Biasalah k.fiezz ni rutin setiap 2-3 minggu sekali, sesi inai rambut. hehe. Dah tua ni kan, bukan main meriah uban keluar sana sini walaupun sis tak ada cabut pun uban-uban yang sedia ada..Orang-orang tua cakap jangan cabut uban nanti makin banyak, masalahnya tak cabut pun tapi awat makin meriah keluar ni. Faktor usia lah tu. Terpaksa #pasrah lah jawabnya cuma sakit je mata nengoknya sana sini ada uban..Untuk tak nak sakitkan mata sendiri, k.fiezz akan inai rambut. Tengok dah pudar je warna inai yang sebelum, k.fiezz top up inai rambut baru.

Jadi rutin k.fiezz memang akan beli inai rambut bila stok kat rumah dah makin susut. Terbaru k.fiezz beli inai rambut halal ni yang dah siap bancuh. Cuma tinggal pakai je kat rambut. Sebelum ni k.fiezz beli jenis serbuk, kena bancuh dulu dengan air lepas tu baru boleh tepek pada rambut. Kali ni beli yang dah siap bancuh terus sebab malas..hehe

INAI RAMBUT HALAL

K.fiezz beli inai rambut halal ni kat Tik Tok shop..Biasa lah platform baru untuk shopping. Kadang dapat baucer free shipping. Itu yang suka membeli-belah kat situ. hehe.

Eh confirm ke inai rambut jenama ni halal. Yea..HALAL korang. K.fiezz ni sebelum beli, sis semak dulu kandungan dia tau. Bukan terus beli. Biasanya pilihan k.fiezz bila nak warnakan rambut untuk tutup uban, sis akan pilih inai yang 100% asli.  Jom tengok kandungan inai rambut halal yang jadi pilihan k.fiezz ni.

Kandungan inai rambut halal ni > Inai (100%)  dan tambahan Minyak Zaitun, Minyak Jojoba, Minyak Rose & air. 

Tempoh ketahanan > Simpan dalam peti ais (chiller) boleh tahan 1 bulan & simpan dalam freezer 6 bulan.

Warna inai rambut halal ni ada 2 jenis. Satu coklat & satu burgundy.

K.fiezz pilih warna burgundy..

inai rambut,inai rambut halal

Harga inai rambut halal ni > RM20.00 

inai rambut,inai rambut halal

Dapat free sepasang sarung tangan &  1 shower cap


inai rambut,inai rambut halal

Nak tengok mana ke rupa warna burgundy ni. Biasa k.fiezz beli inai kat tempat lain tak ada pun pilihan warna. Cuma ada 1 warna je. Hat ni ada pilihan warna pula. K.fiezz pilih burgundy sebab suka tengok warna rambut merah-merah gitu..Maklumlah uban meriah (hehe), bila pakai inai memang nampak lah warna merah inai kat part rambut yang beruban.

inai rambut,inai rambut halal

Sebelum & selepas..Tapi kenapa warna selepas tu lebih kurang je macam yang sebelum. haha. Hat sebelum tu k.fiezz guna jenama inai lain..Bila dah pakai yang baru ni, eh sama je..Sis tertipu..haha..Next time beli warna coklat pula lah..

BERAPA LAMA TAHAN INAI RAMBUT NI?

So far k.fiezz guna 1 bekas ni dah ulang beberapa kali &  masih ada lagi yea. Bukan sikit. Banyak lagi. Masa kali pertama k.fiezz pakai jenama inai rambut ni hampir penuh juga kena kat semua rambut. Lepas tu ada beberapa kali, k.fiezz touch up kat bahagian depan & tengah je sebab biasa kat bahagian ni yang inai cepat benor pudar. 

Jadi angaran berapa lama tahan inai rambut ni? Tengok pada paras panjang rambut & kekerapan guna. K.fiezz guna tak banyak sangat. Untuk touch up, sikit je..Lepas tu tambah air sikit..Baru tepek kat rambut. 

Untuk bagi inai tahan lama, k.fiezz ikut seperti yang dicadangkan letak kat bahagian freezer. Bila nak guna, baru k.fiezz keluarkan untuk defrost. K.fiezz letak kat luar awal. Contoh k.fiezz nak pakai waktu petang. Dalam tengahari,  k.fiezz dah keluarkan letak kat sinki bilik air. Biarkan sampai dia lembut. Dalam petang masa k.fiezz nak guna, inai memang dah lembut semula..Dah siap inai rambut, k.fiezz simpan semula inai dalam freezer..

Kelebihan beli inai yang dah siap bancuh macam ni, boleh terus pakai. Tak perlu nak bancuh dulu dengan air. Cuma tempoh ketahanan, takut tak tahan lama. Tapi dah ada arahan macam yang k.fiezz beritahu kat atas ni, ikut je lah arahan tersebut. Senang..

Kat rumah selain dari inai ni, k.fiezz ada stok pewarna rambut HALAL. tapi biasa lah sis ni penakut nak guna..haha..Risau tak serasi dengan kandungan dia, ada kesan pula kat kepala @ rambut. Aihhh sebelum guna pewarna rambut ni, memang dah ada arahan kena buat alergy test tapi tu lah dah nama sis yang pemalas ni kan..Tak buat-buat sampai sekarang. Tu penyudahnya pilih inai je senang..hehe

Nanti lah sis cuba dulu buat test alergik kat kulit pewarna rambut yang ada tu. Kalau tak ada apa-apa kesan negatif, sis pakai & share kat sini...

6 Comments

  1. cantik la warna dia, uban tu bukan sbb tua tp produk penjagaan rambut kita tu buat kita cepat beruban..:)

    ReplyDelete
  2. bagusnya ada yg mcm ni..senang sbb boleh terus pakai and nak simpan pun senang.... leh try cari utk ibu ni

    ReplyDelete
  3. terigin gak nak tutup uban akak ni byk dah, tapi kemalasan la pula fieza huhu

    ReplyDelete
  4. Senang letak di kepala teus.
    Tengok ada beza sedikit gambar sebelum dan selepas.

    ReplyDelete