Aku bukan peminat citer seram..hantu..mistik..atau apa2 yang berkaitan dengannya..sebab..kalau aku tengok citer seram..sat gi time tido..eh!!tetiba berlakon dalam citer yang tengok tu..Kadang hati nak tengok tapi kontrol..kontrol..tak mo tengok sebab takut terbawak2 dalam mimpi..

Baru ni member ofis aku cerita, dia penah kena kacau dengan 'something' kat bilik air ofis kitaorang..huhu..dah la aku ni pesen, kejap2 mengulang ke bilik air..pffftt..berbalik pada kisah kawan aku tu, dia ni jenis berani sikit..masa dia nak masuk ke bilik air..dia tolak pintu dari luar..tapi macam ada menda yang tahan dari dalam..ingatkan ada orang ke apa..bila dah berjaya masuk ke bilik air tu, tengok tak de orang pun..kawan aku ni boleh pi check..kalau aku..keluar dulu..lama sikit,baru masuk balik..tu pun seram2 gitu..

Selain kisah tu, ada jugak member aku yang lain cerita seram kat bilik air jugak..tapi kat bahagian lain..patut la aku tengok pintu bilik air kat situ, tak pernah tutup..pintu yang kat luar untuk kita keluar masuk tu..suasana dalam bilik air tu terutama time petang2 dalam pukul 3-5ptg macam tu, dalam bilik air tu suram2..ada staff pernah nampak "menda itu"..huhu..kisah..

Aku ni memang jenis penakut..so, memang berharap & tak mintak untuk terserempak atau mengalami peristiwa seram2 gitu...mintak dijauhkan la..




Trailer Volkswagen Kuning
Di Sebalik Tabir Volkswagen Kuning

Sinopsis Volkswagen Kuning

MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!
Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah  membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.

0 Comments