Peti Ais 4 Pintu, Macam-Macam Boleh Letak. Suka Suka
Peti ais 4 pintu untuk mama. Peti ais yang sebelum ni dah lama rosak. So baru-baru ni masa k.fiezz & mr hubby balik kampung kejap, mama ajak survey peti ais. Bajet mama dalam RM2k lebih kurang. Mama plan nak cari peti ais 2 pintu yang dalam range harga macam tu la.
Tapi kalau dah mencari dengan mr hubby, memang dia pilih yang besar & berkualiti. Harga tu, kalau dia rasa berbaloi, dia ambil je. Tak banyak cerita. Mr hubby dah cakap kat mama, kalau mahal sikit pun tak pe. Yang lebih, mr hubby top up kan. Okey, anak yang baik gitu..hehe..K.fiezz okey je lah..No worry. Lagipun kalau kita belanja parents, Allah akan gandakan rezeki pada kita nanti. Tapi tak lah fikir part tu. Kalau ada rezeki Allah nak bagi 'alhamdulillah'. Kalau tak, kita niat nak tolong & happy kan parents.
PILIH PETI AIS 4 PINTU
Hasil survey kitaorang berempat haritu (mama, adik ipar, mr hubby & k.fiezz),selepas keluar masuk beberapa buah kedai. Kitaorang datang semula ke kedai pertama (Simee Electric Ipoh) sebab berkenan dengan peti ais & harga yang di offer kat situ lagi murah berbanding dari kedai lain. Mula-mula kitaorang usya peti ais 4 pintu jenama lain. Tapi entah macamana mr hubby berkenan peti ais 4 pintu Sharp ni pula, Harga seperti yang tertera di bawah.
Tak banyak cerita, terus pilih peti ais 4 pintu jenama Sharp ni. Lepas di tambah dengan insurans/guarantee untuk 5 tahun total - RM4150. Mr hubby tambah insurans/guarantee ni bukan apa, kalau ada apa-apa rosak ke nanti hantar atau boleh panggil orang datang repair . Senang. Buatnya masa rosak tu, tengah sesak. Hah, tak ke pening nak cari duit extra. Beli insurans/guarantee siap-siap macamni, senang kerja. Hat mana yang rosak tu kalau di cover, tak payah nak tambah RM lagi..
Bahagian depan. Cantikkan..Ni tiap kali lalu kat dapur mama, memang k.fiezz duk tengok muka je lah koje nya..hehe...
Bahagian dalam. Luas weii..Untuk sejuk beku yang bahagian bawah. Ada beberapa bahagian yang boleh letak bahan basah asing-asing (ayam/daging/ikan/makanan laut)..Bahagian atas tu pun banyak slot. Boleh letak macam-macam. Mama duk bisnes kek coklat sekarang. K.fiezz rasa mesti meriah dengan kek coklat kat situ. hehe..
Dapat free gift container. Kat luar kotak tulis 5..Dalam ada 3 je.
Jadi lah kan...
So mama enjoy your new peti ais 4 pintu. haha. Sis berkenan weii tapi sedor diri rumah kecik, kita cuci mata je lah. Mana tau kot nanti pindah rumah kondominium ke, semi D ke, banglo ke, teres ke baru kita onz misi cari peti ais 4 pintu macam mama ni. hehe...




4 Comments
syok kalo dpt peti ais 4 pintu...harga pn syok juga kn tp tula kena pk ruang dapur utk ltk tu juga kn
ReplyDelete4 pintu.. mmg puas!!!! tapi kena cari ruang yg besar kan
ReplyDeleteBestnya macam2 boleh letak ni... Tapi jenis 4 pintu macam ni perlukan ruang besar ni..
ReplyDeletewah serius puas hati kalau dapat peti ais macam ni ^_^
ReplyDelete