Kota Kinabalu Kami Terjah Part 8 - Kundasang War Memorial
Sambung cuti-cuti Ke K.Kinabalu..entry sebelum << kota kinabalu kami terjah part 7 celebrate birthday dan lawan main game >>..hari ke-3 & penutup di Kundasang..sebelum kitaorang gerak ke Kota Kinabalu untuk round sekitar sana pulak, kitaorang singgah di Kundasang War Memorial..
Sebelum ke Kundasang War Memorial, kitaorang stop kat satu kawasan lapang yang berlatar belakang view yang cantik ni...& wajib bergambar dengan transport kitaorang sepanjang 6H kitaorang kat sana...
Kundasang War Memorial
Terletak di bahagian belakang deretan kedai Pekan Kundasang.
Bayaran masuk - RM3 / dewasa..
Sejarah pembinaan Kundasang War Memorial ni dibina pada tahun 1962 & didedikasikan untuk tawanan perang Australia & British yang terkorban di Sandakan dan juga semasa proses pemindahan tawanan ini oleh tentera Jepun dari Sandakan ke Ranau sejauh 265km. Tugu ini juga didedikasikan untuk memperingati rakyat Borneo Utara yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk membantu tawanan perang ini ketika perang Dunia Kedua.
Cerita benar mengenai asal-usul sejarah pembinaan Tugu Peringatan Kundasang ni
Ada apa kat sini?
jom terjah...
Memorial ini terdiri daripada taman - Taman Australia, Taman Inggeris, Taman Borneo dan the Contemplation Garden and Pool - untuk mewakili setiap negara yang berbeza.
Berjalan dari pintu masuk ke dalam tugu ni, ada pokok-pokok di sepanjang perjalanan mendaki..tak la jauh sangat nak mendaki..sikit je..tapi tak rasa penat sebab cuci mata dengan pokok2 ni yang menghijau kiri kanan..dan keadaan disini yang agak sejuk, pun sebabkan kita tak terasa penat sangat..Dan masuk ke bahagian dalam, nampak pulak taman bunga, hiasan dia yang sangat la cantik..lagi la rasa tenang..Sesuai sangat Kundasang War Memorial ni dijadikan sebagai tempat yang ideal untuk kita tahu sejarah tugu ini serta mengingati pahlawan perang yang menjadi sebab pembinaan tugu ini.
Ada juga galeri dalam ni untuk menonton video ringkas mengenai sejarah Sandakan Death March. tapi masa k.fiezz & family ke sini, tempat ini tutup..
Senarai nama tawanan perang
Cantik tak?Kat dalam Kundasang War Memorial ni ada banyak port bergambar yang menarik..ada taman bunga..kedai yang menjual cenderahati pun ada...
one of the port untuk bergambar...cantikkk weiiii
ni satu lagi view yang cantik...tambah model dia pun cun..halah halah..cantiknya...haha
so kalau dah sampai Kundasang, jangan lupa singgah kat sini..selain sejarahnya..port bergambar pun menarik...
worth it bayar RM3 tapi dapat view gambar yang cantik cam ni..
5 Comments
Byk tpt best Kundansang ni rupanya
ReplyDeleteView semua cantik2..
ReplyDeletehoho bestnya wishlist saya ni
ReplyDeletecantiknya pemandangan di sabah ni
ReplyDeletecantiknyaaaa view !! memang dok plan nak pi KK balik. dulu pegi xde singgah pun sini. next time pegi kena singgah laa !!
ReplyDelete