AFB Feeds

Trip Terapi Minda ke Langkawi Part 2

22:46



Aktiviti hari ke 2..Kemanakitaney?

Lokasi berikutnya..

Kalau ke Langkawi, wajib menaiki kereta kabel yang terletak di Gunung Mat Chincang ni..Mula beroperasi pada 27 Februari 2005 sebagai tarikan pelancong untuk menikmati pemandangan Langkawi dari puncak gunung dengan ketinggian 713 meter. 

Apa yang best kat sini?Korang boleh mencabar diri untuk menaiki kereta kabel yang akan naik dengan curam untuk sampai ke puncak..wehuuu..mak aku gayat..sepanjang dalam kereta kabel masa naik & turun, mak aku tutup mata dengan topi(macam dalam gambar ni)..hehe..anak buah aku si Iman ni berani...Rileks je dia tengok pemandangan sepanjang perjalanan naik & turun..Naik kereta kabel ni, aku kategori kan cuci mata..Ku lihat hijauuu..Kat KL, kita tengok bangunan2 tinggi je kan..Hah, kat sini tempat untuk relaks kan minda..Tue aku namakan trip ni Terapi Minda ke Langkawi..

Tempat untuk naik kereta kabel ni, ada banyak lagi faktor penarik untuk korang luangkan masa 1 hari..SkyCab (Cable Car), SkyDome, SkyRex, SkyBridge, SkyGlide, 6D Cinemotion, F1 Simulator, 3D Art Gallery, SkyAdenture Park, Time Travel..Kat sini ada ditawarkan kombo pakej yang korang berminat nak explore..

Haritu kitaorang pilih pakej kombo (SkyCab [cable car] + Time Travel + 3D Art Gallery)
Dewasa RM72 & Kanak-kanak RM55 
(harga mungkin berubah dari masa ke semasa)




Lepas turun dari kereta kabel, kitaorang masuk kat sini..Tempat ni sesuai sangat untuk korang yang nak bawa anak2..

TIME TRAVEL

Apa yang best kat sini?

Korang boleh menikmati pemandangan keseluruhan langkawi dengan VR (virtual reality)..
Permainan untuk kanak-kanak & aktiviti yang berkaitan dengan teknologi..





Salah satu aktiviti untuk anak-anak dan kita yang dewasa pun boleh joint juga..

1. Pilih salah satu dari kertas kat situ untuk buat aktiviti mewarna
2. Dah pilih, apa lagi..mula la mewarna
3. Siap mewarna
4. Imbas hasil contengan warna kita tadi
5. Proses imbasan bermula
6. Siap proses imbasan, korang tunggu hasil kreativiti korang akan muncul di skrin tu..

Selain dari aktiviti mewarna ni, ada juga aktiviti lain yang sesuai untuk kanak-kanak ataupun dewasa..Aku pun ada cuba satu mainan tu..hehe...Senang je...

Ni antara game lain kat Time Travel yang wajib dicuba oleh anak-anak..Best...Sebelum Iman main, aku main dulu..hehe




Muzium 3D gallery


Kat sini, apa lagi aktiviti yang wajib..bergambar la uolls..Aku yang pegang kamera..Jadi gambar aku tak banyak..ada la terselit sikit..Memasing kan main..posing..Kat dalam muzium ni ada 3 bahagian (atau tingkat)..Kitaorang gigih bergambar masa kat tingkat pertama je..masuk tingkat ke-2 & ke-3 dah tak larat..laporrrr..Korang kalau merancang ke sini, makan dulu tau...

Destinasi berikutnya..Mercu tanda Langkawi..Tak sah kalau tak ke sini untuk bergambar dengan replika burung helang tu..

Dataran Lang


Masa kitaorang ke sini, dah nak Maghrib jadi suasana tu macam redup2 gitu...

Makan Malam 


Untuk korang yang nak mencari tempat makan di Langkawi, boleh cuba kat sini..Mengadap laut..Suasana ala-ala romantik...

Total (RM) makan kat sini untuk 8 orang 
RM176.70

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.