Total Pageviews

Dapur FiezaSani - Karipap Ikut Resipi Mak Yang Senang

15:12

First time buat karipap ni 100% handmade by k.fiezz..Sebelum-sebelum ni k.fiezz selalu tolong mak kelim kat tepi tu je..Ni sepenuhnya buat sendiri..dari inti sampai ke kulit dia..

Seriau gak nak buat ni takut tak jadi ke apa..Dah la kelim dia tu pun ingat-ingat lupa..Sebab sejak mak k.fiezz dah duk balik kat kampung, memang tak buat karipap..selalu beli je..tu pun jarang-jarang la beli..rasa nak makan,baru beli...

Raya haji baru ni, mr hubby request nak karipap..Mr hubby tu memang..part request nak makan tu nak makan ni pakar..dia tak tau mengagau bini dia mencari resipi tau..haha

So hasil mencedok resipi dengan mak k.fiezz melalui telefon je..ni k.fiezz share kat sini pulak..Untuk rujukan k.fiezz..Kalau korang nak mencuba pun boleh...Kalau tak reti nak kelim tepi tu, guna acuan pun boleh..cuma tue la takut terbukak je masa goreng..K.fiezz punya ni memang guna tangan je..tak ada sebarang acuan yg digunakan...

BAHAN-BAHAN

Untuk INTI

**Ubi Kentang (3-4 biji) ~ dipotong dadu
**Bawang merah (Sebiji yg besar) - dihiris / kisar
**Bawang Putih (2-3 ulas) - dihiris / kisar
**1  @ 2 sudu besar cili kering yg dah dikisar
**Gula (k.fiezz ganti dengan gula melaka) - agak2 la rasa manis dia
**Garam 
**Daun Kari
**1 @ 2 sudu besar serbuk kari 

Untuk Kulit 

**2 cawan tepung gandum
**1 sudu besar planta/marjerin - dicairkan
**Garam

CARA BUAT - 

Untuk Inti 

**tak perlu tumis2..Masukkan je kesemua bahan dalam kuali..Kacau2 seketika & biarkan kering..Bagi balance dari segi rasa (garam & gula)..Biarkan sejuk dulu...sebab kang nak masukkan inti dalam kulit dia, panas..kalau dah sejuk, senang sikit kerja...

Untuk Kulit

**Masukkan tepung gandum + planta/marjerin yg dah dicairkan + garam dalam bekas..lepas tu uli sampai jadi doh dan tak melekit supaya senang nak uli jadikan kulit...Kalau masih rasa melekit2 tu, tambah tepung sikit2 je sambil bagi sekata sampai jadi doh yg perfect...Dah siap, biar kejap dalam 5 minit..

**Lepas tu boleh la mula buat kulit karipap dahulu diikuti masukkan inti pula & proses kelim kat tepi..Dah siap semua baru goreng...

Dan ni hasil yang k.fiezz punya...

1st time kan..walapun rupa tu macam kurang tapi rasa boleh tahan..haha...ikut tekak sendiri...hehe



www.fiezasani.xyz

sorry la rupa tu macam errrr...haha..1st time buat sepenuhnya sendiri ni..selalu jadi assistant je...

Ni la resipi simple karipap cara mak kak fiezz...resipi mak kak fiezz selalunya jenis senang2 pun..dari segi bahan & cara masak...

Percubaan pertama kali k.fiezz buat karipap, berjaya..semalam repeat lagi sekali sebab haritu terbuat inti banyak sangat..Simpan dalam peti ais balance dia..Try check semalam elok lagi..buat kulit dia je la..So sesi meng KARIPAP lagi laaa semalam...haha

You Might Also Like

4 Comment

  1. sedapnya kalau dapat makan karipap dengan kopi o.. Sha tak berjaya lagi buat karipap.. kikiki

    ReplyDelete
  2. Minggu ni pun adik SA yg preggy tu nak request karipap sardin...erm sedapnya..kalau bab kuih adik SA yang sorang lagi yang expert...SA x pandai..hahaha

    ReplyDelete
  3. inti penah tolong orang buat. part nak kelim tu ahahhaa.. surrender =D

    ReplyDelete
  4. geramya tengok gemok gemok karipap akak ni, sha dah la suka gila kat karipap. bila nak pos ke kedah ni? ;p

    ReplyDelete