Terkejut pagi tadi kawan pejabat k.fiezz whatsapp beritahu dia sekeluarga positive covid. K.fiezz memang ada jumpa dengan kawan pejabat ni Khamis lepas sebab kitaorang vaksin dos ke-dua sama-sama. Kitaorang bertiga termasuk ada seorang lagi kawan pejabat k.fiezz juga. Kitaorang bertiga dapat cucuk vaksin sekali. Jadi minggu lepas memang ada jumpa lah dengan kawan pejabat k.fiezz yang positive Covid ni. Dia pun baru tau result test covid  hari ini. Tu yang dia terus beritahu pada k.fiezz & seorang lagi kawan pejabat sebab kitaorang kontak rapat dia memandangkan kitaorang berjumpa minggu lepas. 

Masa jumpa tu, SOP tetap di jaga.  Pakai double mask. Cuma penjarakan tu, tak berapa nak jarak sangat. Tapi idak lah berdiri &  bersembang macam nak bercium pula. Cuma jarak tu tak sampai lah 1 meter. Masa bersembang tu tetap juga pakai mask. 

Lepas kawan k.fiezz beritahu dia positif tadi, beritahu kat mr hubby. Mr hubby tanya k.fiezz, nak buat test covid tak?adeh, dalam hati tak nak tapi to be confirm, kena buat juga lah ceritanya. K.fiezz tak ada lah apa-apa simptom. Cuma sekarang ni, ramai juga yang tak bergejala tapi positif. Jadi kena buat jugalah test covid,kan? 


RTK TEST


Kebetulan masa kawan k.fiezz beritahu dia positif covid tadi, k.fiezz & mr hubby memang dah dalam kereta. Mr hubby nak ke klinik sebab tak sihat. Semalam mr hubby cucuk vaksin dos ke-dua. Mr hubby macam rasa nak demam, itu yang nak ke klinik. Bila kawan k.fiezz beritahu dia positive covid tadi, Mr hubby suruh juga buat test covid sekali. Adehh, debor dengar kena buat test covid ni, hah. Hidung kena korek. Aiiyakkkk..

Sampai klinik tadi, daftar & terus mr hubby beritahu dengan staff klinik nak buat rtk test untuk k.fiezz. RTK Test yang k.fiezz buat kat situ tadi RM100. 

Sementara tunggu staff dia panggil k.fiezz untuk buat test covid. Adeh. Debor. Tak senang duduk. Whatsapp pula berderu masuk sebab member pejabat duk tanya k.fiezz ada jumpa ke dengan kawan kitaorang yang positif tu. Majoriti ramai dah tahu kawan ni positif. Itu yang mana geng pejabat tahu k.fiezz ada jumpa dengan kawan yang positif ni, diaorang duk whatsapp tanya keadaan k.fiezz. Ramai yang tahu k.fiezz ada jumpa dengan kawan ni sebab kitoarang cucuk vaksin bersama-sama minggu lepas. Dah beritahu tu, macam-macam soalan lah diaorang tanya?Hah, tak ke busy k.fiezz tadi sambil-sambil berdebor nak buat test covid tadi. haha. 

SAKIT TAK KENA KOREK HIDUNG?


RTK Test ni kena korek hidung sebab nak ambil sample cecair dari dalam hidung. Jadi dia memang korek sampai dapat calitan cecair dalam hidung kita. Adeh. Masa nurse duk mengorek hidung k.fiezz tadi, dia duk ulang 'rileks.rileks.rileks'. Tak boleh nak rileks. haha. Sebab rasa nak bersin pun ada. Sakit pun ada. Sakit pun tak lah sakit sangat. Macam geli-geli gitu. haha. 

Ni pertama kali k.fiezz buat test covid. Buat ni pun terpaksa sebab k.fiezz dah jadi kontak rapat dengan member pejabat yang positif covid. Jadi untuk hilangkan keraguan diri sendiri, buat je lah test covid ni. Bila dah buat ni, tak ada lah tertanya-tanya kan bila dah tahu result dia. 

Jadi result test covid k.fiezz?

Jeng Jeng Jeng.........

test covid, rtk test

Alhamdulillah. Test covid k.fiezz negatif. Legaaa. Kalau idak cuak weiii. Mula lah rasa tak senang duduk tadi lepas tahu kawan k.fiezz positif. Sebelum kawan k.fiezz ni tahu dia positif, 2 hari selepas kitaorang vaksin minggu lepas, dia ada whatsapp tanya k.fiezz. Okey ke lepas dah cucuk dos kedua haritu. K.fiezz jawab 'alhamdulillah. k.fiezz okey je'. Dia pula efek demam & batuk-batuk. K.fiezz cakap kat dia, kalau berlarutan terus lah ke klinik. Itu yang semalam agaknya dia buat test covid & harini dapat keputusan. Bukan takat dia positif. 

Satu keluarga pun positif.  Dah lah dia ada anak kecik. Moga dia & keluarga dia kuat melawan virus yang tak nampak ni. 

Moga diaorang cepat sihat. Aamiin. 

KERJA DARI RUMAH


Sepatutnya minggu ni k.fiezz masuk kerja semalam & Khamis. Kebetulan semalam k.fiezz cuti. Jadi minggu ni, esok lah k.fiezz kena masuk ke pejabat.  Tapi tadi dah tahu kawan k.fiezz  positif & k.fiezz jadi kontak rapat kawan, bos bagi pelepasan untuk k.fiezz kerja dari rumah minggu ni. Minggu depan baru masuk pejabat. Walaupun keputusan k.fiezz negatif tapi kita kuarantin lah diri kat rumah untuk beberapa hari ni. Pantau tengok kesihatan diri sendiri. Tak nak lah jadi penyebar pula,kan. So to be safe, quarantine diri sendiri di rumah. 

So korang bila keluar rumah tu jaga SOP & penjarakan. K.fiezz ni bila tiap kali keluar memang dah jadi wajib bawa hand sanitizer. Terbaru bawa spray disinfectant sekali. Macam minggu lepas masa lepas vaksin, haruslah nak ambil gambar kat photobooth yang disediakan. Ada prop sekali. Ala prop yang tulis "I ve completed 2nd dos", macam tu lah lebih kurang ayat dia. Tahu diri sendiri ni seorang yang excited nak bergambar sebab suka nak kongsi kat sosial media tapi bergambar, gambar juga tapi sebelum kita pegang props tu , kita spray dulu  #untukkeselamatandiri. hehe. Sebelum kita pegang tu, entah berapa ramai yang dah pegang props tu. Macam-macam kuman, virus dah melekat pada props tu, jadi kita singkirkan dulu virus-virus yang melekat kat situ. Baru lah nak pegang props pun confident & bergambar pun happy. hehe

Untuk korang yang belum vaksin. Selamat BerVaksin!!Jom lah kita sahut saranan kerajaan untuk mewujudkan herd immunity di Malaysia. 

3 Comments

  1. alhamdulillah mujur la negative kan , semoga kita semua dijauhkan dari wbaak yang sedang melanda dunia sekarang ni

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah -ve
    Kena lebih berhati2 sekarang

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. bila tau sape² positif ataupun jadi kontek rapat ni automatik seriau je rasa.

    ReplyDelete