Cara Hilangkan Kesan Turun Warna Pada Baju

Baru ni k.fiezz beli satu set baju & skirt untuk pakai masa Hi-Tea hari jumaat ni..Dan kebiasaannya kak fiezz akan basuh dulu pakaian yang baru dibeli..Petang masa balik kerja sampai je kat rumah, terus masuk baju & skirt ni dalam baldi..rendam sekali dengan baju-baju kerja yang lain..Kak fiezz baju kerja, basuh guna tangan je..sbb tak kotor sangat pun..Rendam dengan sabun kejap..Sementara tu layan drama favourite k.fiezz sekarang, Kekasih Paksa Rela..

Habis je cerita tu, masuk bilik air..nak bilas la cadangnya..sekali tu diaaa..seperti di gambar pertama..why why..baru beli..uwaaa..Salah kak fiezz, pi rendam dengan 1 baju warna merah yang memang jenis turun warna kalau basuh..Lupa pulak baju tue jenis turun warna...Adeh..dah la baju yang dalam gambar  ni nak pakai masa hi-tea jumaat ni..Nasib baik skirt tak kena..Terus kak fiezz google cara hilangkan kesan turun warna pada baju..Jumpa beberapa cara tapi masa tu yang ada kat rumah limau nipis je..tak sure nama limau nipis ke kasturi..kak fiezz selalu confuse..tapi limau yang besar tu..bukan limau oren pulak tau..

Cara 1 - GUNA LIMAU 

1. Rendam baju yang terkena warna tu dalam air panas..perah limau dalam air tu..biarkan semalaman..

Hasilnya - tak memberangsangkan..uwaaa..Teringat cara yang kedua..tapi nak kena beli dulu barangnya..

www.fiezasani.xyz

Ni la baju yang terkena warna..kat bahagian tangan & agak terang warna merah tu..
Ni hasil rendaman guna limau dan tak berapa menjadi..

www.fiezasani.xyz
Clorox Lemon
Kak fiezz beli yang botol kecil je..RM2.55


Cara ke- 2 ~ CLOROX LEMON

Balik kerja petang semalam, singgah SOGO..cari Clorox Lemon ni..

Sampai kat rumah, rendam baju ni dalam baldi..campur serbuk basuh kain sikit..tuangkan 5x cecair clorox lemon ni dalam baldi (kak fiezz guna penutup botol clorox ni je untuk sukatan)..Sebatikan campuran & biar semalaman..

Hasilnya ~ Okey la okey la..warna tu masih nampak tapi kurang sikit berbanding gambar pertama yang kak fiezz guna limau tu...

www.fiezasani.xyz

Tak pe la, nanti lepas beberapa kali basuhan harap warna tu berjaya dihilangkan sepenuhnya..Positif..positif...

Next time kena check dulu setiap baju dalam baldi sebelum basuh...

15 Comments

  1. Memang stress kalau baju kena lunturan warna ni. Kadang tak perasan terbasuh dengan baju yang cepat luntur ni. Hope boleh holang kesan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tue la..serius tak perasan masa rendam..haih..tak pe la..hope kesan tu boleh hilang bila basuh lagi..

      Delete
  2. Hukhuk part kena mcm ni mmg Ju down sangat sebab tu kalo pakaian putih Ju xcuci atau rendam sekali dengan lain2 kaler even dalam longgokan pakaian tu jenis yang xluntur warna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. my mistake..next time kena check dulu b4 rendam..aishhh

      Delete
  3. i feel u. nak nagis miza pun pernah kena kes macam kak fieza tak pasal kena buat dua tiga kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tue la pasainya..dah jadi 2-3 kali kerja pulak..tapi salah sendiri la jugak..

      Delete
  4. Alahai kak fizz. Sayangnya ye. Xpe nanti hilang lah tu lama kelamaan. Kena alert lah lepas ni ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aishh..tue la..salah sendiri..hope kesan tu boleh hilang bila basuh byk2 kali nnti..

      Delete
  5. Alahai stress betul kalau kena camni. Dah tu baju ni dah nak guna pula tu. Kalau dah pakai lain la hehe. Semoga kesan tu boleh hilang la lepas cuci semula nanti

    ReplyDelete
  6. stress kalau baju kegemaran terkena warna lain ... guna clorox je lah selalunya saya ni ... hehe, tp kdg2 warna jadi pudar la pula lepas guna clorox ..

    ReplyDelete
  7. Kitorg pn dulu selalu kena..kena kat baju baby lak..adoi sian baby

    ReplyDelete
  8. singlet sha kena jugak warna purple hahaha sebaik singlet pakai dalam orang taknampak tapi sedih la tkcantik dah baju

    ReplyDelete
  9. As salam. Sy terbasuh baju berwarna putih nipis bercorak bunga2 pink & 1 baju kelabu cotton bahagian bawahnya sahaja yg berwarna putih. Malangnya termasukkan sekali telengkung berwarna maroon dan resultnya baju2 tersebut menjadi warna pink.. boleh ke pakai cara ni? Sebab saya dh cuba rebus bajunya tapi tiada hasil.

    ReplyDelete
  10. As salam. Sy terbasuh baju berwarna putih nipis bercorak bunga2 pink & 1 baju kelabu cotton bahagian bawahnya sahaja yg berwarna putih. Malangnya termasukkan sekali telengkung berwarna maroon dan resultnya baju2 tersebut menjadi warna pink.. boleh ke pakai cara ni? Sebab saya dh cuba rebus bajunya tapi tiada hasil.

    ReplyDelete