Lepas failed IVF baru-baru ni, k.fiezz masih ada stok lagi ubat IVF yang kena ambil masa proses 2ww (waiting week). Memandangkan k.fiezz tak berjaya untuk IVF kali ke-2 ni jadinya ubat-ubat ni memang tak perlu ambil dah. Ater nak buat apa dengan ubat IVF semua ni. Aihhh..Cadang nak buang tapi sayang lah pula. Semua beli ni, bukan free. So k.fiezz try post kat dalam group kat FB untuk IVF/IUI..Saja lah post kat situ kot ada yang nak ubat IVF ni. K.fiezz bukan nak jual pun. Nak sedekah je sebab dari buang, sayang. 

ubat ivf, asid folik

K.fiezz saja lah post kat dalam group IUI/IVF tu, siapa yang berminat dengan ubat IVF ni. Udah sis tak berjaya, tolong lah orang lain yang berjaya & masih perlukan pengambilan ubat-ubat ni. Ubat-ubat ni pun 2 jenis tu tak bersentuh lagi cuma satu je yang dah luak sebab tinggal 8 biji..Lagi 2 jenis, cukup sepapan setiap satu.

Alhamdulillah post k.fiezz tu dapat sambutan. Yang komen ada, yang terus chat pun ada. K.fiezz layan yang kat chat dulu. Siapa yang reply cepat, rezeki orang tu lah. 

Dalam duk chat, balas komen kat post k.fiezz, Dapat dah orang yang berminat dengan ubat IVF k.fiezz ni. Malam tadi, orang tu datang ambil kat rumah. K.fiezz bagi free asid folic sekali sebab k.fiezz tak perasan yang ubat duphaston tu rupanya tinggal 8 biji je. Adeh. Nasib bukan niat nak jual. Memang nak sedekah je. So untuk cover k.fiezz bagi sekali stok asid folik yang k.fiezz ada. Buat masa ni k.fiezz malas dah nak amalkan dulu asid folic ni. Dah berapa lama k.fiezz makan asid folik ni benornya. So bila dah failed IVF ni, give up. Semua jenis vitamin, k. fiezz berhenti makan. Asid folik ni untuk yang merancang untuk hamil, boleh amalkan dari sebelum pregnant lagi. Jadi k.fiezz ni dah belas tahun nak mengandung tapi tak mengandung pun, so bayangkan lah dah berapa lama k.fiezz makan. haha. Jadi stop je lah buat masa ni. 

Eh k.fiezz ni selamba je sedekah ubat IVF ni?Boleh ke?Boleh je yang penting tahu dos yang diperlukan ikut nasihat Dr. Lagipun majoriti yang buat IVF ni, ubat-ubat yang kena ambil sama jenis je. Macam k.fiezz ni niat nak tolong ringankan beban yang mana buat IVF & masih perlukan ubat-ubat ni tapi kewangan kurang memberangsangkan. 

Seronok juga boleh tolong orang dengan cara macam ni. Orang yang dapat ubat-ubat k.fiezz ni pun baru buat IVF juga & tempoh dia ttc pun sama macam k.fiezz. Dia pun 2x buat IVF ni dan alhamdulillah yang kali ke-2 ni berjaya melekat walaupun bacaan hcg dia borderline. Tapi alhamdulillah berjaya juga melekat dari k.fiezz yang langsung tak nak lekat. So masa bagi ubat IVF ni kat dia semalam, k.fiezz cakap tahniah & fikir positif. Dia risau sebab hari Jumaat ni kena ulang semula ujian darah untuk tengok bacaan darah dia makin menaik lagi ke tak. Harapnya makin menaik. Kalau makin menaik maksudnya embrio dia makin kukuh & stabil dalam rahim. K.fiezz doakan 'bacaan darah cren makin menaik. Think positive, k'...

Lega ubat-ubat ni tak jadi buang. Bagi kat orang yang masih memerlukan. 

Sayang tau nak buang ubat-ubat ni sebab tiga-tiga jenis ni kena beli. Utrogestan tu paling mahal..huhu..Bila beli ubat yang mahal-mahal ni, nak buang dalam tong sampah pun berpikior nak buang ke idak..

SEDEKAH JALAN TERBAIK...

9 Comments

  1. alhamdulillah, ramai je yg memerlukan ubat IVF tuh., aminn

    ReplyDelete
  2. Setuju, daripada membazir buang, lebih baik hulurkan kepada yang perlu.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. berkongsi rezeki.... moga murah rezeki bila kita berkongsi tu kan....

    ReplyDelete
  4. Saya paling tak tahan makan acid folic kak, rasa memang akan muntah lepas makan

    ReplyDelete
  5. Betul itu baik bagi orang.
    Moga Allah mudahkan usaha Puan Fiezz nanti. Insya Allah.

    ReplyDelete
  6. semoga dgn berkat sedekah rezeki ttc fiez bertambah murah insya allah..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..dapt pahala berganda tlg orang lain..:)

    ReplyDelete
  8. Betul tu, mana tau asbab kak fiez bersedekah, ada rezeki lain untuk kak fiez.

    ReplyDelete
  9. Moga Allah berikan rezeki sebaiknya asbab kak fiez kongsi rezeki dgn insan lain.. inshaAllah aminnn :)

    ReplyDelete