Alhamdulillah, bulan Julai yang lepas k.fiezz & mr hubby dapat tawaran dari JKM untuk anak pelihara (a.k.a anak angkat). Lepas sesi temuduga Ogos tahun lepas, bulan Julai baru ni kitaorang terima tawaran dari JKM. Dapat info mengenai tawaran ni pun dari pegawai JKM sendiri yang contact k.fiezz melalui whatsapp. Surat tawaran lepas 2 minggu baru sampai kat rumah kitaorang..Nasib baik pegawai JKM tu berhubung sendiri dengan k.fiezz maklumkan pasal ni sebab kitaorang kena bagi maklumbalas sebelum hujung bulan Julai. Surat original sampai lambat..

Sebelum dapat tawaran ni, k.fiezz & mr hubby kena buat ujian psikologi secara online masa bulan Mei (kalau tak silap). Mula ingatkan masa kena buat test ni, kitaorang dah dapat offer untuk dapat baby. Rupanya belum lagi..Kena buat ujian ni dulu..Lepas dah lulus baru next step pulak iaitu tawaran untuk jaga anak pelihara ni (kalau dah ada baby yang memenuhi kriteria macam dah di isi dalam borang)..

BULAN JULAI 2024 TERIMA TAWARAN

Lepas 2 bulan iaitu bulan Julai baru ni, kitaorang dapat offer anak pelihara..Kat JKM, untuk proses permulaan anak angkat di sebut anak pelihara. Lepas tempoh tertentu & dah dapat sijil pengangkatan baru di panggil anak angkat..

Jadi bulan Julai tu lepas dapat tawaran, pegawai JKM datang ke rumah untuk sesi temuduga lagi sekali sambil memantau keadaan rumah sesuai ke tidak untuk baby..

Masa sesi temuduga ni, k.fiezz je yang ada. Itu pun nasib baik dapat lari kejap balik rumah masa hari kerja sebab pegawai JKM ni nak datang waktu & hari bekerja. Masa ni impression Pegawai JKM tu pada k.fiezz agak kurengg sikit..Sebab dia asyik duk tanya 'apa perancangan lepas dah dapat baby ni?'..Kakak fiezz ni pun jawab 'errrr jaga je & barang-barang keperluan akan beli lepas dah confirm baby ada kat kitaorang.'..Yelah nak expect sis jawab apa? 'Saya akan berhenti kerja untuk jaga baby ni & memantau dia 24 jam'..

Eh gerammm..Agak angin jugak sebab dia asyik ulang soalan yang sama..Sebab pegawai JKM tu pun kena faham, kitaorang first time nak jadi parents jadi memang tak ada pengalaman..So jangan lah expect tinggi dan perfect..Kitaorang pun nanti kena belajar banyak benda...

Sambil temuduga tu, dia duk perhati dalam rumah..Sekejap je dia datang..Lebih kurang 10-15 minit. Sebelum habis sesi tu, dia tegur 'nanti dah dapat baby, kemas-kemas sikit rumah'..Errrr k.fiezz macam, aihhh dah cukup kemas rumah sis ni sebab sis bukan jenis suka rumah berselerak..OCD sikit..hehe..Tapi sis angguk je lah..Malas nak argue..

Rupanya point dia duk tanya apa perancangan, apa perancangan tu dia nak suruh k.fiezz ambil cuti dalam seminggu dua untuk bagi baby serasi dengan sis..Tak nak lah terus hantar ke baby sitter..Risau baby meragam..Laaa bitau lah suruh sis ambil cuti..Aihhh, kita ni tak paham berkias-kias...So nanti lepas dah dapat baby, sis ambil cuti dalam seminggu..Nak ambil lebih, cuti tinggal sikit..hehe...

Lepas dah selesai sesi ni, minggu yang sama kitaorang pi tengok baby kat rumah kanak-kanak nun di selatan sebab pegawai JKM memang suruh pi melawat dulu sebelum nak terima atau tolak tawaran..

Kalau ingat baru-baru ni k.fiezz ada up entry staycation di salah satu hotel kat Selatan. Sebenarnya kitaorang pi tengok baby kat situ.

permohonan anak pelihara

Surat tawaran anak pelihara yang kitaorang terima...


DAH TENGOK BABY DI RUMAH KANAK-KANAK


Dalam surat dah dinyatakan nama, umur & lokasi baby bakal anak angkat kitaorang ni..K.fiezz masa mula-mula tengok nama baby, macam pelik sikit..K.fiezz tanya dengan pegawai JKM baby tu bangsa apa?Pegawai JKM tu beritahu bukan yang macam k.fiezz agak..Parents baby ni warganegara asing..Ayahnya tak dinyatakan tapi mak dia, warganegara asing..

