Squid Game!!! Tengah viral cerita ni orang share di sosial media. Kat Tik Tok, Facebook. Semua duk tunjuk sedutan cerita Squid Game ni. Tak kisah behind the scene atau scene ditayangkan seperti yang kita tengok. 

Sejujurnya k.fiezz ni bukan peminat cerita Korea yea. Orang lain semua giler tengok cerita Korea. Tapi bukan k.fiezz. Sebab k.fiezz tak suka dengar cara orang Korea bercakap. Dorang bercakap, ada bernada. Annoying k.fiezz dengar. Itu yang k.fiezz kurang. Bukan kurang. Tak suka cerita Korea. 

Sebelum cerita Squid Game ni release kat Netflix, k.fiezz memang dah nampak trailer dia kat situ. Tengok trailer memang k.fiezz berkenan cerita dia.  Ingatkan cerita omputih. Sekali tengok cerita Korea. Alaaaa failedddd. K.fiezz abaikan je lah. Lagi pula tengok cerita Squid Game ni berepisod. K.fiezz memang tak suka cerita yang berepisod. Sebab bila dah start layan & kita suka jalan cerita dia, buat kita tak menyabar nak tengok episod seterusnya. Kalau yang macam Squid Game ni, dalam Netflix memang dah terus ada semua episod, okey lah. Ni kalau yang kena tunggu episod tu satu per satu masuk kat situ. Eh, menyampah.. Itu yang k.fiezz tak suka cerita berepisod.Tak kisah lah cerita melayu ke, korea ke. Nama berepisod, nope not interested

Squid Game Release Di Netflix

Bila squid game dah release di Netflix, k.fiezz tengok ramai kawan-kawan kat facebook duk share pasal cerita ni. 

K.fiezz ni yang macam nak tengok ke tak?nak tengok ke tak? Okey tengok lah. Sebab tengok review yang kawan-kawan k.fiezz share di sosial media, ada yang cakap best. Okey fine. Kita cuba layan..

Squid Game Sinopsis



squid game,squid game sinopsis

Cerita ni berkisahkan peserta-peserta seramai 456 yang bermain dalam game tradisi Korea untuk berebut hadiah yang lumayan berjumlahW45.6bilion . Game tradisional yang pada mulanya disangkakan untuk suka-suka tetapi sebenarnya melibatkan diaorang kehilangan nyawa jika kalah.

Semua peserta yang bermain ni masing-masing ada masalah kewangan yang menyebabkan diaorang teruskan bermain dalam Squid Game ni. 

Episod 1 - Squid Game

Intro - dia berkisar watak utama dalam squid game. Pasal latar belakang dia, cara kehidupan dia & macamana dia boleh terjebak masuk dalam squid game ni dan dia adalah peserta terakhir yang terpilih untuk joint Squid Game ni. Semua peserta dalam Squid Game ni diberikan nombor masing-masing. Untuk peserta yang terakhir terpilih ni, nombor dia 456

Game pertama dah start dalam episod pertama ni. Bila patung dalam game pertama ni duk sebut red line, green line tu duk teringat-ingat je. haha. Kat Tik Tok pun ramai duk buat latar belakang bunyi yang ni. haha. Memasing kemain pose bila sampai perkataan red line. haha

Selepas game pertama ni, baru peserta-peserta ni tahu apa kesan kepada diaorang bila kalah dalam setiap game. Masa ni diaorang buat vote untuk berhentikan main game sebab melibatkan nyawa. Masa vote ni ada yang setuju untuk teruskan main & ada yang tak setuju teruskan main. Hadiah untuk pemenang, memang lumayan giler okey. Itu yang ada nak teruskan main. Tapi bila kelebihan satu vote pada kumpulan yang tak nak teruskan main, game ni di berhentikan. 

Peserta-peserta di lepaskan. 

