De Centrum Mall


Ahad baru ini telah berlangsung majlis perasmian De Centrum Mall oleh Protasco Berhad yang terletak di De Centrum City, Kajang di kawasan seluas 100 hektar. Terletak bersebelahan dengan IUKL dan UNITEN serta jarak 11km dari putrajaya dan 33km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menjadikan ia lokasi yang strategik di selatan Lembah Klang.  Pusat membeli belah ini juga merupakan sebahagian daripada fasa 1 De Centrum City termasuk hotel, pusat konvensyen, bangunan pejabat serta kondominium mewah yang bakal siap dibina dalam masa 10 hingga 15 tahun.

De Centrum Mall kini mempunyai pelbagai rangkaian kedai yang berbeza-beza dari kedai IT, peralatan dan barang keperluan rumah serta pusat kecergasan selain mempunyai pelbagai restoran-restoran dan kafe yang akan memberi pilihan kepada pengunjung untuk menjamu selera. Selain mempunyai rantaian makanan segera KFC dan Pizza Hut, yang sentiasa menjadi kegemaran orang ramai, Untuk barangan runcit pula, pengunjung boleh mendapatkan barang keperluan di kedai runcit Super Seven Cash & Carry serta makanan ringan di 7-11.

Di tingkat satu, bagi yang suka melakukan aktiviti kecergasan boleh berkunjung ke Raw House Gym untuk rutin senaman harian masing-masing. Manakala SPP Book stores menyediakan buku teks dan alatan tulis yang diperlukan oleh pelajar-pelajar di sekolah.


www.fiezasani.xyz

De Centrum Mall 

Sebuah hotel  akan dibuka menjelang 2020  di De Centrum City ini untuk memudahkan keluarga melawat pelajar yang sedang menyambung pengajian di Universiti berdekatan seperti IUKL & UNITEN. Hotel ini juga akan mempunyai rooftop swimming pool & lounge, gymnasium, kafeteria serta restoran Cina. 

Melalui Protasco Development Sdn Bhd dan anak syarikatnya De Centrum Retail Sdn Bhd, Protasco akan membaik pulih sebuah bangunan asrama pelajar 9 tingkat sedia ada dengan kos lebih daripada RM30 juta. Kerja-kerja pembinaan dijangka dimulakan pada tahun 2018.

www.fiezasani.xyz

Majlis Menandatangani Perjanjian antara De Centrum Retail Sdn Bhd bersama Carlson Hotel Asia Pacific Investments Pte Ltd. Carlson Hotels Inc (Asia Pacific) di wakili oleh Executive Vice President iaitu Mr. Andreas Flaig & wakil Carlson Hotels, Inc iaitu Senior Director Mr. Marc Kramer..Pada majlis ini juga telah di tayangkan video pembinaan projek Blok C & D De Centrum Unipark Condiminiums. Serta dua lagi projek mereka iaitu The Sentrio Business Centre, Pasir Gudang, Johor & D'Perdana, projek condominium di Telipot, Kelantan. 


www.fiezasani.xyz
Perasmian De Centrum Mall ..

www.fiezasani.xyz
Simbolik tarian singa selepas perasmian 

www.fiezasani.xyz
Para VIP pada hari pembukaan majlis grand opening De Centrum Mall ni...


www.fiezasani.xyz

Elfira Loy artis jemputan pada hari tersebut..
**Tetiba nampak kak fiezz cun dalam gambar ni..perasan...haha

www.fiezasani.xyz
Majlis perasmian SPP Book Agency...

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz
Para tetamu VIP

Jom tengok ada apa dalam SPP Book Agency...

www.fiezasani.xyz
Assalammualaikum awak..eh jap..ni kartun apa?kak fiezz main tangkap je gambar sebab awak comel..hehe...

www.fiezasani.xyz
Ada sales..tu khusyuk tengok..

Okey, kat dalam SPP ni macam 1 stop centre untuk korang mendapatkan buku-buku serta alat tulis..Korang masuk je kat dalam ni, ada byk kedai-kedai yang menjual barangan atau peralatan menulis..berita baik..Sempena pembukaan De Centrum Mall ini, korang layak secara automatic menjadi ahli SPP dengan setiap pembelian RM30 dan ke atas..Promosi ini hanya untuk bulan Oktober 2017 sahaja..Keisimewaan menjadi ahli SPP, kita layak mendapat harga istimewa dengan setiap pembelian di SPP..

Untuk info lanjut mengenai De Centrum Unipark Condominium, boleh rujuk -

Protasco Land Sdn Bhd
Level 3, Block 5, Unipark Suria,
Jalan Ikram-Uniten, 43000 Kajang
Selangor, Malaysia

E-Mail       : info@decentrum.com.my
Website    : www.decentrum.com.my

7 Comments

  1. Meriahnya majlis perasmian tu ye kak fiez. Seronok lah org kajang dah ada mall br utk window shopping. Nanti ada hotel lagi ye. Mudah lah kalau kena stay di kajang nanti.

    ReplyDelete
  2. Meriah tu kak fiez. Seronoknya dapat bergambar dengan el.

    ReplyDelete
  3. Wahhhh best meriah majlis ni. Besau gak mall baru ni kan. senanglh warga kajang pas ni.

    ReplyDelete
  4. Wahhh sambil sambil tu dapat jumpa retis ye kak fieza hehe.

    ReplyDelete
  5. Meriahnya majlis. Best tu dapat bergambar dengan elfira loy

    ReplyDelete
  6. Meriah majlis perasmian tu. miza pun sempat buat ramai bawak anak-anak tengok dinasor

    ReplyDelete