Kitaorang dah pi tengok baby nya..Comeyyyy..Kacukan uolls...Memang ketara beza lah rupa kitaorang dengan dia..hehe..Biras, adik ipar k.fiezz cakap tengok dalam gambar dari tepi ada rupa sikit macam mr hubby..Tapi memang comel angattt..Baby girl..Masa isi borang permohonan, kitaorang memang nak baby boy tapi tak apa lah dapat baby girl..Ni pun dah kira rezeki...

Baby alhamdulillah sihat, elok besar..Ikut baka ayah kandung dia, jenis badan besor..Cuma sebelah mata dia ada masalah sikit.. Tapi mr hubby cakap tak apa, nanti buat lah rawatan..Biras k.fiezz cakap ada rawatan mata macam tu kat hospital..So nanti kita pi lah buat rawatan apa yang patut...

Masa pi tengok baby ni, staff kat rumah kanak-kanak tu ada maklumkan juga sebelum dapat jagaan sepenuhnya, ada tempoh bercuti dulu baby dengan bakal parents. Bawa baby balik rumah & jaga dalam tempoh tertentu untuk tengok keserasian..Habis tempoh tu, hantar semula baby ke rumah kanak-kanak..Nanti diaorang akan buat laporan. Lepas dari tu baru surat rasmi dikeluarkan & baru dapat penjagaan penuh..

Alamakkk..K.fiezz & mr hubby macam tak berapa suka pula yang ni sebab leceh kena ulang-alik beberapa kali dari KL ke selatan (tempat baby tu ditempatkan). Plus kesian juga kat baby tu nanti & kitaorang pun juga..hehe..Tapi haritu tanya dengan pegawai JKM, dia cakap sebelum ni memang ada prosedur yang ni tapi sekarang dah tak dibenarkan..Legaaa...

K.fiezz ada ambil gambar baby ni masa pi melawat tapi tak boleh publish lagi kat sosial media..Jadi nanti lah k.fiezz reveal yeak..Lepas dapat ni pun k.fiezz tak terus reveal lagi..Biar lah dulu..hehe..Bagi sis & mr hubby get to used jadi mami & dedi segera..Ewahhh mami, dedi..Kemain tau..haha..Tak kisah lah..Lama tau kitaorang tunggu nak guna gelaran ni..

Lepas dah tengok baby ni, kitaorang kena bagi maklumbalas segera kat JKM samaada nak terima ke tidak. Kalau tak nak terima, diaorang akan offer kat orang lain yang dalam list belakang kitaorang...

Tapi kitaorang dah decide untuk terima baby ni...Rezeki..Bukan senang nak dapat...

BERAPA LAMA TUNGGU UNTUK DAPAT BABY KAT TANGAN?

Lepas dah bagi maklumbalas kat JKM ni, kena tunggu lagi surat rasmi dari Ibu Pejabat JKM di Putrajaya. Jadi kitaorang sekarang dalam proses menunggu surat rasmi yang ni..Haritu dah tanya pegawai JKM yang handle fail kitaorang, jangkaan antara 2-4 bulan untuk terima surat rasmi tawaran dari ibu pejabat JKM & dah dapat surat ni baru boleh bawak baby balik ..Harapnya di permudahkan..

LATAR BELAKANG BABY BAKAL ANAK ANGKAT KITAORANG NI

Ada risik-risik dengan pekerja kat rumah kanak-kanak tu, diberitahu baby ni ditinggalkan mak dia kat hospital lepas bersalin. Mungkin tak ada duit nak bayar bil, jadi dia tinggalkan anak dia kat hospital..Caj bukan warganegara kat klinik/hospital mahal dari kita yang warganegara ni..Jadi mungkin dia tak ada duit..

Dah ditinggalkan kat hospital, JKM yang take over & baby di tempatkan di rumah kanak-kanak...Dan bila ada permohonan anak pelihara di JKM..Diaorang akan offer pada pemohon-pemohon yang nak anak..Kitaorang lah antaranya tu. Syukur tersenarai..Padahal baru je sesi temuduga tahun lepas...Ingatkan lambat lagi baru sampai giliran..Tapi mungkin juga JKM tengok pada faktor umur kitaorang suami isteri yang boleh lagi nak jaga budak-budak..hehe..Tak apa lah macamana pun penilaian JKM..Alhamdulillah dah sampai rezeki kitaorang..

Psst - Nervous + excited..1st time nak jadi parents ni...

2 Comments