Dalam entry sebelum ni k.fiezz ada cerita pergi ke pasar sebab nak top up udang. Ni lah menu yang k.fiezz masak haritu. Mulanya cadang nak masak menu lain menggunakan udang. Lepas tu mr hubby yang bagi cadangan suh masak resipi udang masak kam heong ni. So kita on je. Pakar kan. You name it. haha. Eksen. 

Sebelum ni k.fiezz pernah kongsi resipi ayam masak kam heong, sotong masak kam heong. Jadi kali ni udang masak kam heong pula. Dah kenapa suka kam heong kam heong ni. haha. Tak tau lah. Dah mr hubby suka, k.fiezz okey je. Udang masak kam heong ni untuk k.fiezz antara yang simple juga. Tak banyak kerja. 

Jom kita tengok simple ke idak resipi udang masak kam heong ni

RESIPI UDANG MASAK KAM HEONG

Bahan-Bahan :

  • Udang (kuantiti terpulang)
  • 1-2 Sudu Kecil Tepung Jagung
  • 4-5 Cili Padi (ketuk)
  • 1 Biji Cili Merah (Hiris)
  • 1 Labu Bawang Besar (Cincang)
  • 2-3 Ulas Bawang Putih (Cincang)
  • 2 Sudu Besar Rempah Kari (Ikan)
  • 2 Sudu Besar Sos Cili
  • 2 Sudu Besar Sos Tomato
  • 2 Sudu Besar Kicap
  • 2 Sudu Besar Sos Tiram
  • 2-3 Tangkai Daun Kari
  • Garam & Gula secukup rasa


udang masak kam heong, resipi udang


Cara Masak :

  • Gaulkan udang bersama tepung jagung dan sikit garam. Kemudian goreng sehingga masak. Biasanya udang ni kejap je dah masak. Lepas dah siap goreng udang, ketepikan kejap. * udang kena goreng dulu sebab kalau terus masuk dalam kuah nanti, udang tak berapa masak.* K.fiezz pernah cuba sebelum ni. 
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih sampai naik bau. 
  • Kemudian masukkan serbuk rempah kari, bersama dengan sos-sos, kicap & daun kari.
  • Kacau rata dan biarkan sekejap sampai pekat.
  • Masukkan udang, cili merah dan cili padi.  Perasakan sekali dengan garam dan gula secukup rasa. Kemudian gaul-gaul sekata.
  • SIAP!
Selamat Mencuba!!

Bulan puasa ni kalau kebuntuan nak masak apa, boleh la cuba resipi udang masak kam heong ni. Simple kan cara masak dia?K.fiezz like. Rasa dia pun sedap. Ewah. Masuk bakul angkat sendiri ni. haha. Kalau ikut tekak k.fiezz & mr hubby sedap. Tak pasti lah tekak orang lain. Nak tahu, sila lah cuba sendiri. 

6 Comments