Sesiapa yang follow k.fiezz di facebook mungkin ada perasan satu posting pasal k.fiezz complaint staff kat satu mini Mart tak layan masa k.fiezz ke situ Isnin yang lepas. Kisahnya k.fiezz singgah ke Mart dekat stesen LRT Muhibbah ni nak beli roti. Sampai je kat situ, k.fiezz ambil roti yang diletak kat bahagian luar & untuk bayar kena masuk ke dalam. Masuk dalam mini mart tu ada seorang je staff tengah susun barang. K.fiezz saja customer yang ada masa tu. Ada lagi seorang customer kat luar tengah pilih roti lagi. Jadi k.fiezz & staff tu saja yang ada dalam Mart. Tak besar pun mini mart dia. Kecil je. Kenapa k.fiezz mention saiz kedai?Sabar jap...


BUAT-BUAT TAK DENGAR?

Kat kaunter masa tu tak ada staff lain yang ada hat seorang tu tengah susun barang kat bahagian tengah kedai. K.fiezz pun mengadap ke arah tempat staff tu tengah susun barang & panggil dia 'adik..adik..adik..adik..adik', tak ada respons.  K.fiezz panggil sebab nak bayar roti. Sekali dia buat dekkk je ko. Tak tahu lah dia betul-betul tak dengar atau buat-buat tak dengar. Ehh..dah kenapa budak ni?tak suka pelanggan masuk ke situ ke..tak nak income masuk ke?Eh macam-macam tanda soal kat kepala ni sebabnya k.fiezz panggil dia boleh buat dunno je. Mungkin dia tak dengar kot suara k.fiezz perlahan sangat sebab pakai mask tapi mesti dia boleh nampak kat hujung mata, ada orang tengah berdiri satu barisan dengan tempat dia susun barang tu. Lagipun sambil dia susun barang tu, nampak macam dia menoleh sikit-sikit ke arah k.fiezz sebab nak letak barang-barang atas rak. 

Haih..geram pula k.fiezz sebab duk panggil dia, menyahut tak, menoleh pun tak.. Allah..sabar je lah sis..

Geram sangat, k.fiezz letak roti atas kaunter terus keluar dari situ. Sambil tu k.fiezz jerit 'ehhh..buat-buat pekak pulak'...Lepas k.fiezz dah menjerit macam tu, baru lah nampak dia pandang ke arah k.fiezz. Laaa dengar pun. Tadi aku panggil, buat dunno..Tapi malas lah k.fiezz nak masuk balik beli roti. Kuasa nak bagi duit bayar gaji diaorang kalau servis nak tak nak je layan pelanggan. 


tak dilayan
Sumber Gambar : Mr Google


POSTING DI FACEBOOK DI TEGUR

Lepas tu k.fiezz ada up pasal isu ni di facebook. Macam-macam reaksi k.fiezz dapat. Ada yang geram, marah sama dengan k.fiezz dan ada juga yang gelakkan k.fiezz. Sebab kata yang komen tu nak marah pun tak guna, tak luak pun duit pekerja yang tak layan k.fiezz tu. Eh betul lah. Tak kata pun gaji dia kena potong sebab tak layan pelanggan. Tapi jangan lupa 'what you give you get back".  K.fiezz doa dia  buat kat k.fiezz gitu, nanti orang buat kat dia pula..

Ada juga yang tegur k.fiezz, katanya husnuzon mungkin staff tu OKU pendengaran. K.fiezz buat kat orang, nanti kena balik kat  family k.fiezz sebab layan orang macamtu. Sejujurnya k.fiezz pun tak terfikir staff tu ada masalah pendengaran. Sebab lepas k.fiezz jerit tu, nampak elok staff tu menoleh kat k.fiezz. Jadi k.fiezz rasa staff tu tak ada masalah pendengaran. 

