Ramai yang tak berapa tahu rutin harian penjagaan muka terutama di waktu pagi. Meh k.fiezz kongsikan sikit info yang k.fiezz cari dari Mr Google. Hasil carian di Mr Google, k.fiezz jumpa langkah penjagaan muka ni di Pinterest. Jadi K.fiezz kongsikan di sini pula sebab untuk rujukan diri sendiri & boleh share dengan pembaca blog k.fiezz juga. Maklumlah dah berusia, pelupa. hehe. Tulis dalam blog, nanti bila-bila boleh baca semula.  

Rutin Asas Penjagaan Muka



Siapa macam k.fiezz?Tak tahu rutin harian penjagaan muka ni. Angkat tangan!!Sebab sebelum ni yang k.fiezz tahu cuci muka saja. Lain-lain tu memang tak tahu. Dulu sebelum berjinak dengan blog & k.fiezz masih tak tahu minat diri sendiri ke arah kecantikan, memang tak ambil tahu pun pasal langkah penjagaan muka ni. Yang tahu pagi-pagi, bangun tidur. Masuk bilik air, gosok gigi & cuci muka. Tu saja. Segala toner, serum, moisturizer, sunscreen memang out lah nak ambil tahu. Dulu lagi lah ingatkan pakai sunscreen bila berkelah di pantai saja. Rupanya tak yea korang. Duduk rumah pun kena pakai. Tak tahu masa tu kesan kalau tak pakai sunscreen ni boleh sebabkan proses cepat jeragat naik & kulit cepat kusam.

Ni bila dah tahu sekarang, memang ambil tahu sangat-sangat lah terutama bila usia dah makin meningkat ni. Kalau macam korang yang dah tahu masa usia masih muda ni, boleh mulakan rutin harian penjagaan muka ni dari awal. Tak rugi pun. Kulit korang juga yang cantik dan sihat bila makin meningkat usia. Orang pun tak boleh nak teka berapa umur korang sebenarnya. hehe. 

Untuk yang baru tahu rutin harian penjagaan muka ni di peringkat usia macam k.fiezz sekarang, macamana?Sebenarnya boleh je korang nak mulakan walaupun sikit lambat dari yang masih muda. Yang penting kita R.A.J.I.N.. Tak ada istilah lambat atau cepat. Cuma kelebihan untuk yang masih muda, diaorang dah mula lebih awal jadi kesan tu nampak lebih cepat. Macam kita yang berusia ni, ambil masa sikit. Maklumlah kulit dah degil sikit. hehe. 

Untuk yang masih belum tahu rutin harian penjagaan muka terutama di waktu pagi ni. Jom baca di bawah ni. 

langkah penjagaan muka,rutin harian penjagaan muka, cuci muka waktu pagi, sunscreen

Waktu pagi muka kita masih segar & lembap. Untuk kekalkan kelembapan tu cuci dengan air biasa pun cukup tapi sekiranya nak guna pencuci muka, ambil sikit di hujung jari. Kemudian sapu pada keseluruhan muka & gosok perlahan. Lepas tu baru bilas dengan air. Seeloknya cari pencuci muka yang berasaskan water base. 

langkah penjagaan muka,rutin harian penjagaan muka, cuci muka waktu pagi, sunscreen

Toner untuk seimbangkan ph muka kita sebab pencuci muka bersifat alkali & selepas setiap kali cuci muka dengan pencuci muka, ph akan naik sikit dari asal yang menyebabkan kulit muka kering. Fungsi toner ni dapat kembalikan semula keanjalan muka. Selain toner juga bersihkan muka kita dari segala kotoran yang masih ada selepas cuci dengan pencuci muka. Toner juga berfungsi untuk memutihkan, anti-penuaan & lain-lain lagi. Elakkan toner yang mengandungi alkohol sebab muka cepat kering, berkedut & bermasalah. 


langkah penjagaan muka,rutin harian penjagaan muka, cuci muka waktu pagi, sunscreen

