Minggu lepas k.fiezz beli shawl kat Tik Tok. Biasanya courier kat Tik Tok Shop ni guna J&T. Tapi yang ni first time k.fiezz dapat Flash Express. Tak apa lah kan mana-mana kurier pun janji barang selamat sampai. 16hb, tengok dalam sistem barang k.fiezz ni dah update out for delivery. Okey, lega di situ..

Tapi dalam 4 lebih, dapat call dari Flash Express ni beritahu barang tak dapat di hantar 16hb tu. Tak dan kata kurier. Ermmm, takkan lah nak paksa juga suruh hantar kan. K.fiezz cakap okey je lah..Dalam hati, jangan esok korang pi pending pula barang sis ni kat hub tak bergerak.


flash express

Petangnya tengok dalam sistem, tertera macam di atas (rujuk gambar). Ehhh pepandai je cakap sis yang suruh reschedule. Padahal diaorang yang tak sempat nak hantar & minta untuk hantar esoknya. Jadi sis nak tak nak setuju je lah. Tak apa fikir positif, mungkin ni alasan yang ada dalam sistem dorang untuk jaga rekod. Takkan nak update courier tak sempat nak hantar. 

Tak pe tunggu esok. K.fiezz debor tahu nak tengok esoknya diaorang bawa keluar ke tidak barang sis ni.

Alhamdulillah, bawa keluar..Dalam tengahari, barang dah selamat sampai kat rumah. Legaaa...Risau je barang hilang benornya sebab kurier ni first time hantar ke area rumah k.fiezz. K.fiezz tak pasti servis kurier ni okey ke idak kat kawasan rumah sis tu. 

Tapi ni dah sampai, legaa..Okey lah servis diaorang...

flash express


BARU TAK SEMESTINYA TAK BAGUS, YEA TAK...

4 Comments

  1. Mrs. A pun tak pernah dengar Flash Ekspress ni.

    ReplyDelete
  2. Itulah debaran hilang apabila barang selamat sampai.
    Pernah juga dapat status penghuni tiada di rumah. Padahal ada sahaja di rumah tidak ke mana-mana. Sabar sahajalah.

    ReplyDelete
  3. Pernah order barang dri seller .. Guna flash express ni .. Cepat jgk courier tu .. Tp mengikut kawasan jgk mybe kan

    ReplyDelete
  4. smlm rasanya mama pun ada dpt, ok aje servis dia

    ReplyDelete