Makanan kesuburan lelaki?Tak biasa dengar,kan?Selalu kita dengar bila pasangan yang sedang berusaha nak dapat zuriat, si isteri je makan macam-macam. Suami?Krik krik krik. Tak adilkan. Padahal sumbernya dari mana, kalau bukan dari suami. Jadi bila bercakap pasal kesuburan ni, bukan isteri je kena usaha. Suami pun kena usaha juga. Peranan suami paling penting. Kalau bukan dari lelaki yang datang sumbernya, macamana nak menjadi baby nya (dengan izin Allah). Betul tak?hehe. Jadi bila masuk topik kesuburan ni, bukan setakat perempuan je kena makan supplement atau makanan yang boleh matangkan telur tetapi lelaki pun kena makan juga makanan tertentu yang boleh bantu banyakkan dan hasilkan sperma yang lebih berkualiti. Sama-sama usaha baru lah adil & saksama. 

Apa yea makanan kesuburan lelaki ni?Biasa kita asyik dengar makanan kesuburan untuk kaum wanita je. Habis kaum lelaki?Tak adil!! Jom k.fiezz kongsikan antara makanan kesuburan lelaki. 

K.fiezz cakap kat mr hubby suruh banyak-banyak makan buah ni. haha. Nasib mr hubby memang suka pun buah ni. Lepas tu dia ada juga cakap, kadang-kadang bila time makan buah ni, lepas tu dia macam 'menggatal' sikit. haha. Masa tu tak tahu pula khasiat buah ni salah satu makanan kesuburan lelaki. Masa beritahu dengan mr hubby pasal ni baru mr hubby cerita. Dia cakap lepas makan buah ni, dia macam 'gatal'. haha. Mungkin efek kat mr hubby lah yea. Orang lain, tak. Setiap orang lain reaksi & tindakbalasnya. Berbalik pada cerita buah yang boleh bantu untuk suburkan sperma lelaki. Buah apa tu?

BUAH APA YANG JADI SUMBER MAKANAN KESUBURAN LELAKI NI?

Nak tahu ke buah apa yang k.fiezz cakap ni?hehe. Bagi clue sikit. Buah dia berwarna oren. Bila di belah, biji dia penuh kat bahagian dalam. Biji dia jenis kecil-kecil. Senang di potong terutama kalau dah cukup masak buahnya. 

Boleh agak tak buah apa?

Hehe....Teka Teka...

Jeng

Jeng

Jeng

Jeng

Jeng

kesuburan lelaki
Sumber : Mr Google
Tadaaa..Buah Betik

Kenapa Buah Betik Salah Satu Untuk Tingkatkan Kesuburan?

 
Sebab buah betik kaya dengan Vitamin C & anti-oksida yang baik untuk badan. Selain ia juga boleh tingkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Kekurangan vitamin C dalam badan menjadi punca pengurangan tahap kesuburan sperma. 

Jadi digalakkan para suami untuk amalkan makanan kesuburan lelaki ni - buah betik. Kalau tak suka buah betik, boleh ambil vitamin C sebanyak 500gram sehari untuk cukupkan vitamin C dalam badan. Paling elok dapatkan vitamin C dari sumber semulajadi seperti makan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C tetapi kalau rasa susah nak konsisten atau nak beli buah hari-hari, boleh cuba suplemen tambahan Vitamin C. 

MINERAL ZINC PUN BOLEH TINGKATKAN KESUBURAN


Selain buah betik, makanan kesuburan lelaki juga boleh didapati dari sumber zink sebab mineral zink dikatakan boleh mengaktfikan dan meningkatkan kualiti sperma. Mineral zink ini paling banyak dijumpai dalam sperma.

Antara makanan yg mengandungi sumber zink seperti daging merah, bijirin, kekacang, makanan laut, produk tenusu & boleh juga diambil dalam bentuk suplemen.

kesuburan lelaki

Kun fa ya kun. Apapun kita usaha. Usaha + Doa = Berhasil. Aamiin. 

Jadi yang mana ttc (trying to conceive) macam k.fiezz & mr hubby, meh lah kita suruh husben masing-masing pulun makan makanan kesuburan lelaki ni. hehe. Mana tahu, rezeki melekat. Yang penting usaha, yea tak. hehe

Caiyok..Caiyok..Mr Hubby sila makan betik banyak-banyak yea. haha..

6 Comments

  1. betik seap dan byk khasiat rupanya ye..

    ReplyDelete
  2. sedap buah betik, saya pun suka. lama juga tak dapat makan ni, esok nak carik lah. Oh ya terima kasih k.fiezz, hadiahnya dah sampai https://www.syaznirahim.com/2021/11/kotak-surprise-berlampu-tanda-ingatan.html :)

    ReplyDelete