Semalam k.fiezz ada up status di facebook, mr hubby redeem barang di PG Mall & barang mr hubby tu boleh jalan-jalan pulekkk time-time PKP ni. Amboi besa dia tu. Kena saman sat gi dengan polis, baru tau. haha. Mr hubby suruh k.fiezz call J&T untuk double confirm alamat pada barang mr hubby ni. Takut lah kot seller tersalah tulis alamat. Tapi jenuh lah k.fiezz menelefon tak dapat-dapat. So penyudahnya #redha je lah. 

Barang Sesat Ke Bentong

19hb check dalam sistem J&T tracking, barang udah lepas ke Bentong, mr hubby dah agak mesti sesat barang dia ni. K.fiezz pula ingatkan sistem J&T problem atau staff kat situ tersalah key in detail. Sekali betul tekaan mr hubby. Barang udah lepas ke Bentong weiii..Dah sudah. Alamat sapa pula mr hubby guna ni. Hmm..sis musykil ni alamat sapa mr hubby guna ni. hah, mr hubby jangan bukan-bukan yeak..haha...


pg mall, RAM

Tengok dalam sistem tracking J&T barang ke Bentong. 

SESAT SEHARI

Alhamdulillah, semalam barang mr hubby dah sampai kat kitaorang. Nasib dia sesat sehari je. Ada kawan k.fiezz,beli barang di PG Mall juga barang dia sesat ke Kuching. Yang kawan k.fiezz ni duduk kat Kelantan. Seminggu barang dia sesat kat Kuching baru sampai kat Kelantan. Tu dia kemain barang dia jalan jauh sampai naik flight bagai. haha. 

Barang Apa Mr hubby Beli?

Ni barang mr hubby beli kat PG Mall. Jangan di tanya k.fiezz apa menda ni. Tak tahu. K.fiezz ada post kat facebook, biras k.fiezz cakap ni RAM. haha. Mana lah sis tahu. Harga RAM ni RM201.00.. Cuma kena tambah kos postage je. RM200 mr hubby redeem guna e-wallet PG Mall yang k.fiezz dapat. 

Mulanya k.fiezz ingat nak beli barang k.fiezz kat PG Mall tapi tak ada yang menarik perhatian. So bagi kat mr hubby untuk redeem. K.fiezz tak pasti baucer tu expired bila. Nanti duk biar tak redeem, lama-lama lupa. Penyudahnya expired. Lagi rugiiii..PG Mall pun duk hantar email reminder ada e-wallet dalam tu tak guna lagi. Haih, naik rimas pula kakak fiezz asyik masuk email PG Mall..hehe..Sorry PG Mall..I know you just do your job to remind

pg mall, RAM

Best ke shopping kat PG Mall

Tengok pada pengalaman masing-masing yang pernah shopping di PG Mall ni. Tapi personally k.fiezz masa nak redeem baucer kat PG Mall ni, agak jenuh juga mencari barang yang menarik. So k.fiezz bagi pada mr hubby untuk redeem. Sebab penat scroll atas bawah kat PG Mall. Tak ada barang yang menarik perhatian k.fiezz untuk di beli.

So best ke idak, sila lah shopping di PG Mall. Kang k.fiezz cakap tak best, ada yang cakap best. Kalau k.fiezz cakap best, ada yang cakap tak best. Jadi ikut masing-masing lah kalau gitu. Kat situ, semua ada.  Macam shopee juga..Kupon diskaun pun banyak..

Happy Shopping!!

2 Comments

  1. tak pernah lagi shopping di PG Mall. Biasa kat shoppee je cari brg,hehe

    ReplyDelete
  2. hehehe klu nak shopping online ni mmg kena betul2 baca review dan study kan

    ReplyDelete