..sebab sedar diri, mak abah aku bukan orang senang..ko nak merokok bagai..kalau tengah sekolah, nak beli rokok bukan kena mintak duit ngan mak bapak ko..even lepas abis sekolah, dah start keja pegang duit sendiri ada jugak kawan dengan pompuan yang merokok, tapi aku tak de rasa nak try pun..kira semangat aku kuat supaya tak terpengaruh..walaupun aku membesar di kota metropolitan Kay Ell..wahhh..pokok pangkal hati..kalau ko nak ikut sangat gaya hidup yang moden n canggih , memang ko terpengaruh la..


Jadik aku rasa kalau ada remaja pompuan even yang bertudung & pregnant lady duk sedut vape ni, nak nampak stylo kowt..Walaupun vape ni kalau tengok kelebihan dia, tak merbahaya tapi aku kuno sikit..aku macam anti sikit , pompuan smoking walaupun guna vapor ni, ko sedut wap air tapi konsepnya sama je..macam SMOKING..aku rasa  kalau pompuan tu cantik, sekali tengok smoking, derrr..terus jadik tak cantik..Kebanyakan pompuan smoking ni ada nak ikut gaya hidup sekarang yang moden la sangat @ ikut kawan-kawan..kawan merokok, ko pun nak merokok..macam stylo sangatttt..tapi sukati korang la kan..duit korang..bukan duit ku..hehe..but for me, pompuan smoking a big NO..aku tak kutuk kaum aku yang merokok & sokong pulak kaum lelaki merokok cuma ni pada pendapat aku je..lelaki & rokok, NORMAL..tapi pompuan & rokok, ERRRRR..

Kelebihan & Kekurangan Vape ni.. macam banyak kelebihan je..


Kelebihan Rokok Electric (Vape)

• Tidak ada abu

• Tidak bau

• Simpel & modern

• Ramah lingkungan

• Asap tidak mengganggu orang sekitar

• Tidak mengandung tembakau yang mengandung lebih dari 3000 zat beracun

• Low Nikotin (sesuai untuk perokok yang ingin mengurangi/berhenti merokok)

• Rokok Elekrik sama sekali tidak mengandung TAR

• Dapat memilih berbagai macam (flavor) rasa yang pelbagai-bagai (coffee, menthol, marlboro)


• Tidak memerlukan pembakaran

• Dapat di hisap di dalam kawasan ber Air-Cont 

• Tidak membuat gigi menjadi kuning

• Bateri dapat di isi ulangan (Re-chargeable)

• Bateri tahan 2-3 jam ( Depends cara hisap ) 

• Rokok Elektrik e-Cigarette dapat dipakai 1-3 tahun


Sumber dari ohmyvapor 

Kekurangan Electronic-Cigarette


  • Semasa menggunakan rokok elektronik, pengguna tidak akan tahu berapa banyak wap nikotin mereka telah sedut yang agak berbahaya. Ini kerana jika kita menghisap rokok sebenar kita akan berhenti jika abu rokok sudah habis, ini kerana rokok elektronik apabila di "charge" penuh akan bertahan selama 8 jam tanpa henti.
  •   Terlalu banyak kita sedut boleh menyebabkan kesan sampingan nikotin yang berlebihan dalam badan.
  • Tidak sesuai untuk penguna yang alah pada propelyne glycol (PG).Tanda alahan ialah bila sedut dengan liquid PG base gusi bengkak, gigi jadi sensitif dll
Sumber dari FACEBOOK


Ni set vapor mr hubby punya..complete dengan 4 flavour..aku nak tengok baper lama, mr hubby tak beli rokok batang tu.. ;)

Memang tengah trend yeak sekarang vape ni..mr hubby pun terpengaruh jugak..dulu rasa aku mr hubby ada beli vape ni tapi dia stop..tak ingat pasaipa..aku tanya, mr hubby cakap bocor ke hapa yang hat lama punya dulu..adik ipar aku cakap yang baru ni, tak de bocor2..katanyaaa..okey, we see :)
Ahad minggu lepas, selamat RM****.00 beli set vape baru..vengsan..sebelum beli ni, mr hubby ada cakap nak beli vape..aku cakap tak kisah tapi jangan la kang vape pun vape, yang rokok manual a.k.a rokok batang tu pun beli jugak..tu bukan nak mengurangkan kos..menambahkan kos lagi ada..pfffft..tak tau kita tengok baper lama, mr hubby bertahan dengan vape ni..adik aku, adik ipar aku pun duk guna vape ni jugak..tu gamaknya mr hubby terpengaruh gak tu..gigih la aku google info kat atas nak tau kelebihan & kekurangan guna vape ni..tapi macam banyak kelebihan je..sokay, sokay..positip, positip..bagi sokongan kat mr hubby, hope kuranglah merokok..hope sooo..aku tanya adik aku, kurang ke merokok dah guna vape ni..dia cakap, time lepas makan je dia cari rokok biasa..kalau tak, vape sajo..kata adik aku la..tak pe, kita tengok..heee

Motto "STOP SMOKING START VAPING"..Hope ada effect la pada pengguna2 VAPE ni termasuk mr hubby ku itu..

5 Comments

  1. Replies
    1. kannnn..tu husband sya tpengaruh gak tu..

      Delete
  2. kak fieza, suami saya hisap vape, sengah botol flavour je guna..trus brenti smoking..bli ja vape, stop rokok biasa tu..lepas 2 mggu vape pun brenti..hehe..

    ReplyDelete
  3. Assalam fieza,
    cotik ghayer baru2 ni
    weols lepak rehat dekat R&R
    duduk dalam keta ja
    dari jauh nampak sorang mamat ni isap menatang ni laaaa
    tu dia haaiihhhh
    dia punya asap macam asap ekzos keta
    tergelak sakan kami laki bini he3

    ReplyDelete
  4. Build A Vape allows you to build your own custom vape kit. A retailer for vapes electronic cigarettes, tanks, ejuice, eliquid and vape accessories. Free shipping for all order over $150. Healthy Alternative for Smoking

    ReplyDelete