Khamis baru ni k.fiezz cuba masak ayam varuval ni. Tak pernah cuba pun sebelum ni tapi k.fiezz ada ternampak dalam tahun lepas, agak viral juga orang duk kongsi resipi ayam varuval sebabkan Sugu Pavithra ada berkongsi cara masak ayam varuval ni di chanel You Tube dia sebelum dia delete. Ramai lah yang berjaya ambil resipi ayam varuval ni. 

So kebetulan mr hubby suka masakan mamak yang macam indian style, tu yang k.fiezz semangat nak cuba resipi ayam varuval ni. Sebelum masak sendiri ayam varuval ni memang k.fiezz tak tahu rasa original dia macamana. K.fiezz cari di Mr Google & ikut sebiji resipi yang ada. 

Jom check it out!!

RESIPI AYAM VARUVAL VIRAL


Bahan Utama - 
  • Ayam (kuantiti terpulang korang nak masak berapa banyak) - ayam ni kena perap dahulu lepas tu baru di goreng. Nak perap dengan apa?Ni bahan perapan nya pula. Banyak step juga nak masak ayam varuval ni rupanya. 
Bahan Perap -
  • 1-2 Ulas Bawang putih
  • Halia
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
  • 1 Sudu Besar Serbuk Kari
  • Garam 
**Bawang putih & halia tu k.fiezz kisar dulu**

Bahan Varuval -
  • 2 Sudu Besar Jintan Manis
  • Beberapa Ulas Bawang Putih
  • Beberapa tangkai Daun Kari
  • Beberapa tangkai Cili Kering
**Bahan ni di goreng dahulu. Goreng ni satu per satu. Mula2 jintan manis hingga kekuningan. ketepikan. Kemudian goreng bawang putih, daun kari dan cili kering**. Ketepikan dulu.

Bahan Tumis -
  • 1 biji bawang besar di hiris (kalau letak lebih lagi sedap)
  • Halia (di tumbuk)
  • 2 Biji Tomato (potong 4)
  • Cili kisar (1-2 Sudu Besar)

Note - Kalau masak dalam kuantiti yang banyak, lebihkan bahan-bahan perap, varuval & tumis..

resipi ayam varuval, ayam varuval



Cara Masak -
  • Tumis bahan tumisan sampai naik bau. Kemudian masukkan cili kisar. **Varuval tak boleh pedas sebab nanti tak sedap. Jangan letak air, cukup air dari bawang sahaja. Jadi kalau nak letak bawang lebih pun tak ada masalah**. 
  • Masukkan gula & garam. Tumis sampai pecah minyak. 
  • Lepas tu baru masukkan semua bahan yang dah di goreng dari awal - ayam & semua bahan varuval.
  • Cuba rasa kalau dah okey, Siap!!Sedia untuk dihidang.
Review Ayam Varuval dari tekak k.fiezz & mr hubby

haha. Okey part ni nak gelak. Rasa tu ada tapi tak kena dengan selera kitaorang. haha. Lain orang lain citarasanya. Cuma ikut tekak k.fiezz & mr hubby tak berapa sangat. Tapi dah masak, makan juga lah. Nak buang, membazir. Tak pasti lah sebab kitaorang dah melantak laksa dulu sebelum makan ayam varuval ni, jadi perut dah kenyang. Tapi tak lah terus makan nasi & ayam varuval ni. Lepas makan laksa tu ada lah jarak dalam sejam dua juga sebelum makan malam. Mr hubby komen, macam makan vadei bila makan ayam varuval ni. Haha. Mungkin sebab ada jintan manis tu. 

Semalam baki ayam varuval ada lagi. Jangan buang. Makan juga walaupun rasanya tak berapa kena dengan tekak..haha.. K.fiezz tambah lauk sampingan telur masin, sayur tauge & sambal belacan. Bila dah gabung makan ayam varuval dengan lauk-lauk lain ni, baru rasa boleh masuk kat tekak. haha. sorry. Bukan nak cakap masakan ni tak sedap cuma tak kena dengan selera kitaorang je. 

Overall lain orang lain seleranya. Mungkin pada tekak k.fiezz & mr hubby tak kena tapi kat tekak orang lain sedap je. Dari k.fiezz baca orang lain yang dah masak ayam varuval ni, semua cakap sedap. see. Setiap orang berbeza citarasa.  

SELAMAT MENCUBA!!

4 Comments

  1. Sedapnya ayam varuval walau renyah skit tapi tetap nampak sedap tu..nanti nak cuba

    ReplyDelete
  2. rajinnyaaaaaaaaa kak fiez masak :)

    ReplyDelete
  3. Cik TK tak pasti rasa ayam varuval ni macam mana. Teringin juga nak rasa.

    ReplyDelete