Dah lama tak update pasal TTC aku, kan??malas nak update selalu..nanti ai is stress..kita rilex2..sesekali baru update.. ;)

Refer pada entry aku kat SINI..ada beberapa komen yang nak tau perkembangan lepas aku menggunakan krim furmon ni..

For info krim tu tak de effect pada aku..bukan kata krim tu tak bagus yea..cuma effect pada aku tak de apa-apa..Ramai je yang berjaya hamil dengan krim furmon ni..ada yang dah bersalin pun..TAHNIAH!!krim ni cuma penyebab sahaja..kita usaha..bila usaha berjaya, ALHAMDULILLAH..Untuk aku plak, aku tak sesuai guna krim ni..memang aku pernah mention masa baru beberapa hari pakai krim ni, tak de rasa gatal apa pun..effect gatal-gatal tu lepas 2 minggu aku guna..dia punya gatal sampai ke tangan..masa mula2 aku pakai, sampai bengkak tangan aku sebelah..aku pun tak tau la kesan pakai krim ni ke apa..sapu kat area perut, dah kenapa yang gatal kat tangan..kat perut pun ada gatal2 tapi tak seteruk kat tangan..eh..aku bukan nak takut-takutkan pada yang bercadang nak mencuba..korang try la dulu, k..aku citer ni effect krim ni pada aku..pada orang lain, macam aku cakap tadi ramai je yang berjaya pregnant..so jangan takut plak nak try..

lepas pakai 1st time & gatal-gatal kat perut, tangan..aku stop dulu sementara..elok aku stop, gatal-gatal pun dah slow2 okey..pas tu aku ada la google punca gatal-gatal, katanya kena minum banyak air masak untuk buang toksin dalam badan..aku google jugak cara sapuan...bila baca-baca instrution untuk sapu krim tu, aku rasa salah buat..okey, jangan putus asa, kita try sapu lagi sekali, bila pakai je, gatal2 tu naik balik kat tangan walaupun rasanya banyak gak minum air masak..stop lagi sekali..dah lama sikit, sambung sapu kali ke-3..pun sama..bila aku sapu je krim tu, start la gatal-gatal kat tangan & perut..masa period baru ni, aku pakai lagi sekali..nak tengok acane..sama jugak ke?confirm, sama jugak..haih..terus stop..malas aku nak continue..nak buang sayang kowt..RM150..vengsannnn..banyak lagiii..cadangnya aku nak bagi kat biras aku..sebab dia pun TTC cam aku gak..

Untuk TTC yang baru nak mencuba-cuba, sila kan..jangan risau effect berbeza untuk setiap orang..

apa fungsi Krim ni..meh nak share..lagi satu yang bagus furmon ni, kalau dah confirm pregnant pun still boleh continue guna..untuk kuatkan rahim..

sumber gambar dari mr.google

 
sumber gambar dari mr google jugak..ni testimoni hamil dengan krim furmon..untuk pembakar semangat pada yang nak mencuba krim furmon ;)

Bawah ni info dari >> MISIHAMIL


Tatatertib Penggunaan FURMON


✿•Bersihkan bahagian kulit yang ingin disapu dengan Furmon daripada sebarang kekotoran dan daki.

✿•Lembapkan bahagian kulit yang ingin disapu dengan tuala (jika bukan selepas mandi) sebelum sapuan untuk penyerapan krim yang lebih cepat dan sempurna.

✿•Tepukkan bahagian kulit yang telah disapu dengan tapak tangan untuk menggalakkan penyerapan.

✿•Sapuan sendiri adalah lebih digalakkan berbanding sapuan dari orang lain kerana Furmon juga banyak menyerap melalui tangan yang digunakan.

✿•Minum sekurang-kurangnya 3 liter air mineral sehari bagi penggunaan Furmon di bulan pertama untuk membantu penyahtoksikan melalui najis dan perpeluhan serta banyakkan senaman agar perpeluhan berlaku .

✿•Wanita yang hamil dan menyusu boleh menggunakan Furmon

✿•Saranan penggunaan adalah 3 kali sehari iaitu selepas mandi pagi, tgh hari, petang / malam.
✿•Untuk kesan yang lebih pantas, sapukan Furmon dalam tempoh 4 jam sekali.
GUD LUCK pada yang baru nak try Krim Furmon ni & Semoga berhasil pada korang :)

6 Comments

  1. Assalam fieza,
    moga ada rezeki uols AMIN

    ReplyDelete
  2. Fieza blh taw awak beli krim ni kat mane...???

    ReplyDelete
  3. Salam Fieza. Beli dari mana krim tu utk RM 150? Boleh share info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam dear..Seller yang saya beli krim ni, no.phone nya mungkin dah tukar..saya try whatsapp, tak de reply..Kalau berminat nak beli, boleh rujuk entry saya yang kat bawah ni :~

      (1) http://www.fiezasani.xyz/2015/11/krim-furmon-3.html
      (2) http://www.fiezasani.xyz/2015/10/mana-nak-beli-krim-furmon.html

      Delete
  4. Eh scroll2 nampak entry ni, terus rasa nak baca .. 1st time tau pasal krim furmon ni, tapi harga boleh tahan juga ...

    Bersabarlah ya FS, asalkan dah usaha, yang lain2 tu serahkan pada yang kuasa ...

    ReplyDelete