Pengubahsuian Rumah Bermula
Rumah k.fiezz & mr hubby di Sentul dalam proses pengubahsuaian..Fuhhh duit keluar macam air mengalir, weiii..Ada lah rasa nak vengsan..Mr hubby sampai dah demam-demam kat rumah tu..hehe..Benornya kitaorang tak sangka pulak yang kitaorang buat ubahsuai rumah ni dah jadi major renovation..Ingat nak buat sikit-sikit je..Eh sekali kemainnnn...Berapa total ubahsuai rumah?Adeh..Nak tulis ke idak..Kang tulis kat sini, orang ingat velagakkk pulak..Tapi idak pun niat nak berlagak tau..Just sharing untuk rujukan diri sendiri. Bila baca balik entry ni nanti teringat 'oooo banyak ni keluar duit masa buat ubahsuai rumah'..haha..
BARU MULA UBAHSUAI RUMAH
Pilih punya pilih contractor, kitaorang ambil TS DESIGN..Kebetulan salah satu rumah yang setingkat dengan kitaorang, ada owner berkolaborasi dengan kontraktor ni untuk dijadikan rumah contoh untuk buat pengubahsuaian dalam rumah..Masa kitaorang pi tengok rumah contoh ni, saja lah pi tengok-tengok..Boleh tahan juga hasil kerja diaorang..Nampak kemas & teratur..So kitaorang malas nak pening terus decide ambil je kontraktor ni..Basic price yang kontraktor offer RM19,888 untuk penduduk-penduduk kat sini...
Ada apa dalam pakej RM19,888.00 ni?
- whole house grill
- living & kitchen ceiling
- L-shaped kitchen cabinet & wall unit
- master room wardrobe
Early bird free items;
- TV cabinet
- 2set toilet storage
- light installation (owner supply)
Kitaorang pilih yang offer price ni plus add on buat benda lain..Jadi total?Sila rujuk kat bawah...Haha...
Nak buat ubahsuai rumah kitaorang ni ada beberapa prosedur. Banyak jugak cekadak pemaju perumahan ni..Aihhh sabor je lah...
Selesai je pembaikan segala defect, baru boleh mohon permit untuk buat kerja pengubahsuaian dalam rumah dari Pemaju Perumahan..Kena isi borang & bayar deposit dalam RM2500 untuk major renovation..Nanti duit ni boleh dapat balik tapi mr hubby cakap duit ni nanti kitaorang pusing jadikan bayaran maintenance yang kena bayor RM280 sebulan...Fuhh lap peluh..Nak duk ala-ala have have sangat kan..Hadap lah..haha..
Lepas dapat permit, baru lah kerja-kerja pengubahsuaian bermula..Kitaorang mohon permit hari Jumaat lepas & dapat kelulusan hari Isnin baru ni. Rabu masa cuti Sultan Selangor baru ni, mr hubby & abah ke sana kejap..Tengok eh dah siap kontraktor pasang wardrobe dalam bilik, kabinet dapur..Wahhh cepat kerja... Good job sangat kontraktor ni...
K.fiezz ada pi tengok juga rumah masa ni tapi sis lambat sikit sampai. Sebab dari pejabat..Tazabarr pulak nak tengok hasil dia...



7 Comments
Fuhhh.. Org kta dah boleh buat rumah tiny house dengan amaun tu... Linda pun tak buat apa lg dekt rumh.. Bajet tarakk... Hahaha
ReplyDeletePuas hati keluar banyak modal untuk renovate. Selesa nak duduk nanti. Memang kos rumah mahal sekarang ni. Akan datang lagi mahal.
ReplyDeleteTak apa sis berbaloi dgn hasilnya janji puas hati
ReplyDeletewaa bestnya major reno. comfirm lepas siap dah boleh terus masuk rumah. aircond rumah fiez ada berapa biji.. RM15k tu
ReplyDeleteKalo dah niat Renov rumah, memang harus siap untuk habis banyak lebih daripada expected. Jadi banyak orang yg letak budget lebih tinggi dr perkiraan, Krn akan banyak hal2 di luar itu yg harus dibayar juga 😂
ReplyDeleteTapi setelah itu memang puas kan kak..
Dulu saya Renova rumah juga cari sendiri barang2 macam AC, kulkas, wastafel etc. Tukang hanya bertugas memasang. Tapi bagus juga, JD betul2 sesuai keinginan kita
Bila buat renovation rumah memang kena siapkan poket betul-betul. Boleh tambah 2-3 kali ganda basic price yang kontraktor bagi. Dah lalui macam ni, memang penat hehehe...
ReplyDeleteTapi berhabis sekarang..insyaallah ada rezeki lain nati...cantik la rumah Fiez
ReplyDelete