Bersiaran dari opis baru..heeee..nebes semalam nak jumpa ngan Pengarah a.k.a bos baru aku ni..hari isnin masa aku lapor diri, Dato ni cuti..so semalam baru official berjumpa..hari selasa tu kan cuti..tak tau la nak habaq aku punya nebes..rasa tak de mood nak datang keja pun yea..sebab bertukar environment kan..lagipun hati duk masih kat bahagian lama..huhu..napa la bergabung..kalau tak maintain je aku keja kat bahagian tu..

Semalam Dato' panggil aku ngan p.a.sementara yang sebelum ni..duk diskus2 la sikit..tanya background bagai..orang SPRM..kena soal siasat..aku okey je..Dato' ni pun idok la marah-marah pun..dia tanya elok-elok..tapi bila part yang aku balik keja kul baper tu, aku sikit argue ngan dia..sekarang kan aku masuk kul 7.30pg - 4.30ptg..so aku terus terang la, 4.30 ptg sharp memang aku kuar..sebab aku tumpang orang..Dato' tu macam nak suh aku balik lambat..so ada sikit argue di situ..tapi lepas dah keluar dari bilik Dato' semalam, p.a.sementara tu cakap, Dato' gertak je..masa dia mula-mula jaga Dato' ritu pun, dia pun kena macam aku gak..so okey, fioneeee..

masih membiasakan diri kerja kat bahagian baru..yang paling tak tahan semalam, masa discussion dengan Dato', dia suh akak yang jadik p.a. sementara tu duk sebelah aku seminggu..ajar aku..aku macammmm..tak tau nak cakap..aku baru masuk keje kerajaan kowt semalam..*&#^@%!@&*! Padahal sebelum tu dia tanya dah baper lama aku kat Kementerian ni?aku inform since 2007 so dah 7 tahun..bukan la nak eksen..tapi aku dah tau keja-keja P.A. tu macamne..tapi nasib akak yang jadik p.a. ganti tu, tak duk pun sebelah aku..dia ajar sikit-sikit je..akak tu cuma cakap ada apa2 yang tak tau just tanya je ngan dia..

masa aku duk argue ngan Dato' semalam, ada la jugak Dato' ckp macam ugut aku 'eh..dia ni banyak cakap plak..saya tukarkan awak kang'..aku macam dah ringan je mulut nak jawab..tapi ku tahan jebatttt..sukati Dato' la..kalau Dato' rasa saya tak sesuai jadik P.A. Dato', bitau je la, dengan segera saya isi form tukar..hehe..Dato' tu pun masa cakap tak de la marah-marah..cuma nada tegas..aku je yang terkezut sebab sebelum ni dapat bos yang baik2..tetiba dapat yang tegas..macam kezutan budaya jap..hehe..

2 Comments

  1. oh...
    Fieza... hurm.. mmg laa..nasib la kite ni kan PA2 ni.. dpt bos yg cam mane...hurm..tp fieza, kalo dah ade anak nant pun akan nak balik awal juge, no more stayback2 ni.. hurm.. tapi maybe dato ni jenis yg giler kerja kan? kalo boleh dia nak PA pun join same dok lame2 kat opis, idok le teman.... kalo takde pape baik cabut ngadap suami/anak lagi baguih, hehehehe.. sabo jela fieza....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dato' yang saya jaga ni, PJJ ngan wifey2 dia..staff2 kat sini bitau, memang dia jenis balik lambat..tu yang dia nak P.A. pun stayback balik lambat macam dia..tambah dia tau saya tak de anak lagi..adoiyai..tetiba gigih berdoa, moga saya cepat pregnant & dapat anak..heeee..

      Delete