Pilih serum mengikut keperluan kulit kita. Setiap serum ada fungsinya sendiri seperti masalah jerawat, kulit kering ataupun masalah jeragat. Jadi setiap serum kandungannya khusus untuk merawat masalah kulit masing-masing. 


langkah penjagaan muka,rutin harian penjagaan muka, cuci muka waktu pagi, sunscreen

Berfungsi untuk kekalkan kelembapan kulit muka. Pilih pelembap yang bersesuian dengan kulit sendiri. Kulit jenis berminyak - Pakai pelembap bentuk gel sebab berasaskan air yang tak menyebabkan kulit jadi lebih berminyak & boleh kekalkan kelembapan kulit. Kulit Kering - Pakai pelembap jenis krim sebab melembapkan lagi kulit yang kering. Seeloknya sebelum tidur, pakai pelembap sebab semasa kita tidur pelembap ni bekerja & merawat masalah kulit kita.


langkah penjagaan muka,rutin harian penjagaan muka, cuci muka waktu pagi, sunscreen

Berfungsi untuk elakan kedutan, lebam & garis halus muncul di sekitar kawasan mata.


langkah penjagaan muka,rutin harian penjagaan muka, cuci muka waktu pagi, sunscreenw

Memandangkan kita di Malaysia, sentiasa cuaca panas & kita terdedah dengan cahaya matahari. Kita memang wajib pakai sunblock/sunscreen. Kalau boleh yang ada SPF50 & PA++  untuk melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB. UVB boleh menyebabkan kulit terbakar dan gelap. Manakala UVA pula buatkan kulit kita cepat berkedut dan terdedah dengan kanser kulit. Jadi tips untuk pilih sunblock/sunscreen, cari yang SPF50 & ada PA++ sebab fungsi  dia untuk lindungi kulit kita di dalam rumah ataupun luar rumah. Kalau tak ada PA ni, jangan beli. 

Cara pakai sunscreen/sunblock ni , letak di 2 jari telunjuk dan jari hantu bila disatukan. Pakai semula selepas 5jam sebab sunscreen ni akan hilang. 


BARU TAHU RUTIN ASAS PENJAGAAN MUKA



Sama lah kita kalau yang baru tahu rutin harian penjagaan muka ni. K.fiezz pun ketinggalan sebelum ni uolls. Bila dah tahu ni, complete semua barang penjagaan muka k.fiezz. Nak kekalkan kulit sihat & cantik gitu. perahsan. haha. Kalau sebelum ni rasa lecehnya nak buat semua rutin harian penjagaan muka ni sebab banyak sangat bahan nak tepek di muka tapi bila dah terbiasa, lama-lama rasa senang je. K.fiezz sendiri bila ter miss mana-mana langkah penjagaan muka ni, rasa macam ada yang kurang je kat muka ni. 

Serius korang, tak ada lah susah sangat pun rutin harian penjagaan muka ni. Cuma perangai kita kan bila baca di internet, tengok langkah penjagaan muka ni banyak sangat, tu yang kita rasa malas. Penyakit M tu lagi tinggi. Cuba lah korang cuba buat sekali dulu. Lepas tu  cuba pula buat hari-hari. Alah bisa tegal biasa kata orang-orang dulu. 

Nak kulit muka cantik dan sihat tak? Kalau nak, sila mula jadikan rutin harian penjagaan muka ni perkara wajib dibuat setiap hari. 

4 Comments

  1. my skincare makin lama makin simple. haha

    ReplyDelete
  2. thank you k.fiez sharing steps utk jga skin ni... pentinggg to know

    ReplyDelete
  3. Terimakasih ka fiez untuk perkongsian ini :) Semoga bermanfaat buat yang lain juga

    ReplyDelete
  4. Wah terima kasihh berkongsi rutin penjagaan kulit muka .. perkongsian yang sangat menarik .

    ReplyDelete