AFB Feeds

Mudahnya Membeli Secara Online Di Hermo.My Dengan MOLPay Cash

08:30

Aku & produk kecantikan memang kawan baik sangat..Walaupun ahkak ko ni idok la lawa mana pun tapi memang naluri seorang perempuan yang suka pada kecantikan..Memandangkan haritu, aku dah terpengaruh dengan satu website yang menjual produk/barang kecantikan..nak hasut korang jugak..ahaks!!Murah2 wei barang kat sini..contoh ada satu item yang aku amik tu, memang dah lama aim..harga sebenar RM1xx.xx..Kat sini RM8x.xx..Alah..lemah tengok harga jauh beza..saya suka saya suka saya suka...

Pernah dengar tak website HERMO.MY..tak pernah!!okey, tak pe..kita geng..aku pun first time dengar..Website HERMO.MY ni satu platform online untuk korang mendapatkan produk & barangan kecantikan yang macam aku beritahu awal tadi dengan harga yang lebih berpatutan & paling penting tak perlu keluar dari rumah/pejabat. Main klik2 je..Zaman I.T. kot..dan korang jangan risau, semua produk/item yang terdapat di sini original kerana Hermo bekerjasama secara terus dengan semua pemilik jenama yang ada kat website ni..Paling penting, Hermo sentiasa mengadakan promosi..Yang ni best..Contoh macam haritu masa aku tengah pilih2 barang, dapat e-mail dari Hermo.my, untuk setiap pembelian yang berjumlah lebih RM150, boleh dapatkan beberapa produk/item terpilih dengan harga RM0.99..Wow!!sangat..

Eh!!lagi satu nak beritahu korang ni..Sebelum ni kalau nak shopping online mesti kena ada debit atau kredit kad ataupun internet banking..abis kalau yang tak de dua2 ni acane pulak?contoh lagi, yeak..Baru ni aku tolong sorang sepupu aku nak beli barang secara online tapi dia tak daftar untuk internet banking..Jadi aku tolong sebab aku ada..Aku!!harus ada..kaki shopping online, kan!!ahaks...

Bagi yang tak de pembayaran secara internet banking macam sepupu aku tu macamne?Nak jugak beli barang secara online sebab kadang barang jual secara online lagi murah dari offline..Jadi, nak kongsi jugak dengan korang..Lepas ni tak payah risau2 nak shopping online..tak de internet banking, pun boleh jugak, tau...Macamana?Sila baca lagi kat bawah (seperti biasa..motip sangat nak suh orang baca sampai habis)..

MOLPay CASH


MolPay Cash ni satu medium pembayaran secara tunai  yang boleh dibuat dimana-mana 7-eleven yang ada di Seluruh Malaysia terutama sekitar Lembah Klang..




Untuk senang nak faham, korang shopping secara online tapi bayaran selain dari menggunakan debit/kredit kad ataupun internet banking, cara lain adalah melalui MOLPay Cash..Contoh seperti website Hermo.my ni yang  turut menyediakan cara pembayaran dengan MOLPay Cash..



Macamana cara dia, korang boleh tengok langkah-langkah kat bawah..
 

Masuk ke website Hermo.My..Sign up as member..Untuk tak nak pening, boleh sign up dengan facebook korang je..



Antara senarai produk/item yang ada di Hermo.My..Boleh pilih produk/item kesukaan memasing..


Dah pilih barang-barang semua..View 'My Cart' & klik 'Checkout Now'..

 
Ni antara produk/item pilihan aku di Hermo.my..



Klik 'CheckOut Now'..


Jangan lupa masukkan alamat penghantaran..Bawah sekali klik 'CheckOut Now'

Pilihan untuk penghantaran..

Kat sini korang boleh pilih pembayaran melalui kad kredit/kad debit & klik 'Order Now'..


Semak dulu detail order korang (alamat penghantaran, subtotal & jangkaan penerimaan bayaran)..Lepas tu , klik 'Pay RMxx.xx Online'..


Pilih cara pembayaran..


Senarai untuk cara pembayaran..Kat sini, korang pilih 7-eleven untuk pembayaran menggunakan MOLPay Cash..



Kat page ni, korang akan nampak Order ID & Verification Code..Scroll bawah tu, isikan yang no.1 & tekan no 2



Selesai..Korang boleh pilih 'Print' atau ScreenCapture atau Snap gambar yang ada Order ID & Verification Code..Lepas tu, korang diberi masa 48 jam untuk membuat pembayaran kat 7-Eleven yang berdekatan..Selepas membuat pembayaran di 7-eleven, korang akan dapat 2 resit iaitu MOL-MOLPay resit dan 7-eleven resit (contoh seperti gambar di bawah)

Senangkan..Lepas ni semua boleh shopping secara online..tak de internet banking atau kad debit/kredit, boleh guna MOLPay Cash je..Dan berita baik untuk pembaca dan pengomen blog aku..Dengan setiap pembelian bernilai RM60 (tidak termasuk kos penghantaran) di Hermo.my, korang layak menikmati diskaun RM5 (kod : HMOLPAYCASH05 )..Sah mulai 01/09/2016 hingga 31/12/2016..Tawaran terhad..Siapa cepat dia dapat..

Dan lagi satu nak bitau, antara item yang aku beli kat Hermo.my aku nak bagi hadiah kat pengomen yang paling banyak tinggalkan komen kat blog aku untuk bulan September..Saja je..Walaupun blog aku ni suam2 kuku gitu, tapi ada jugak yang sudi menyinggah & tinggalkan 1-2 komen..So sebagai penghargaan, cenderahati dari Hermo.my yang aku beli khas untuk pengomen yang rajin tinggalkan jejak kat blog aku untuk bulan September...

Jadi..sudi-sudikan la tinggalkan komen..mana tau terpilih untuk dapat produk dari Hermo.my.. :)

You Might Also Like

1 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.