Tapi orang dah tegur macamtu, k.fiezz terima je. Tu lah dia luah perasaan kat facebook, kena hadap lah macam ni bila kita yang kena balik..Jadi K.fiezz cakap kat kawan fb ni kalau dia rasa tak boleh terima posting k.fiezz yang -ve tu, boleh lah block sis. Sis manusia biasa yang tak lari dari macam-macam perasaan bila berada dalam situasi tertentu. Macam kes atas ni, rasa marah sebab pekerja Mini Mart buat-buat tak dengar bila dipanggil. Kalau kata staff tu ada masalah pendengaran mesti dia boleh nampak dari sipi yang k.fiezz tengah berdiri mengadap dia tengah susun barang masa tu. Tapi jujurnya k.fiezz memang tak terfikir masa tu staff ni ada masalah pendengaran. K.fiezz memang fikir dia saja buat tak dengar sebab nak elak layan pelanggan. Kalau assumption k.fiezz ni tersalah, minta maaf sangat. Sesiapa pun berada dalam situasi k.fiezz macam ni mesti rasa marah sebab panggil staff tapi tak ada respons. Cuma tindakan kita mungkin berbeza, mungkin ada yang keluar & lepaskan kemarahan macam k.fiezz, mungkin ada yang terus pergi ke staff tu dan panggil depan-depan, mungkin ada yang campak roti ke arah dia?Tak pasti tindakan yang mana satu jadi pilihan kita sebab semua ada perangai masing-masing. 

Sis sendiri bukan manusia sempurna yang sentiasa nak husnuzon atau positif. Jadi tindakan pilihan sis keluar & jerit kat staff tu. Memang nampak kurang ajar tapi k.fiezz nak lepas juga kemarahan tu sebab geram panggil dia buat tak layan. 

Kita manusia biasa & tak sempurna. Bila berada dalam situasi tertentu, mesti kita akan bagi reaksi ikut kedaaan betul tak?Jadi sama lah macam sis. 

Kalau kata staff tu ada masalah pendengaran, memang salah k.fiezz. Terus meleting je. Tak apa nanti sis nak pi siasat juga betul ke tak staff tu ada masalah pendengaran. 

Kalau korang nak tanya staff tu pakai headphone atau bersumbat telinga dengan earbud, headphone memang tak ada tapi earbud tak pasti sebab staff tu bertudung. Tak nampak telinga dia tu ada sumbat dengan earbud ke idak..tapi kalau dia pakai earbud memang tak sesuai kot sebab dia kerja kedai yang orang keluar masuk nak beli barang.

Tapi tak apa pengajaran juga untuk k.fiezz lebih husnuzon lain kali bila berdepan situasi yang macam ni atau dalam apa-apa situasi pun yang boleh jadikan k.fiezz cepat nak marah. Nak marah terus istighfar banyak-banyak..


ADA MASA RASA BOLEH HUSNUZON, ADA MASA TAK...

7 Comments

  1. kalau cik nor..ambik jer barang banyak2 lambak kat kaunter..pastu tinggal..dah org panggil buat derk jer..huhu

    ReplyDelete
  2. Jarang kedai akan assign staff sorang sahaja bekerja kalau dia kelainan upaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah, tak pun ada setengah tempat dia akan letak notis bitau pekerja dia ada masalah kesihatan tertentu jadi kita pelanggan boleh alert..

      Delete
  3. dia tengah pakai earfon la tu kot...budak2 muda ni kan telinga memang sentiasa bersumbat je.

    ReplyDelete
  4. Kalo dah lapo sangat. amek roti, letak duit roti tu kat situ. yg satu lagi bawak laa. Haha tp mcm tak elok lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sebab lapor sangat pun sis..beli utk buat stok..kita pi pasaraya restok barang2 dapur, bukan sebab lapar tapi utk standby stok kat rumah. bila lapar, ada makanan..sama lah beli roti kat mini mart masa ni, nak buat stok kat rumah...

      Delete