Kalau korang pengikut k.fiezz di blog ataupun media sosial k.fiezz, mesti perasan k.fiezz rajin buat proses warna rambut guna daun inai. Yea..k.fiezz kebiasaannya memang pilih bahan pewarna untuk warna rambut guna daun inai asli sahaja. Selain dari kandungan yang bukan gunakan daun inai,  k.fiezz was was sikit nak guna. Sebabnya daun inai memang dah terbukti sejak dari zaman nenek moyang kita lagi, daun inai memang ada khasiat untuk merawat rambut yang bermasalah  seperti kelemumur, gatal kulit kepala dan juga mewarna uban di rambut. 

Dalam kes k.fiezz sendiri, k.fiezz rajin warna rambut guna daun inai ni sebab masalah UBAN, uolls.. Yang ni paling utama. haha. Dah tua macam ni lah. Uban kemain meriah sana sini. Selak je, mesti ada terselit. Paling banyak bahagian depan. Adeh. Sabor je lah nengok uban-uban tu. Kadang k.fiezz geram, k.fiezz cabut uban kat rambut ni. Walaupun orang-orang tua cakap, jangan cabut uban nanti lagi banyak keluar uban. Tapi kadang tak cabut uban pun macam banyak je. 

Selain dari masalah uban, k.fiezz mengalami juga masalah kelemumur dan gatal kulit kepala. Tu yang rasa lagi suka warna rambut guna daun inai. Warnakan rambut dapat untuk tutup uban. Masalah kelemumur dan gatal kulit kepala pun dapat dirawat sekali sebab daun inai merawat rambut juga. 3 dalam 1 gitu.

Eh..Ada yang tak tahu lagi ke khasiat daun inai untuk rambut. Meh baca kat bawah ni. 

Khasiat Daun Inai Untuk Rambut

  • Kurangkan masalah kelemumur dan rambut bercabang
  • Kuatkan akar rambut
  • Kurangkan kegatalan kulit kepala
  • Pewarna rambut semulajadi untuk menutup uban
  • Rambut lebih bersinar
Atas sebab khasiat daun inai untuk rambut seperti di atas ni, k.fiezz lebih suka memilih warna rambut guna daun inai. Lebih selamat, lebih terjamin tahap keselamatan. Kalau guna produk di pasaran yang dah dicampur dengan bahan chemical, kita tak tahu selamat ke nak guna?K.fiezz ada terbaca ada yang pernah alami alergi akibat mewarnakan rambut dengan bahan pewarna yang berada di pasaran. K.fiezz seriau baca arahan pewarna rambut di pasaran, mesti ada ayat 'sila uji dahulu di anggota tubuh yang lain. sekiranya timbul alergi, tidak digalakkan untuk guna'. Bagus tu bagus lah ada peringatan tapi nampak sangat bahan yang digunakan dalam pewarna rambut tu tak berapa selamat nak pakai. Nak pakai pun was was. Baik k.fiezz pilih warna rambut guna daun inai. Selamat & terjamin. 

BIO ORGANIC HENNA DARK BROWN

So ni k.fiezz nak kongsikan pewarna rambut terbaru yang k.fiezz cuba. Bahan dia wajib lah dari daun inai asli. Hat ni memang lulus piawaian k.fiezz sebab bahan dia tu yang k.fiezz tak was was atau takut nak guna. Selain sebab utama dia yang berfungsi dia untuk MERAWAT KELEMUMUR, GATAL KULIT KEPALA & MEWARNA RAMBUT yg BERUBAN. Untuk kesan yang lebih baik, korang digalakkan guna selama 3 hari berturut-turut. 

Pewarna rambut Bio Organic Henna ni di jamin berkualiti terbaik tanpa sebarang campuran bahan kimia. Sesuai sangat untuk yang ada masalah alahan atau kulit sensitif dengan pewarna rambut yang ada campuran bahan kimia. Bio Organic Henna penyelesaian terbaik untuk korang yang ada masalah rambut beruban dan juga masalah rambut seperti di atas. 

