Bertambah lagi koleksi mini diffuser. Terbaru ni k.fiezz beli mini diffuser murah di shopee. Mur  mur je uoll. Walaupun kat shopee ni diffuser murah tapi bagus. Insyaallah. hehe. K.fiezz pernah beli sebelum ni diffuser saiz besar kat shopee. Alhamdulillah masih elok berfungsi sampai sekarang. 

Mulanya k.fiezz beli diffuser ni nak bagi hadiah untuk top pengomen bulan Ogos kat blog k.fiezz ni. Jenis K.fiezz ni nak bagi hadiah kat orang, selalunya k.fiezz bagi barang yang k.fiezz suka. Dan k.fiezz memang suka aromaterapi. 

Jadi sesi usya-usya harga diffuser murah di shopee. Banyak rupanya weiiii pilihan diffuser murah di Shopee. Kebanyakan yang murah-murah, kena beli dari China. Tak kisah lah, order juga walaupun makan masa seminggu dua. Tak urgent pun. Diffuser merangkap humidifier yang k.fiezz beli ni bersaiz 220ML. Kecil comel je saiz dia. Just nice letak dalam bilik, dalam kereta. 

Apa beza pula Diffuser & Humidifier ni?Meh k.fiezz explain sikit. Mengikut pemahaman k.fiezz. 

FUNGSI DIFFUSER & HUMIDIFIER?

Apa fungsi diffuser ni?Sebenarnya dia digunakan untuk diffuse minyak pati dalam udara sebagai aromaterapi. Diffuser ni memang di reka khas untuk minyak pati. Kita cuma campurkan minyak pati dengan air. Nanti dia akan sebarkan minyak pati ni melalui kabus (mist). Minyak pati tu pula ada fungsi tersendiri setiap bauan. Ikutlah korang nak bauan yang bersesuaian mengikut citarasa / masalah masing-masing. 

Sebab fungsi minyak pati ni untuk merawat masalah kesihatan masing-masing. Ada yang untuk menenangkan, hilangkan stress, ada yang untuk masalah susah tidur, berdengkur, demam, sakit kepala & lain-lain. 

Selain dari itu, diffuser & minyak pati ni akan mewangikan bilik kita juga mengikut aroma minyak pati yang kita pilih. 

Sebelum k.fiezz terjebak dengan diffuser jenis macam ni. K.fiezz pernah guna yang jenis bakar. Letak air + essential / fragrance oil sikit, lepas tu bakar guna lilin di bahagian bawah dia. Cuma payah sikit yang ni sebab kena guna lilin lagipun bahaya sikit kan. Mana tahu lilin terjatuh & terkena kain. Dah jadi kes lain pula.

Apa fungsi Humidifier?Untuk menambah kelembapan udara.  Bila udara kering, selain boleh jadi faktor penyebab kulit kering, ia juga menjadi punca masalah bakteria, virus yang menjadi punca susah tidur. Ramai yang suka guna humidifier ni untuk merawat masalah di atas. 

Humidifier tak boleh di campurkan minyak pati sebab materialnya ada menggunakan plastik dan boleh rosak disebabkan minyak pati bersifat sitrus. 

Tapi banyak dah humidifier di pasaran sekarang dah direka dengan 2 dalam 1 iaitu humidifier dan diffuser. Jadi diffuser yang k.fiezz beli ni merangkap dua-dua fungsi ni. 

REMBAT 2 KETUL DIFFUSER MURAH DI SHOPEE

Rambang mata k.fiezz nak cari bentuk diffuser yang comel-comel. Pilih punya pilih, rembat lah seketul untuk hadiah top pengomen & seketul untuk diri sendiri juga. hehe. Cadangnya k.fiezz nak gantikan diffuser yang k.fiezz letak kat bilik di ofis. K.fiezz syak diffuser k.fiezz kat pejabat ni macam dah rosak. Sebelum tu hilang kejap. K.fiezz macam #redha je lah. Nanti beli lah hat lain. Tup tup kawan k.fiezz jumpa kat bawah sinki dalam pantry. Eh. Dah macamana pula boleh tersesat ke pantry. Sebab seingat k.fiezz sebelum kita start PKP bulan Mac 2020 haritu,  k.fiezz letak diffuser tu kat dalam bilik air.  Tapi tak pe lah. Dah jumpa balik. Kira okey lah. Tapi k.fiezz ingat nak beli juga yang baru. Memandangkan sebelum diffuser tu hilang kejap, bila dia keluarkan aroma, yang keluar bau busuk. Bukan bau wangi. haha. Berapa kali k.fiezz duk tukar filter bahagian dalam tu. Sama juga. So k.fiezz syak diffuser tu dah rosak. 

