Bertangas, siapa suka?Siapa yang suka, kita geng. K.fiezz cuba jadikan amalan bertangas  selepas period sebagai rutin bulanan. Tapi biasalah perempuan, kan. Datang mood rajin, rajin lah buat. Datang mood malas memang ke laut lah nak buat. Bila mood rajin mai, k.fiezz memang tak skip buat tangas ni. Suka lah tangas ni sebab rasa fresh je miss v kita. hehe. Banyak kelebihan bertangas ni. K.fiezz pernah kongsi dalam entry sebelum ni. 

Baca < SINI

PERLU KE TANGAS?


Menjawab soalan di atas ni, tepuk dada tanya hati. Rajin buat, tak rajin tak perlu buat. Tiada paksaan sebab ni atas diri masing-masing. Cuma nak cakap yang tangas ni memang elok diamalkan oleh semua wanita tak kira yang belum kahwin atau pun dah berkahwin yang dah ada anak ataupun belum ada anak. Sebab tangas ni fungsi dia untuk keluarkan toksin dalam badan melalui peluh. Selain bertangas juga boleh keluarkan angin yang berkumpul degil tak nak keluar dari dalam badan kita ni.  

Apa lagi kelebihan bertangas ni? Banyak sangat weii antaranya mengurangkan keputihan, merawat masalah miss v berbau dan ada lendir busuk, kecutkan rahim, cegah rahim jatuh (tombong), sembuhkan luka jahitan, cegah buasir, bantu masalah period tak teratur, tingkatkan kesuburan dan paling best mewangikan badan kita

Banyak sangat kelebihan bertangas ni. Ni antara sebab k.fiezz suka sangat buat tangas. Terutama bertangas selepas period sebab boleh keluarkan lebihan darah period.  

Memandangkan k.fiezz sangat lah suka bertangas jadi stok rempah untuk tangas kena ada je kat rumah. 

REMPAH TANGAS


Stok untuk rempah tangas ni k.fiezz biasanya beli kat shopee je. Jenis rempah tangas, ada yang k.fiezz beli dalam uncang & ada juga yang dalam bentuk serbuk. 

Mana lagi senang guna?Of course jenis dalam uncang sebab terus je masukkan dalam periuk. Tak perlu nak sukat guna sudu bagai. 


rempah tangas

Ni rempah tangas terbaru yang k.fiezz baru restock dari shopee. Dalam 1 pek ni ada 10 uncang. Ada setengah rempah tangas yang dalam uncang boleh guna 2-3 kali tapi biasanya k.fiezz guna sekali je lepas tu buang. Bukan saja membazir tapi tak ada bekas nak simpan. Letak merata sat gi, kuman/bakteria pula berkumpul. Udah nak guna lepas tu, tak confident. Jadi senang lepas guna terus buang je. 

Rempah tangas terbaru yang k.fiezz beli ni tak sesuai pun nak guna 2-3x sebab dia jenis serbuk. Bila dah didihkan dalam air, serbuk dia keluar dari bekas uncang sebab serap dalam air. Jadi memang guna sekali je lah. Nasib dalam 1 pek ni ada 10 uncang. Jimattt. Ada lagi yang lain. hehe

BERAPA KALI KENA BUAT TANGAS?

K.fiezz buat sebulan sekali sahaja sebaik habis period.  K.fiezz ni jenis tak lah juga rajin benornya jadi buat sekali sebulan je. hehe.. Yang penting buat untuk kesihatan miss V & juga badan. hehe

Nak bertangas ni tak susah pun, antara rajin dengan tidak je. Rajin dapat kelebihan dia, malas hadap je lah segala masalah kewanitaan yang biasa di alami macam yang k.fiezz beritahu kat atas ni. 

JOMS BERTANGAS...

3 Comments

  1. Semoga memberi kebaikan pada yang mencubanya! :)

    ReplyDelete
  2. Bestnya .. lama tak manjakan diri... Last masa bersalin dulu je lah kan... Ni lama juga tak manjakan diri... Best juga buat sesekali...

    ReplyDelete
  3. Saya bertangas masa berpantang je kak. Lepas tu tak rajin dah hahahha

    ReplyDelete