Lama tak kongsi hasil masakan sis kat blog kesayangan ni. Sebab selalu masak menu sama je so malas lah nak share resipi yang sama. Minggu lepas terlalu kat fyp k.fiezz kat Tik Tok resipi ayam masak cili kering ni. Tengok cara masak, tak susah sangat. Ok, onzz cuba resipi ni. hehe..

RESIPI AYAM MASAK CILI KERING

Bahan-Bahan :-

  • Ayam (kuantiti ikut lah masing-masing nak banyak mana)
  • Bawang putih (kisar)
  • Halia (kisar)
  • Serbuk Kunyit
  • Garam
  • Bawang Merah (hiris nipis)
  • Cili Kering (potong dua atau kecil)
  • Daun Kari
  • 1-2 Sudu Besar Sos Tiram
  • 1-2 Sudu Besar Sos Cili Thai
  • Sikit Kicap Pekat Manis

ayam masak cili kering

Cara Masak Ayam Cili Kering :-

  1. Gaul sebati ayam dengan serbuk kunyit, garam, halia & bawang putih yang telah di kisar. Goreng kemudian ketepikan kejap. *k.fiezz goreng ayam guna air fryer sebab ayam lagi elok masak sampai ke dalam + untuk elakkan penggunaan minyak yang banyak..hehe*
  2. Panaskan minyak & tumis bawang merah, daun kari & cili kering sampai naik bau. 
  3. Lepas tu boleh masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Gaul sekata. 
  4. Masukkan sos tiram, sos cili thai & kacau-kacau. 
  5. Letak sikit kicap pekat manis untuk bagi warna pekat sikit & rasa. Lepas tu gaul lagi sampai sekata. Try rasa, kalau okey tak perlu tambah apa-apa lagi. Ada terkurang apa-apa, pandai-pandai lah adjust
  6. Siap.

Sedap Tak?


Mak k.fiezz cakap sedap & nak cuba juga resipi ni. hehe. Lagipun cara masak resipi ayam masak cili kering ni very da simple..Style k.fiezz & mak, menu yang simple-simple ni memang jadi pilihan..hehe..

So ikut tekak k.fiezz ayam cili kering ni sedap tak?Sedap ikut tekak sis yang tak mengada-ada ni. Mr hubby pula komen apa? Tak ada komen sebab dia tak makan pun masa k.fiezz masak ayam cili kering ni. 

Menu ni memang masuk dalam list utama sis sebab senang dan cepat di masak. Untuk wanita yang berkerjaya & rushing balik kerja nak masak, resipi ni sesuai sangat sebab tak banyak sangat step dia. Sonang gitu. Jimat masa & cepat disediakan. 

SELAMAT MENCUBA...

7 Comments