Episod 2 - Squid Game

Masa episod kedua ni, memang banyak bersembang yea. Sebab tunjuk apa yang jadi pada kehidupan beberapa orang peserta ni selepas diaorang keluar dari squid game. Kat sini kita faham kenapa peserta-peserta ni teruskan bermain dalam Squid Game

Masa episod kedua ni, separuh cerita. K.fiezz stop. Haih, tak lalu sis nengoknya sebab banyak benor bersembang. Macam k.fiezz cakap tadi, k.fiezz tak suka dengar orang Korea bercakap sebab ada bernada. haha. 

K.fiezz update status kat facebook pasal ni. K.fiezz cakap tak berapa nak masuk / kena dengan citarasa. 

Ada sorang kawan di facebook k.fiezz beritahu, episod 3 ke atas baru best jalan cerita dia. 

Episod 1 & 2 ni walaupun bosan, tapi tak boleh nak skip sebab kat situ baru nak dapat jalan cerita dia. Dan macamana tetiba datang seorang Polis yang masuk secara senyap-senyap kat tempat Squid Game ni untuk menyiasat. 

Sambung Tengok Squid Game

Selepas beberapa hari & asyik tengok orang share pasal Squid Game ni kat Tik Tok, k.fiezz sambung semula bermula dari separuh episod 2 yang k.fiezz stop haritu. 

Masuk episod 3, yeaaa. Baru menarik jalan cerita dia. Sebab diaorang masuk semula main dalam Squid Game ni. Dan permainan bermula. 

Dalam episod ke tiga dan seterusnya baru kita dapat tengok macam-macam yang berlaku. Ada persaingan, pengkhianatan, persahabatan, kepercayaan, bergaduh sesama sendiri dan macam-macam lagi.

Habis Marathon Squid Game

Baru ni k.fiezz berjaya marathon dari episod 2 sampai habis (episod 9). Fuhh memang menarik sangat jalan cerita dia sebab excited nak tahu apa game yang diaorang akan main, tak perasan k.fiezz tengok bersambung-sambung sampai habis. haha

Setiap game yang diaorang main tu ada perlukan teknik, ada yang terpaksa kenakan kawan sebab untuk kekal menang dan macam-macam lagi. 

Salah satu game yang diaorang main kat episod berapa semalam, fuhhh debor sis. K.fiezz tolong jeritkan sekali. haha. Cuak weii. 

Oo yea saja nak inform dengan korang, cerita ni ada scene 18sx & adegan yang  ngeri/ganas untuk ditonton bersama anak-anak. Jadi hati-hati yea.

Best Squid Game?

Overall cerita Squid Game ni, untuk k.fiezz memang best. Drama ni dalam kategori survival thriller. Siapa yang suka cerita genre macam ni, wajib tengok. Game yang diaorang main dalam ni ada antaranya buat kita debor, ada yang buat kita sedih. Serius cerita ni banyak sangat pengajaran. Antaranya :-

  1. Jangan terlalu percaya pada orang lain
  2. Kita buat baik pada semua, tak kira siapa pun. Jangan memilih
  3. Elakkan berjudi & menyebabkan keberhutangan
  4. Pandai tak semestinya baik. 
  5. Jahat tak semestinya sentiasa jahat. 
Siapa yang menang?Siapa mastermind nya?Tengok lah sendiri. Tak nak spoiler. haha. K.fiezz masa stop kat episod ke-2, ada member yang komen kat status facebook k.fiezz dah spoiler. haha. Tapi k.fiezz sambung je cerita ni sebab nak tengok apa game-game yang diaorang main. 

Ramai meneka cerita ni akan ada musim ke-2. K.fiezz setuju sebab tengok ending dia macam hint gitu. Apa ending dia? Tengok lah sendiri. haha

3 Comments

  1. syu bru tgk episode 2. tak smpt lg nak habiskan..

    ReplyDelete
  2. drama yang tengah trending di neflix sekarang ni

    ReplyDelete
  3. ramai sungguh bercerita pasal Squid Game ni..mmg best dan tak sabar nak tengok season 2 nanti..

    ReplyDelete