Lama tak jejak KLCC weii..Dulu zaman single mingle tengah cari boyfriend rajin lah menerjah ke KLCC ni. Mana tau kot lekat boyfriend have have gitu. haha. Perahsan. Tak lah. Dulu k.fiezz rajin lepak kat KLCC ni dengan member baik. Sebab nak ke KLCC ni dari rumah parents k.fiezz dulu di Bangsar senang je. Naik satu tren je dari Bangsar. Terus ke KLCC. Tu yang kemain rajin gi KLCC ni. 

Dah selalu lepak kat KLCC ni, memang ingat lah jalan dalam shopping mall sampai ke taman KLCC kat bahagian luar dia tu. 

Tapi lepas kahwin, memang tak lah nak lepak kat KLCC ni hah. Tak rajin plus nak ke sini pun jammed. Lagipun bila dah kahwin ni, lepak kat rumah je lah. Jimat!!. hehe.

LEPAK DI KLCC

Lepas dah lama tak jejak KLCC, baru-baru ni dalam 2 minggu lepas bawa mak & anak buah k.fiezz jalan-jalan di KLCC ni. Kebetulan masa k.fiezz & mr hubby balik kampung masa awal bulan Disember baru ni, mak & anak buah k.fiezz ikut sekali masa kitaorang balik KL. Saja nak release tension kata mak k.fiezz. Nak me time konsepnya. Ewah kemain mak tau. Yang anak buah k.fiezz tu, mula-mula mak memang tak plan nak bawa sekali sebab mak nak me time gitu. Tapi masa kitaorang tengah siap-siap nak gerak haritu, dia buat ayor mata pula weiii. Jadi bawa juga lah. Kang banjir Sg Siput. haha. Lagipun tengah cuti sekolah kan. Tak pe lah. 

Cuma kesian juga lah kat anak buah k.fiezz ni sebab tak boleh nak bawa jalan-jalan sangat. Tengah covid ni tak berani nak bawa banyak tempat. Mr hubby pula kerja. K.fiezz gilir-gilir kerja dari rumah so okey lah. Cuma sis tak pandai drive. Memang tak ada lah nak bawa jalan mana-mana. Kena tunggu hari cuti (sabtu & ahad) mr hubby tak kerja baru boleh bawa keluar. 

So kitaorang bawa mak & anak buah ke taman KLCC ni. Mula-mula ingat nak parking kat luar je tapi mr hubby tersalah masuk jalan sampai ke tempat parking. Dah masuk tu, parking je lah. RM5.00 / 1 jam pertama. Jam yang berikutnya RM4.00. Mr hubby buat kira-kira, okey lah 2 jam lepak kat KLCC ni. 

klcc, menara berkembar petronas

Wefie sikit berlatar belakangkan menara berkembar PETRONAS ni. haha. peghak. Dah lama
tak jejak kat sini. haha..


klcc, menara berkembar petronas

Tenang tengok view ni. Masa ni tak ramai orang pun. 


klcc, menara berkembar petronas

halah nak juga. memang feeling pelancong sangat tau. haha.


klcc, menara berkembar petronas

Wefie dengan mr hubby berlatar belakang ikan tu..


klcc, menara berkembar petronas

air terjun KLCC. kalau waktu malam lagi cun. berlampu-lampu. 

klcc, menara berkembar petronas

Cantik background pokok ni dengan akar berjuntai-juntai. 
Ni suh mr hubby yang snap #redha je lah hasilnya tak seperti yang nak. haha..


klcc, menara berkembar petronas

Yang ni k.fiezz snap. Sis nak hasilnya gini hah. Tapi bila mr hubby tak berapa nak style jadi photoG. Bertabah je lah hasilnya yea. opsss sorry sayang..hehe


klcc, menara berkembar petronas

Ni kat bahagian dalam KLCC. Ada deko-deko sempena sambutan Krismas. 

Kejap je jalan-jalan kat KLCC

Eh kejap kejap pun, 2 jam juga lah jalan-jalan kat KLCC ni. Lepak taman KLCC yang kat luar tu tengok air pancut, gelagat orang yang datang kat situ. Ambil gambar. Lepas tu semua lari masuk dalam mall sebab hujan dah turun. hehe. Beramai-ramai lah menyerbu masuk dalam mall pula. 

Sebelum gerak haritu kitaorang singgah beli jajan kat Aunties Anne & Garret

Total parking haritu untuk 2 jam - RM5.20..Eh murah pula. Rasa haritu memang dekat 2 jam juga kitaorang kat KLCC. 

Overall okey lah jalan-jalan ke KLCC ni. Bawa mak & anak buah. Kalau saja-saja nak ke sini, memang tak rajin lah. 

Plannya haritu nak bawa anak buah ni ke Petrosains tapi tengok dalam website, Petrosains tutup sebabkan COVID-19 ni. So lain kali lah bawa bila-bila anak buah datang KL lagi. 

4 Comments

  1. Perkongsian yg bermanfaat..

    Baca juga : https://www.tehokaw.com/2020/12/ayat-pelindung-diri-bacaan-rumi.html

    ReplyDelete
  2. cik nor pun skali jer pernah dtg cni..:)

    ReplyDelete
  3. Hehe selalu juga Cik TK ke sini. Jalan-jalan cuci mata...

    ReplyDelete