K.fiezz nak kongsi lagi tips cantik. Kali ni pasal punca wajah kusam. Ramai ada masalah ni,kan?Apa punca wajah kusam yeak?Jom kita tengok sikit apa punca dia. Wajah kusam ni banyak faktor kenapa senang sangat ramai ada masalah ni. Antaranya faktor pemakanan & persekitaran kita. 

Tambahan pula dengan cuaca Malaysia yang panas menyebabkan sel kulit mati di permukaan muka. Dalam jangka masa panjang, kulit kusam ni boleh jejaskan penampilan kita kalau kita tak ada inisiatif untuk cuba hilangkan masalah kulit kusam ni.

Jom kita tengok lebih detail apa punca wajah kusam ni?

APA PUNCA WAJAH KUSAM NI?

Stress - Contoh stress masalah di tempat kerja, stress dengan keadaan sekeliling seperti jalan jammed ataupun masalah dengan pasangan/ahli keluarga sendiri, stress dengan kawan/jiran. Stress ni boleh menjadi punca kepada pelbagai penyakit tetapi dari segi kecantikan, stress menghasilkan minyak yang berlebihan melalui kalenjar muka & menjadi punca wajah kusam.

Faktor Genetik - Jangan tak tahu faktor genetik pun boleh jadi punca wajah kusam sebab kalau dalam ahli keluarga kita ada sejarah masalah kulit kusam & kulit berminyak, kita juga berpotensi mewarisi masalah kulit kusam ni dari ibu atau bapa kita.

Kurang Vitamin - Badan kita perlukan vitamin untuk buat segala aktiviti dengan senang & jadikan tubuh kita juga lebih sihat serta segar. Kulit yang kurang vitamin boleh menyebabkan masalah kulit kusam dan kulit berminyak. Oleh itu dengan pengambilan vitamin dapat membantu kulit lebih sihat dan berseri. 

Guna Produk Kecantikan dan Kosmetik Yang Salah - Bila di pasaran dah terlalu banyak produk kosmetik dan ada antara produk-produk ni yang bagus tapi ada juga yang tak selamat di gunakan sebab bahan yang digunakan adalah dilarang dan tidak mendapat kelulusan KKM.

Disebabkan sifat kita juga yang suka mencuba, boleh menjadikan masalah kepada kulit kita seperti kulit kusam atau ada yang lagi teruk disebabkan tidak serasi dengan produk tersebut. 

Ni antara 4 punca wajah kusam. Bawah ni pula kebiasaan yang selalu kita buat yang jadi punca wajah kusam. 

7 Kebiasaan Yang Kita Buat Wajah Kusam

Jom tengok mana yang biasa korang buat. K.fiezz? Hello. sis kan menjaga kecantikan kulit. Tak buat tau mana-mana kat bawah ni. haha. #silalahpercaya. 


punca wajah kusam, kulit kusam
Oppsss..awal-awal dah kantoi ni. yang tidur lewat tu selalu sebab suka layan Netflix sampai tengah malam terutama hari cuti. haha


punca wajah kusam, kulit kusam

Ni k.fiezz tak buat. Scrubbing 1-2x seminggu saja.


punca wajah kusam, kulit kusam

Ni baru tahu bukan setakat bila nak keluar rumah je. Duduk di rumah pun kena pakai juga weiiii sebab cahaya matahari boleh masuk melalui pintu dan tingkap. Sebab sinaran matahari ni ada Ultra Violet (UV) yang boleh rosakkan kulit secara perlahan & buatkan kulit kusam dan kering.


punca wajah kusam, kulit kusam

Yang ni pula. Air manis kadang-kadang je. tapi makanan/minuman manis tu. alaaaaa...favourite tau. haha


punca wajah kusam, kulit kusam
Nasib baik yang ni, dua-dua k.fiezz suka. Kat ofis, memang minum air putih saja. hehe. Nak cantik gitu.


punca wajah kusam, kulit kusam

Hat ni pula ikut mood. Kadang malas Kadang rajin. aiyakkkk..Kata nak cantik. 

Antara 7 kebiasaan ni, yang mana korang selalu buat tu? hehe. Dah tahu 7 ni kebiasaan yang boleh buatkan wajah kusam, boleh lah cuba elakkan buat kebiasaan ni untuk dapatkan kulit yang cantik dan berseri. Sebenarnya tak susah pun nak dapatkan kulit yang cantik ni. Tak perlu pakai produk mahal-mahal pun. Cuma jaga dari segi pemakanan, kesihatan dan kebersihan dah boleh dapat kulit yang bersih.

Selamat Menjaga Kulit uollls!!!

6 Comments

  1. tidur lewat tu susah nak control tu 😂 kalau niat nak tidur awal je mesti kelaut haha

    ReplyDelete
  2. tidur lewat tu Allah..bila nk insof kak fiez ooi..shida dah la sejenis blk keje mlm pastu ssh nk tido awal ^_^

    ReplyDelete
  3. Tidur lewat tu dah memang selalu. Adeiii, hat yang lain tu kekadang je buat hehe

    ReplyDelete

  4. tqqq panduan berguna
    kadang2 malas nak sapu apa2 kat muka he hee keluar berpanas
    salah satu sb, air pun kurang minum

    ReplyDelete
  5. skrg ni kan ,vitamin is the most important things to take, sbb makan skrg pun dah byk kimia sana sini.. vitamin ja mampu utk cover balik

    ReplyDelete