Kat mana nak cari Essential oil murah. Hah, jap..K.fiezz story mory dengan korang. Sebelum tu mukadimah sikit, untuk korang yang selalu terjah ke blog k.fiezz ni mesti tahu k.fiezz peminat << AROMATERAPI >>. Baru-baru ni pun k.fiezz beli lagi mini diffuser + essential oil murah di sekian sekian platform shopping web(sila baca di bawah)..hehe. Dah ada diffuser kat pejabat. Tambah lagi beli. Konon-konon nak ganti yang kat pejabat punya sebab ingat dah rosak. Eh sekali elok berfungsi ko. Apa lagi, kita letak dalam bilik di rumah lah jawabnya. 

Jadi, point dia sekarang kat mana boleh beli essential oil murah, k.fiezz?

Mana lagi tempat kalau ada perkataan murah?Haruslah Shopee,gais. So haritu k.fiezz beli 4 jenis haruman essential oil murah di Shopee..Harga seketul RM3.99 dari harga asal RM5.90. Murah kan?Dari segi bau tu, main pilih je. Entah yang mana wangi. Yang mana kurang wangi. Main pilih ikut suka hati je. Sebelum ni k.fiezz selalu beli essential oil di Yubiso tapi mahal seketul seploh hengget. Nak beli dalam beberapa botol sebab nak letak kat pejabat, kat rumah. Kalau beli 4 ketul dah empat ploh hengget kat Yubiso. Mahal..Mahal...

Hah apa lagi, kita cari la essential oil murah di shopee. Kot ada yang murah,kan. Cari punya cari melambak weiiii..Rajin dengan tak je nak cari. Cuma tak tahu lah bau essential oil di shopee ni wangi ke tak?k.fiezz baca pada review je sebelum beli tu.  


essential oil murah,essential oil wangi dan murah,review essential oil murah

REVIEW ESSENTIAL OIL MURAH dan WANGI

K.fiezz dah rasmi ketiga-tiga bau essential oil yang baru beli tu. eh..kata beli 4, kenapa cakap rasmi 3 je. Hah, meh baca kenapa? 1 k.fiezz letak di pejabat. 2 lagi k.fiezz bawa balik rumah & 1 hadiah untuk top pengomen. Jadi 3 je la k.fiezz rasmi. Lagi 1 buat sebagai hadiah, bagi kat orang. Bila dah rasmi 3 tu, baru lah tahu bau dia macamana & baru lah boleh review essential oil murah dan wangi beli dari shopee ni. Wah..confident wangi..hehe..Untuk k.fiezz wangi lah. Tak tahu la pada orang lain. 

Salah satu Essential oil yang k.fiezz guna di pejabat, ada pegawai k.fiezz suka bau dia. Yang mana satu?Let's check it out...Kat bawah setiap review essential oil ni, k.fiezz tulis juga fungsi utama dia. Seperti yang kita tahu setiap aroma essential oil ni ada fungsi masing-masing.  

K.fiezz beli 4 jenis aroma - Green Bamboo, Ocean, Cherry Blossom & Mint

Paling sedap bau cherry blossom. Ni k.fiezz letak di pejabat. Yang ni lah pegawai k.fiezz berkenan bau dia. Macam bau lotion kata pegawai k.fiezz tu. Dia tanya k.fiezz beli di mana & harga berapa?K.fiezz cakap beli kat Shopee & harga, dia terkejut. haha. Dia beli yang jenama **. K.fiezz cakap kat dia, tak berapa nak mampu beli yang mahal. Ni beli hat mur mur je. Terus dia minta link seller yang k.fiezz beli essential oil ni. Laju dia pi beli. Serius bau cherry blossom ni memang wangi. Lembut. Tenang je bau dia. Nak buat kerja pun rilex je.

Fungsi Essential Oil (Cherry Blossom)  - Bau harum & melegakan migrain 

No. 2 - Green Bambo. Bau dia pun tak kuat sangat, bau kehijauan sangat tau. Just nice. Yang ni k.fiezz buh dalam bilik. Tenang je masa masuk bilik, bau segar macam ada pokok2 dalam bilik.

Fungsi Essential Oil (Green Bamboo) - Wangian yang mewah dan tenang, Antidepresan

No.3 - Mint. Yang ni to be honest, jenuh k.fiezz letak lebih dari beberapa titis dalam air tapi bau dia tak berapa naik sangat. Bila bau secara dekat, bau dia ada. Wangi juga cuma dia tak berapa naik baunya. 

Fungsi Essential Oil (Mint) - Melegakan tekanan

Ocean, yang ni k.fiezz bagi hadiah pada top pengomen blog untuk bulan Ogos 2020. k.fiezz pernah beli jenama Yubiso. Bau ocean ni sedap. K.fiezz suka. Tu antara 4 essential oil ni k.fiezz pilih Ocean untuk bagi hadiah sebab k.fiezz tahu bau dia macamana. 3 bauan atas ni k.fiezz baru nak try, tak tahu wangi ke tak. Nak bagi hadiah kena lah bagi yang best. Sebabkan k.fiezz dah tau bau Ocean, k.fiezz pilih yang ni untuk jadi hadiah. 

Fungsi Essential Oil (Ocean) - Wangian semulajadi. Meningkatkan mood tetap

Overall review essential oil murah yang k.fiezz beli dari shopee ni, boleh tahan aroma dia. Walaupun murah tapi berbaloi beli. Jangan pandang rendah tau pada barang murah. Kadang barang murah pun ada kualiti. Essential Oil yang k.fiezz beli ni dari water base tapi ingat tau tak boleh sapu di kulit. Kalau yang jenama ** tu, ada EO dia boleh sapu di kulit tapi bukan sebarangan boleh sapu kena tanya dulu agen. EO k.fiezz beli ni, penjual memang dah beritahu dalam description dia. Jadi kalau korang nak beli Essential Oil murah ni dari penjual yang sama k.fiezz beli, baca dulu penerangan. 

Ni link seller yang k.fiezz beli essential oil murah & wangi >> Essential Oil Murah

6 Comments

  1. menarik2...one day kena beli

    ReplyDelete
  2. Wah murah sangat.
    Tahu ada EO murah dan mahal.

    ReplyDelete
  3. wahhh teringin shida nk ada seketul yg berasap asap tu heheee

    ReplyDelete
  4. ni yg jeles ni, boleh buat I terjebak sama nnt.

    ReplyDelete
  5. ooo menarik ni.. takut nanti Cik TK terjebak sekali

    ReplyDelete