Erm..harini aku nak share sikit pasal TTC aku..korang pun tahu kot aku & mr hubby kan masih menunggu kehadiran FiezaSani Junior..kitaorg masih lagi berusaha dan berusaha dan berusaha sehingga berjaya..tapi wat masa ni rezeki belum berpihak pada kitaorg lagi ..it's okey..Allah menguji hambanya mengikut kemampuan..

So belum dapat baby lagi ni, aku membizikan diri..aku melibatkan diri dalam biz online walaupun aku tak pandai nak meniaga..tapi tak pe,aku tak kisah..kita tak tau, kita belajar,kan? walaupun customer aku tak de la berdoyon2 tapi aku tak kisah..aku suka je buat biz online sebab bila aku membizikan diri secara tak langsung aku tak ingat sangat pasal TTC ni..

wah,kemaheeen mukadimah aku..point yg aku nak nyatakan di sini, ada le segelintir orang bila tau je macam kita yg TTC ni belum ada baby lagi ni, dorang suka cakap 'KESIAN'..aku tak tau le TTC yang lain tapi aku sentap sangat bile orang cakap macam tu depan aku..kalau nak cakap pun, cakap le belakang aku @ cakap je dalam hati..aku tak kisah..jangan cakap depan aku perkataan 'KESIAN' tu..aku rasa terhina sangat sebenarnya..tak pasti orang lain tapi bagi aku, sensitip sangat bile dengar orang cakap 'KESIAN' kat aku sebabnya aku tak de baby lagi..aku citer ni pasai menda jadik kat aku..aku ada sorang kawan kat opis ni..umor dia baya mak & mak mertua aku..dalam 50 lebey camtu..aku tak kisah kawan ngan dia ni..aku panggil kak M je la yeak..aku serasi kawan ngan Kak M sebab bila aku story apa2,aku rasa cam aku citer ngan mak aku je..tapi 1 je aku tak selesa ngan Kak M ni..kalau aku jalan ngan dia kat area opis ni, pas tu kata le terserempak ngan sesapa yg dia kenal & kebetulan orang tu pregnen,dia suka cakap kat orang tu aku belum ada baby lagi..dia cakap tu tak perli tapi dia cakap tu macam suh orang yang pregnen tu mendoakan aku pun pregnen jugak..alhamdulillah..bagus la kak M cakap camtu setiap kali jumpa ngan sesapa yg pregnen,dia suh pindah aura pregnen tu kat aku..kira macam mendoakan le..tapi aku rasa cam malu ar, sebab setiap kali mesti dia cakap macam tu..sebab bile dia buat macam tu, aku rasa cam dia heboh kat sume orang aku tak de baby lagi..aihhhh,payah tul wanita TTC cam aku ni..sume sentap..okey yg pasal orang cakap 'KESIAN' kat aku tu lak..kak M kawan baik ngan owner cafe tempat kitaorg ni so nak dijadikan citer anak owner cafe ni pregnen..bunting pelamin rasanye..jumaat lepas masa aku & kak M beli lunch, owner cafe ni bagitau ngan kak M,anak dia dah gi scan jantina baby..inshaallah baby girl..aku dengar je la..malas nak nyampuk..pas tu kak M cakap kat owner cafe tu suh anak owner cafe bagi aura pregnen kat aku lak..aku senyum..owner cafe tanya aku, baper lama dah kawen..aku cakap '5 tahun'..terus owner cafe cakap kat aku 'lorrrr..KESIANNYA dia'..pas tu aku jawab je 'malas nak pikir sangat'..then owner cafe tu cakap balik kat aku 'x pe, x pe..mana tau esok lusa ada le tu'..aku bagi senyuman yg paling manissssssssssss..walaupun aku tak suka dengar bile owner cafe sebut perkataan KESIAN tapi bile dia cakap tu, aku aminnnn kan dalam hati..

erm,tue je la story TTC aku..malaih nk story byk2 sgt pasal TTC,kang aku yang stress..okey,tukar topik le..klu sesapa berminat nak cuba Maixara C-Sential (Vit.C + Glutathione + Collagen), pm aku kat fb ChintaHati BeautyCare..harga pasaran RM105 / RM109..kalau nak spesel price, pm aku yeak :) @pun boley je sms/whatsapp/wechat/LINE 0163333046~Fieza