1 whole week ni me & mr hubby cuti..cuti tak de buat apa2..suppose kitaorg amik cuti ni untuk family vacation kat somewhere tapi atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan, me & mr hubby tak jadik joint family vacation ni..so mr hubby dah amik cuti straight 5 hari & tak boleh cancel.terpaksa proceed jugak cuti..aku lak, start cuti hari selasa iaitu semalam..so nak buat apa, duk kat umah je la..

but semalam tetiba mr hubby bagi idea yg agak memenatkan..hehe..tapi proceed jugak sebab kitaorg tak tau nak buat apa kat umah..hehe..hantar keta merz balik ke Ipoh. keta merz ni start last year ada kat umah kitaorg ni..mama mr hubby,mintak letak kat umah kitaorg atas sebab musabab yg tak boleh diciterkan kat sini..RAHSIA (zip mulut)..semalam dalam pukul 12-1 pm kitaorg gerak..keta merz ni jenis lama..tahun 80-an punya keluaran..keta tu boleh bergerak tapi ada tapiiiii nye, banyak yg kena repair..aircond tak berfungsi, tingkap yg boleh bukak sebelah driver & tingkap belakang sebelah shj, radio tak berfungsi & banyak lagi le..tapi semalam gigih kitaorg ber'sauna' dalam keta tu. harapkan angin dari 2 tingkap yang boleh bukak tu je & bumbung dia..nasib bumbung tu boleh bukak..bila bukak bumbung tu, ada le rasa cam orang kaya..hehe..semalam start je enjin tak leh matikan enjin kena terus gerak..gigih semalam aku tahan minum air sebab nak elakkan benti sbb aku ni bukan boleh minum air banyak2 nanti asik nak terkucil je. walaupun ada gak aku minum air sikit semalam tapi tak rasa nak terkucil sangat sebab 'SAUNA' dalam keta..berpeluh2 ko..straight dari Semenyih sampai Ipoh,non stop..sampai Ipoh dalam kul 4.20 pm camtu..pas tu mintak tlg adik mr hubby antar kitaorg ke stesen KTM Ipoh..kitaorg nak naik train kul 5.05 pm balik KL. sampai je kat stesen Ipoh dalam 5.00 pm camtu, Ketapi kul 5.05pm mmg dah ada..kelam kabut beli tiket sampai tak perasan kitaorg potong barisan sbb patutnya kena amik no.giliran untuk beli tiket..al-maklum ar kitaorg kan kelam kabut nak naik train tu lagipun jarang naik ketapi,mana tau nak beli tiket pun kena amik no.giliran..sorry le pada orang2 yang memang tengah tunggu no.giliran..hehe..

beli tiket, terus naik ketapi..dah masuk dalam gerabak ketapi, legaaaaa..sampai KL Sentral dalam pukul 7.15pm, amik komuter ke Kajang lak..mintak tlg adik aku amik..Masa sampai Kajang, ujan .kitaorang nak naik cab..tapi tanya ngan driver teksi, ada yang tak mo antar..dorang cakap jauh le, ujan lebat le, jalan jammed le..okey fineeee..tanya driver teksi yang lain, dorang caj sampai RM25.pas tu ada sorang warganegara asing, dia nak ke Kesuma Lake depan lagi dari tempat kitaorg ni..tanya ngan driver teksi yang sama, kalau kitaorg ber3 dia up lagi RM10..ntah apa2 je..aku cakap ngan mr hubby tak payah le..mahal,cekik darah..sbb aku rasa dari Kajang nak ke Semenyih, tak jauh mana pun..tunggu je ar adik aku amik..adik aku sampai je,terus gerak gi Semenyih..elok je jalan tak jammed,ujan pun tak lebat mana pun..saja je driver teksi tadi nak caj mahal..

itu le al-kisahnye semalam kitaorang marathon tapi naik kenderaan ar dari Semenyih - Ipoh - KL Sentral - Kajang - Semenyih..sampai umah pukul 10pm..

0 Comments