Tapi baru-baru ni lepas k.fiezz beli essential / fragrance oil, k.fiezz saja test diffuser lama yang kat ofis ni. Eh..helokkk pula dia keluarkan aroma ikut bauan yang k.fiezz letak masa tu. Ceh sabo je lah. Motif sangat kan suruh beli lain. Jadi yang beli baru ni, letak dalam bilik di rumah lah jawabnya. Wangi semerbak dalam bilik bila buh essential / fragrance oil.

diffuser murah di shopee,diffuser murah tapi bagus

2 ketul diffuser murah di shopee yang k.fiezz beli. 

diffuser murah di shopee,diffuser murah tapi bagus

Dah rasmi semalam letak dalam bilik. Semerbak wangi dalam bilik. Baru lah mood macam pengantin baru sebab bilik wangiiii.. haha...hover...Yang k.fiezz punya ni boleh tukar-tukar warna. 


diffuser murah di shopee,diffuser murah tapi bagus

Hah ni lah diffuser kat pejabat yang k.fiezz cakap mula-mula rosak lepas tu hilang kejap. Ni sekarang dah okey. Depan tu 4 aroma essential / fragrance oil yang k.fiezz beli di Shopee. Murah je.. Harga asal RM5.99 seketul. Masa k.fiezz beli, ada offer RM3.99 seketul.

PENGGEMAR AROMATERAPI

K.fiezz ni memang penggemar aromaterapi. Suka rumah bau wangi. Terutama bila balik dari kerja, seharian penat di pejabat, bila pasang diffuser yang dah diletak essential/fragrance oil ni, rasa tenang je. Fresh minda. K.fiezz rasa kalau yang mana di rumah ada bela haiwan macam kucing ke, boleh letak diffuser ni juga sebab yang k.fiezz perasan kebiasaan rumah yang ada haiwan peliharaan ni, rumah berbau sikit. Terutama kalau sangkar kucing, letak dalam rumah. Bauan dari pembuangan kucing tu, boleh semerbak rumah weiii.. Tu yang k.fiezz tak berapa gemar mr hubby cakap nak bela kucing. Adeh, bukan tak suka kucing cuma k.fiezz tak suka rumah berbau. Tambah k.fiezz duk rumah flat. Mesti lah sangkar kucing letak dalam rumah. tak ke boleh berbau rumah hasil dari pembuangan najis kucing tu. K.fiezz ada letak syarat kat mr hubby, kalau nak bela kucing, boleh. Tapi kena pastikan mr hubby yang bersihkan kawasan pembuangan kucing tu. Tak berjawab mr hubby. haha. sebab mr hubby bukannya rajin sangat benornya. hehe. Pada k.fiezz nak bela kucing ke atau apa-apa haiwan peliharaan sekali pun, yang penting kena jaga kebersihan. Bukan setakat nak buat teman main atau teman bersembang. Sebabnya bila kita tak jaga part kebersihan, efeknya rumah kita lah berbau. Haih, tak selesa tau rumah berbau ni. 

Tu pasal k.fiezz suka guna aromaterapi ni. Sebab fungsi dia salah satunya untuk harumkan dalam rumah. Bila rumah wangi, kita pun selesa. Seronok je duduk rumah. 

Kalau korang penggemar aromaterapi macam k.fiezz, meh la kita ber diffuser di rumah. K.fiezz bukan kat rumah je. Kat pejabat pun sama. hehe. Hover tau. 

So korang nak cari diffuser, kalau tak mampu yang berjenama mahal. Boleh cari kat shopee. banyak diffuser murah di shopee tu. Pilih je nak yang mana.

3 Comments

  1. haish macam kena beli satu ni 🤣

    ReplyDelete
  2. Ala apa Ni goda goda I pula. Ok lah nnt nak beli juga. Hat Ni nampak cute sangat.

    ReplyDelete
  3. waaa.... nice.. terima kasih sharing kak.. mmg hari tu lagi nak beli tp tak tahu beli kat mana

    ReplyDelete