Holla..happy working korang..meh nak kongsi dua item yang k.fiezz terima dalam Birthday Box Althea haritu..ada baca kan..kalau terlepas baca, klik je link atas ni..

REAL FRESH SKIN DETOXER

Antara item yang k.fiezz dapat dalam box ni adalah Real Fresh Skin Detoxer - Rose & Green Tea..
Yang mana best?dua-dua best..tapi personally dari segi bau k.fiezz suka green tea..Sedap bau dia..lembut je pada deria bau k.fiezz ni..Sesuai la guna Green Tea ni waktu malam sebelum tidur..sebab?Meh baca pasal Rose dulu...

ROSE - Membantu melembutkan kulit yang kasar & memberi kulit nampak berseri.

10 saat rutin waktu pagi sebaik bangun tidur, guna Real Fresh Skin Detoxer (Rose) ni untuk melindungi & seimbangkan pH kulit. Serta untuk membantu tekstur kulit lebih nampak perfect bila di beri sentuhan mekap.

www.fiezasani.xyz
Rose -  dihasilkan dari kelopak bunga Rose Perancis + ekstrak untuk memperbaiki kulit..


www.fiezasani.xyz
Green Tea - Dihasilkan dari teh hijau Jeju & ekstrak yang berfungsi untuk membersihkan.

GREEN TEA - Berfungsi untuk membersihkan. Pemakaian 10 saat sebagai topeng muka, menenangkan & membersihkan kulit sensitif..

Kebiasaannya pada waktu malam waktu aktif untuk pertumbuhan sel kulit, pemakaian green tea skin detoxer membantu meningkatkan proses regenarasi semula jadi kulit untuk memastikan kulit bersih & bersedia untuk berehat sewaktu kita sedang tidur.



Ni video k.fiezz mencuba Real Fresh Skin Detoxer - Rose (yang diguna waktu pagi)..
Kot ada yang tertanya-tanya, acane nak guna Skin Detoxer ni..Sama je Rose atau Green Tea..10 saat sahaja & kemudian bilas dengan air sehingga bersih..

Hasil penggunaan k.fiezz dengan dua-dua item ni, sangat best..10 saat tu macam kejap je nak urut kat muka...Bau dia lembut..Lepas bilas dengan air, terasa lembut kulit..Harap hasil konsisten mingguan guna Real Fresh Skin Detoxer ni, kulit k.fiezz makin glowing & sihat...

Berapa kali guna - Untuk penjimatan k.fiezz guna seminggu sekali je..k.fiezz kedekut sikit..hehe..Kalau nak guna hari-hari pun boleh...


KENAPA HANYA 10 SAAT SAHAJA

sebab Real  Fresh Skin Detoxer 10 saat ini senang dan efektif menghidupkan semula kulit dengan bahan semulajadi. Ia juga membantu menggalakkan peredaran darah dan detoksifikasi melalui urutan di kawasan muka.

Tiada sebarang kandungan berbahaya dalam kandungan Real Fresh Skin Detoxer ni..Hanya kandungan dari bahan semulajadi seperti kelopak ros Perancis  + ekstrak serta teh hijau jeju + ekstrak.

COLLABORATION ALTHEA X GET IT BEAUTY

Untuk baby baru Althea ni iaitu Real Fresh Skin Detoxer, Althea akan berkolaborasi dengan rancangan popluar di GIB'S TV SHOW > Get It Beauty pada bulan September ini.

Rancangan Get It Beauty ni berkongsi mengenai kecantikan..ada satu episod yg k.fiezz tengok, cara mekap untuk hadir ke temuduga..Suka wei rancangan kecantikan cam ni..

NAK BELI REAL FRESH SKIN DETOXER YG BEST NI?

Untuk korang yang nak dapatkan Real Fresh Skin Detoxer ni, boleh terjah ke website www.althea.kr.. Sempena ulang tahun ke-3 Althea, ada promosi untuk 2 item ni dengan harga RM77 SAHAJA..dari harga asal RM43 setiap satu..Jom terjah sementara tawaran menarik masih ada..

Facebook >> https://www.facebook.com/altheamalaysia/
Instagram >> http://www.instagram.com/altheakorea/

2 Comments

  1. Mmg best kan real fresh skin detoxer ni. Suka sangat !

    ReplyDelete
  2. Pengguna Althea mst kulitnye cantik dan lembut.. Fiza dah tgk banyak review rasa berminat pula nak membeli. Done follow sini juga..

    ReplyDelete