Pagi2 tadi terbaca kat 1 blog yg mmg selalu aku singgah tapi aku jarang tinggalkan jejak..hehe..suka baca sbb cara dia tulis sempoi je..24 Februari 2013 nanti dia & 40 orang bloggers yg lain akan buat satu event kat Rumah Amal Kasih Bestari ni..so apa salahnya kita bantu adik2 kat Rumah Amal Kasih Bestari ni..nak tahu info lebih lanjut, boleh masuk kat SINI..tak dapat ku bayangkan nengok rumah tempat adik2 ni berteduh..rumah teres dengan 60 orang penghuninya..huhu..kalau berkemampuan, apa salahnye kita bantu dorang..nak bagi sumbangan duit ke, baju2 ke @ apa2 je la..janji IKHLAS..petikan ayat dari tuan punya blog " Jangan TAKUT Membelanjakan Wang Ke Jalan Allah SWT. Rezeki Itu Milik Allah SWT. Ada Sikit Bagi Sikit, Ada Banyak Bagi Banyak ".. Kalau korang nak tau lebey lanjut macam no. akaun ke @ nak contact ngan tuan blog, boley ar klik kat link yg aku bagi kat atas tu.. kat sini aku share satu story dari blog milaahmad & whiteymommy..dua2 link ni pun aku dapat kat blog msieda..


Kisah Benar  (Sedekah Magnet Kepada Rezeki)



Hari ini seharian aku tak makan . Pedih juga perut dari malam tadi lagi rasa pedih tu . Aku plan nak malan maggie kari je malam ni . Tiba-tiba ! Roomate aku mesej aku tanya nak pergi pasar malam ke tak ? Aku rasa nak pergi tapi risau sebab buka dompet cuma ada RM38 saja . Kalau pergi pasar malam tu faham-faham je . Macam-macam nak makan nanti . Aku tak tahu bila abang aku nak bank in duit pada aku . Mak cakap ” Dalam 2 atau 3 hari lagi bank in duit .” Tapi aku pergi je pasar malam memandangkan aku tak makan lagi .



Di pasar malam , memang sentiasa ada tabung-tabung minta derma sama ada untuk anak yatim , masjid atau pun Gaza . Orang kurang upaya pun apa kurangnya . Aku memang ajar diri aku supaya berkongsi rezeki dengan manusia lain . Tapi sedikit kerisauan timbul sebab duit aku tak berapa banyak , untuk tampung makan aku di kolej lagi . Tapi, aku tetap pesan pada hati , ”Alaaa, aku beli banyak2 , makan sedap2 , takkan tak boleh derma sikit . Ada banyak, bagi banyak .. Ada sikit , bg la sikit , rezeki tu kn milik Allah .. Nanti ade la .. insya-Allah ..” Jadi , aku hulurkan la RM1 pada tabung anak yatim . Kemudian ternampak tabung masjid , aku bagi lg RM1 . Kemudian ternampak pakcik buta , sayu sangat dan aku hulurkan lg RM1  



Selepas selesai beli , duit dlm dompet ada lebih kurang RM20 . Cukup untuk aku mkn selama 2hari kot..Malam itu , selesai menjamu selera yg dikurniakanNya , along aku call aku dia cakap dia bank in aku RM150 . NAMPAK TAK ?? aku ingatkan mak aku yg suruh tapi mak aku tak tahu pun along aku bank in kn duit untuk aku . Itu la namanya rezeki itu milik Allah .. Aku hanya keluarkan RM3 untuk disedekahkan tapi Allah ganti RM 150 . Cuba pikir , berapa kali ganda pemberian Dia tu .. Subhanallah ! Maha Suci Allah 

Konklusinya , JANGAN TAKUT UNTUK MEMBELANJAKAN WANG KE JALAN ALLAH .. Dermalah walau sedikit asalkan kita ikhlas .. Takkan pernah susut rezeki tu bila kita sedekah . Rezeki itu milik Allah dan Dia Maha Pemurah .. Sedekah juga membantu kita di Titian Siratul Mustaqim . Bukanlah niat saya untuk cakap sy ni baik , alim atau sebagainya tapi sebagai satu perkongsian kpd pembaca untuk membuka lagi mata kita tentang nikmat Allah yang tiada bersempadan . Semoga kita akan lebih ringan tangan untuk bersedekah selepas ini .

2 Comments

  1. Heyyy, stalker ye! hihihi... Ida pun salu masuk sini tanpe meninggalkan jejak .. ;p

    So, hari ni ida tinggal jejak , panjang sikit la... hahahha!!~ Thanks awak, sudi share ape yang sedang kami usahakan...... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..lebey kurang le.. ;) bukan tak nak tinggalkan jejak,kenkadang tak de idea nak tulis apa..tu yg baca jer....

      pasai entry ni, no prob..small matter..kita tolong yg termampu..tak mampu nak tolong dari segi kewangan & lain2, tolong sebarkan entry ni..

      Delete