Alhamdulillah, yeayyy..Rumah baru k.fiezz & mr hubby di LSH33 dah siap..Semalam k.fiezz & mr hubby cuti rehat untuk ambil kunci rumah kitaorang di Sentul ni..Lewat beberapa bulan dari jangkaan siap, tetapi apapun syukur rumah berjaya juga disiapkan & kunci dah ada dalam tangan..
Semalam appointment k.fiezz & mr hubby untuk ambil kunci pukul 10pagi tapi kitaorang sampai awal..Excited sampai terawal sejam..hehe..Kisahnya kitaorang ada urusan lain sebelum tu (nanti k.fiezz share di entry lain). Dah selesai urusan yang pertama ni, terus je lah gerak ke sini. Itu tersampai awal..So melepak kejap kat showroom + pejabat developer kat tingkat bawah..
Dekat pukul 10, baru kitaorang naik semula ke tingkat 2..
AMBIL KUNCI RUMAH DI LSH33
LSH33 ni rumah kedua yang k.fiezz & mr hubby beli bersama lepas berkahwin. Rumah pertama di Semenyih, kitaorang beli tahun 2009 tapi dah dijual tahun ni..Legaaa setel 1 pinjaman..Masa beli rumah kat Sentul ni, rumah di Semenyih masih belum berjaya di jual. K.fiezz dah risau sebab rumah kat Sentul ni start tolak gaji bulan Julai tahun ni, kalau kata rumah di Semenyih tak dapat jual ada 2 komitmen kitaorang kena hadap dengan amount bulanan yang boleh tahan tinggi bila campur dua-dua..Alahai risau..Tapi legaaa masa awal tahun ni, rumah kat Semenyih berjaya di jual...Setel...
Untuk rumah LSH33 ni gaji k.fiezz mula ditolak bulan Julai tahun ni & kunci baru je dapat dalam genggaman semalam (24 Oktober 2024)..Rumah LSH33 ni k.fiezz guna pinjaman perumahan untuk penjawat awam iaitu LPPSA..Manakala rumah di Semenyih sebelum ni k.fiezz & mr hubby bergabung buat pinjaman perumahan di bank...
Jom lah ambil kunci rumah LSH33 ni...
Ni kat ground floor depan showroom + office developer...
Mula masa staff tu keluarkan wristlet ni, sis ingatkan diari tau..haha..Sekali bila staff tu suruh buka..Laaaa kunci rupanya..Amikkk berlambakkkk..haha...Dah sesiap label setiap kunci untuk apa...Senang nak rujuk...
CHECK DEFECT & PANGGIL KONTRAKTOR
Lepas ambil kunci, terus naik ke rumah kitaorang di tingkat 8..Consider tingkat 2 je sebab rumah bermula dari tingkat 7..Balkoni rumah k.fiezz menghadap kolam renang & court badminton..Bila buka pintu depan & balkoni, kemain angin masuk..Sejukkk je..Halahhh tak sabar nak duduk situ..Mr hubby siap cakap nanti kat balkoni nak letak kerusi & meja kecik..Petang-petang lepak minum kopi...haha..Kemain tau..Okey nanti kita realisasikan..
Masa ni juga mr hubby panggil sekali orang yang untuk check defect dalam rumah (sebab developer bagi tempoh 21 hari untuk buat aduan berkaitan defect), lepas tu kontraktor buat kabinet dapur, wardrobe, lantai, tinted tingkap.Pakej semua sekali lah..Dari pukul 11pagi kitaorang kat situ sampai 3petang baru keluar..Penatttt weiii..Macam sis & mr hubby yang check defect..haha...
Banyak ke defect kat rumah kitaorang ni?
Antaranya finishing tak cantik, ada tingkap yang tak berapa rapat bila ditutup, mozek kosong, ada crack.. Nampak tak banyak tapi bila diaorang labelkan pada setiap tempat, nampak banyakkk weiii...
Untuk yang kontraktor tu mr hubby panggil sekali sebab kitaorang nak suruh buat quotation terus..Senang nak bajet untuk buat pengubahsuaian nanti lepas dah setel pembaikan defect by management office...Jadi untuk step pertama ni repair defect dulu...Baru next process pula, renovation..Rasanya kitaorang boleh pindah ke rumah baru ni by hujung tahun ni atau awal tahun depan...
Pssttt - Tak sabar tengok hasil renovation..Kat dapur tu, kalau sis tak rajin lagi masak tak tau lah..haha...
0 Comments