Support bisnes kecil-kecilan penduduk kat flat k.fiezz ni. Ramai orang kat sini jual macam-macam. Makanan paling banyak. Kalau tengok dalam group whatsapp, rambang mata weiii. Rasa nak beli semua. haha. Harga pun murah-murah. Sesuai dengan pendapatan penduduk-penduduk kat flat ni termasuk lah k.fiezz. hehe

Faham saja bila kita masih lagi dalam pandemik COVID 19 ni, ramai terkesan. Ada yang kena buang kerja. Ada yang putus pendapatan bulanan bila syarikat potong gaji suku atau separuh. Jadi meniaga lah cara paling senang untuk mencari sumber pendapatan sampingan. Tak lah kata meniaga ni senang sangat. Kena usaha juga. Promote dalam group whatsapp taman perumahan, tempat kerja atau post di sosial media pun boleh membantu. Yang penting kita usaha untuk war-war pada orang lain apa yang kita jual. Kalau tak beritahu, macamana orang nak tahu yea tak?Eh macam cakap kat diri sendiri je. haha. Sebab dah lama tak tak promote Obsess Cosmetic k.fiezz tu. haha. Okey berbalik pada topik. Macam orang-orang di flat k.fiezz ni yang mana meniaga, diaorang selalu post dalam whatsapp group flat k.fiezz. Itu yang k.fiezz asyik membeli je kerjanya. Dalam erti kata lain, k.fiezz membantu diaorang juga. K.fiezz dapat makanan favourite & diaorang dapat pendapatan. Gitu. Win win situation konsepnya. 

K.fiezz beli apa?

Jom tengok.

Chocolate Dessert 


Harus lah makanan. Everything about chocolate my favourite. hehe. Chocolate dessert antara makanan yang k.fiezz selalu beli kat group whatsapp flat ni. Pilihan no.1 k.fiezz untuk pencuci mulut. 

chocolate

Mixed Bombolini & Donut


chocolate

Kek Coklat Moist


chocolate

Kek Coklat juga


SEDAP TAK?

Harus lah sedap. Coklat. Favourite k.fiezz. K.fiezz boleh makan habis chocolate dessert ni sorang je. Mr hubby ada lah juga makan tapi sikit je. haha. #tamak.  Mr hubby kena control sikit makanan manis. haha. Tapi semua dessert ni tak lah manis benor pun. Cuma kek coklat yang no.3 tu manis sikit. Tapi tak selalu lah k.fiezz makan dessert ni. Selang-selang. 

Kadang sesekali lepas makan, gediks nak makan pencuci mulut. Saja buat kudap-kudap sambil layan TV/Netflix. Itu yang bila nampak orang-orang sini promote makanan yang diaorang jual, k.fiezz laju whatsapp tepi. hehe. Tapi tak lah semua makanan k.fiezz beli. Tengok juga yang mana berkenan & kena dengan selera k.fiezz saja. 3 chocolate dessert ni antara favourite

Harga semua chocolate dessert ni RM10 sahaja 1 bekas. Murah kan? Harus lah murah. Itu yang laju k.fiezz beli tanpa was-was. hehe.

Bantu orang kita juga untuk cari pendapatan sampingan.

PEMINAT COKLAT...

5 Comments

  1. fuh kalau saya terus ngap yang hijau tu!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah
    bagus fieza, kecil. kecilan. la. kena. suppor.. lg semangat org meniaga
    tapi kalau sedapp. mesti beli lg kan

    ReplyDelete
  3. Wahhh sedapnya
    Semoga dimewahkan rezeki kak fieza dan peniaga ni juga 😊

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..dapat juga membantu bisnes kecil sambil membantu selera sendiri kan Fiez..hehe

    ReplyDelete