Bio Organic Henna ni ada ada tiga warna (Brown, Medium Brown & Soft Black). Korang boleh pilih ikut kesesuaian dan warna yang korang nak. 

Bio Organic Henna ni dapat pengiktirafan dari ECOCERT & dijamin kualitinya yang gunakan bahan organic sahaja (rujuk gambar di bawah).

daun inai, warna rambut guna daun inai, inai merawat rambut,khasiat daun inai untuk rambut,cabut uban,  masalah uban,bio organic henna

Pengiktirafan produk

daun inai, warna rambut guna daun inai, inai merawat rambut,khasiat daun inai untuk rambut,cabut uban,  masalah uban,bio organic henna

Dalam kotak disertakan sepasang sarung tangan, arahan cara guna & 1 pek serbuk inai asli. 

KENAPA PERLU CUBA BIO ORGANIC HENNA

  • 100% dari bahan organik asli
  • Suburkan rambut dari akar & mengawal rambut gugur
  • Jadikan rambut tebal 
  • Mengawal kulit kepala gatal & menjaga kulit kepala kekal sihat
  • Merangsang pertumbuhan rambut baru
  • Jadikan rambut lebih lembut
  • Tiada campuran bahan kimia berbahaya
  • Tidak ada amonia & Hydrogen peroxide
  • Selamat & senang nak guna
daun inai, warna rambut guna daun inai, inai merawat rambut,khasiat daun inai untuk rambut,cabut uban,  masalah uban,bio organic henna


daun inai, warna rambut guna daun inai, inai merawat rambut,khasiat daun inai untuk rambut,cabut uban,  masalah uban,bio organic henna


daun inai, warna rambut guna daun inai, inai merawat rambut,khasiat daun inai untuk rambut,cabut uban,  masalah uban,bio organic henna

Cara guna BIO ORGANIC HENNA seperti di atas (rujuk gambar). 

Cara bancuh Bio Organic Henna Dark Brown


daun inai, warna rambut guna daun inai, inai merawat rambut,khasiat daun inai untuk rambut,cabut uban,  masalah uban,bio organic henna

Lumur serbuk inai yang dah dijadikan pes kat atas rambut dan kulit kepala & biarkan sampai kering. Kemudian boleh bilas dengan air bersih. 

PUAS HATI GUNA BIO ORGANIC HENNA

Overall k.fiezz puas hati dengan bio organic henna sebab k.fiezz memang penggemar warna rambut guna daun inai. Setakat ni, semasa proses warna rambut guna Bio Organic Henna, k.fiezz tak ada alami sebarang kesan negatif macam gatal, alergik atau yang seangkatan.  Sebab bahan dia yang menggunakan daun inai asli. Selain dapat warnakan rambut untuk tutup uban, kulit kepala dah kurang gatal & kelemumur pun nampak berkurangan sikit. Macamana k.fiezz tahu kelemumur berkurangan, selalunya bila sikat rambut, mesti nampak putih-putih kat bahu. Lepas guna Bio Organic Henna ni, tak nampak dah putih-putih tu bila sikat rambut. hehe. Maksudnya kelemumur dah berkurangan. Untuk info korang 1 pek inai tu, k.fiezz rasa boleh tahan lama. K.fiezz guna haritu, sikit je tapi tengok juga pada tahap panjang rambut masing-masing. Kalau korang yang ada masalah-masalah seperti k.fiezz beritahu di atas ni & memilih merawat rambut dengan bahan organik, korang patut cuba Bio Organic Henna ni, klik >> BIO ORGANIC HENNA DARK BROWN <<

Kat Mana Nak Beli Bio Organic Henna

Simran Beyond Beauty satu-satunya pengedar tunggal yang mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjual produk Bio Organic Henna. Di Simran Beyond Beauty ni, selain dari beli produk Bio Organic Henna, kita boleh dapatkan rawatan secara terus  di 54A, Jalan Tun Mohd Fuad 1, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur (Tel : 03-7725 3897 / Gurjit Kaur 60 12 914 5884 )
FB Pages : SimranBeyondBeauty
Instagram : simranb_beauty
E-Mail : Klsales.sbb@gmail.com

2 Comments