AFB Feeds

Trip Terapi Minda ke Langkawi Part 1

15:20

CUTI-CUTI LANGKAWI

Meh nak story pasal cuti-cuti malaysia aku & family bulan lepas..Kemanakitaney?
Wewiiit..Langkawi..Trip ke Langkawi ni, kitaorang naik kapal terbang (flight)..Saja bawa mak & abah aku experience naik flight ni..Lagipun mr hubby memang tak nak drive..Penat..Naik flight dalam 1 jam dah sampai...

Berbalik story pasal percutian kitaorang baru ni, tiket memang dah beli lama..Masa tu dapat harga tiket murah...Yang joint sekali trip ni - family aku + adik mr hubby & wife dia...meriah sikit...

Ni masa kat airport (KLIA 2) & dalam flight...
Flight pukul 8.25pagi sampai Langkawi pukul 9.30pg


Sampai di Langkawi, terus cari booth travel agent yang kitaorang dah booked masa kat MATTA FAIR..Nak bayar balance untuk homestay + transport ..Booth travel agency ni ada kat airport Langkawi..Selain booth travel agent kitaorang ni , berderet travel agent lain..Kalau korang ke Langkawi tak ada booked dengan mana2 travel agent..Boleh pilih je la yang mana nak kat situ?

Nanti aku share berapa RM untuk homestay + transport yang aku ambil dengan travel agent ni...

Lepas dah dapat transport walaupun ada isu masa mula-mula..Sebab masa kitaorang booked kat MATTA FAIR, kitaorang dah beritahu berapa orang akan joint trip ni..So orang travel agent ni beritahu akan bagi kereta yang boleh muat untuk 8 orang..Tapi masa kat airport nak ambil transport, kitaorang dapat kereta yang tempat duduk dia untuk 7 orang je..Keadaan dalam kereta tu pun macam sempit..tak ada ruang nak letak barang-barang (faham la kan..langkawi, mesti shopping)...masa tu nak letak beg2 pun macam agak jenuh nak bagi muatkan..Mr hubby macam biasa, kalau tak puas hati..Dia akan beritahu terus-terang..So cakap balik kat salah seorang staff travel agent tu, kereta tak muat & nak kereta lain..Dia cakap kereta yang patutnya nak bagi kat kitaorang tu ada pelanggan lain sambung guna..Staff tu beritahu ada mini van macam van kilang tu tapi manual, okey ke?mr hubby cakap okey..So mr hubby & adik dia follow staff travel agent tu ambil van kat tempat diaorang..
Kitaorang tunggu kat airport..Lupa nak selfie dengan mini van yang berjasa dengan kitaorang sepanjang kitaorang kat Langkawi haritu..Van kilang pun van kilang la, awak..Janji berbaloi dengan harga yang kitaorang bayar..Gitu konsep mr hubby ku itu...

Hari Pertama - Lepas dapat mini van tu..Kitaorang tak boleh terus check-in kat homestay..Check in pukul 3ptg..Jadi nak kemanakitaney?

MAKAM MAHSURI





Apa ada kat situ?Makam mahsuri..rekabentuk rumah-rumah kampung orang dulu2, telaga mahsuri dan banyak lagi...tak lupa, untuk yang nak tahu sejarah mahsuri, ada tayangan asal-usul mengenai kisah mahsuri..so, enjoy the show...
Tiket masuk RM12 (dewasa) & RM6(kanak-kanak) -  Warganegara MALAYSIA

Destinasi berikutnya

Tempat yang jual minyak gamat (agak popular di Langkawi)..Trademark tempat ni - tu botol minyak gamat yang besar)..Kat sini, korang boleh tengok pembuatan minyak gamat, kenal jenis-jenis herba & dapatkan produk2 berasaskan gamat untuk cenderahati..Mak aku je beli minyak, balm & air gamat kat sini..Aku beli Nenas batu sebab ada kawan pejabat kirim...

Destinasi berikutnya 

Kak Yan Nasi Campur
Alamat : Jalan Ulu Melaka, 
Kampung Padang Gaong, 
07000 Langkawi, Kedah

Sumber Gambar Dari Google

Makan tengahari kat sini..Murah weiii + pilihan lauk banyak (tak percaya try google blog2 yang dah pernah ke sini)..Masa ni, aku tak tangkap gambar sebab ingat time repeat kali ke-2 baru nak tangkap gambar tapi (baca kat bawah)..

Total makan + minum aku, mr hubby, mak & abah = RM23..Adik aku + wife dia = RM14..Adik mr hubby + wife dia = RM11..murah ke tidak?Kalau rasa murah, jangan lupa singgah kalau ke Langkawi..Waktu operasi kedai ni, tak pasti..Baca kat blog2, waktu operasi setiap hari..Tapi masa kitaorang kat langkawi, hari pertama je dapat makan kat sini...Lepas tu ada beberapa kali ulang, kedai TUTUP...

Destinasi berikutnya 


Kompleks Hj. Ismail..Coklat loverrr..Wajib singgah sini, okey..kitaorang hari 1st ni terus shopping coklat..Padahal tak tahu lagi kat homestay ada peties ke tidak?masing-masing lupa diri...Banyak juga la hasil tangkapan kitaorang kat sini tapi lupa nak snap gambar..

Destinasi berikutnya 

Homestay 

Sorry, lupa nak ambil gambar rumah ni dari luar..masa ni dah penattt sangat..duk berjalan lepas je dapat mini van, pukul 5 lebih baru kitaorang check in kat sini..Keadaan rumah okey cumaaaaa....homestay ni ada 3 bilik + 2 bilik air, lengkap dengan kelengkapan dapur (gas, cerek elektrik, kuali, pinggan, sudu), peti ais, meja makan, setiap bilik ada katil, almari dan 2 bilik berhawa dingin, 1 kipas & ada extra tilam, selimut..cuma yang korang nampak tu, 1 pintu bilik air dah lopong kat tengah (aku ambil tuala, sangkut dari dalam bilik air untuk tutup bhg.terlopong tu)..1 lagi pintu bilik air dalam master bedroom kunci dah tertanggal dari belah luar...katil dalam master bedroom melengkung kat tengah..hari ke-3 aku demam so tahu tak sakit kepala baring atas katil yang melengkung macam tu...dan tuan rumah tak letak tanda arah kiblat..ada la aku whatsapp dengan tuan rumah, tanya arah kiblat..dia beritahu nanti dia suruh seorang staff dia datang ke sini & tunjukkan..tapiii nan adoo..kebetulan ada orang tempatan kat situ, kitaorang tanya pada orang tu...tuan rumah senyappp..

Total homestay + transport : RM825 (4H 3M)
Deposit (bayar masa booking) - RM100
2 minggu sebelum ke Langkawi - RM200
Masa sampai di Langkawi - RM525 + RM100 (deposit untuk kereta)
Deposit untuk kereta masa pulangkan kunci, dapat balik RM100 tu

Berapa bintang nak bagi kat travel agen kitaorang ni?

3 je la...Apa nama travel agen ni? RAHSIA..haha..kalau servis dia okey, nak juga aku kongsi kat sini..tapi tapi tapiiii..tak pe la...banyak lagi travel agent kat Langkawi, korang google je...

You Might Also Like

1 comments

  1. waaaa beronok2 dapat pergi langkawi.. Lea las pergi langkawi masa hanimun dulu.. mungkin byk dah perubahan skrg..

    ReplyDelete

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.