Sebelum ni entry k.fiezz berkaitan << CARA NAK REFUND DUIT SHOPEE >>  agak hot & carian popular di blog k.fiezz. Cuma entry atas ni tahun 2018 & masa entry ditulis, duit refund shopee akan masuk ke wallet dalam shopee & dari situ kita boleh transfer pula ke bank. Jadi entry atas ni dah agak ketinggalan sikit sebab shopee dah upgrade menggunakan Shopee Pay..

BERAPA LAMA DAPAT DUIT REFUND SHOPEE?

Kadang k.fiezz ada terima juga soalan 'berapa lama baru dapat duit refund shopee?', harap entry ni dapat menjawab persoalan korang tu. Sebelum ni k.fiezz nak jawab, tak berapa pasti sebab tak alami sendiri memandangkan dulu (rujuk entry atas ni) guna cara lama & proses dia pun k.fiezz ingat-ingat lupa. Jadi ni dah kebetulan k.fiezz alami sendiri untuk kes terbaru & gunakan shopee pay, boleh lah  k.fiezz kongsikan dengan korang.

SHOPEE PAY

Untuk yang tak tahu, shopee pay ni kita boleh top up berapa jumlah yang kita nak bagi memudahkan kita membeli-belah dalam website shopee. Kelebihan juga bila guna shopee pay, boleh dapat diskaun, free shipping. Juga semua order yang ada masalah seperti barang tak sampai, duit refund shopee akan dimasukkan ke dalam Shopee Pay.

Jadi kat sini k.fiezz nak kongsi cara refund shopee dengan kaedah terbaru menggunakan Shopee Pay.

Baru-baru ni k.fiezz ada masalah dengan salah satu barang yang k.fiezz order di shopee. Barang dihantar semula kepada seller. Jadi k.fiezz kena buat request cancel order & buat semula order baru. 

BARANG DI HANTAR SEMULA KEPADA SELLER

Punca k.fiezz request cancel order bila seller maklumkan barang dah dihantar semula kepada dia (seller). Jadi seller minta k.fiezz cancel order & buat order baru. Adeh. Memula k.fiezz ingatkan kena buat bayaran lain. Rupanya seller suruh cancel order, nanti dia approve permohonan tu. Bila approve, selepas beberapa minit duit refund akan masuk ke akaun ShopeePay kita. Tak lama pun proses dia, kejap je. As long bila kita CANCEL ORDER, SELLER APPROVED!!ONCE SELLER APPROVE, PROSES REFUND MASUK DALAM AKAUN SHOPEE PAY, AMBIL MASA KEJAP SAJA.

So jom check it out CARA REFUND DUIT SHOPEE

cara cancel order shopee, refund di shopee, duit refund shopee, cara refund shopee, cara refund shopee barang tak sampai, cara nak refund duit shopee,

Ni kronologi barang k.fiezz yang dihantar semula kepada seller. J&T yang problem. Barang pick up pada 30.5.2020. Lepas tu 31.5.2020 barang dah sampai ke J&T Kuchai Lama.  J&T Pending Delivery. Tapi sebab 31hb hari ahad, k.fiezz assume Isnin (1.6.2020) baru diaorang bawa keluar. Eh sekali..2.6.2020 barang hantar balik pada seller

Jadi seller minta cancel order..

Kalau ada yang tertanya cara nak cancel order shopee. Senang saja. Korang klik button cancel order pada barang dibeli yang korang tak dapat barangnya tu. Lepas klik button cancel order, korang akan di bawa ke page bawah ni. 


cara cancel order shopee, refund di shopee, duit refund shopee, cara refund shopee, cara refund shopee barang tak sampai, cara nak refund duit shopee,

Detail barang yang kita cancel order. Tunggu sahaja seller approved. Selagi seller tak approved kita tak dapat duit refund shopee. Jadi point nya kena tunggu sampai seller approved baru kita dapat semula duit refund shopee ni..

cara cancel order shopee, refund di shopee, duit refund shopee, cara refund shopee, cara refund shopee barang tak sampai, cara nak refund duit shopee,

Atas ni notifikasi untuk kes k.fiezz bagi refund Shopee barang tak sampai. Korang boleh baca dari bawah & naik ke atas. K.fiezz request cancel order & seller approved. Dalam beberapa minit duit refund shopee dah masuk dalam shopee pay k.fiezz.
 
cara cancel order shopee, refund di shopee, duit refund shopee, cara refund shopee, cara refund shopee barang tak sampai, cara nak refund duit shopee,

Tadaaa..tengok bahagian atas di ruangan shopee pay. Duit refund shopee dah berjaya masuk. Jadi k.fiezz buat semula order baru & nanti seller akan bagi tracking number yang baru. Dalam kes ni, k.fiezz memang nak barang ni jadi k.fiezz buat pembelian semula. Ikut lah kes masing-masing ya. Kalau tak nak buat pembelian, boleh lah simpan dulu duit dalam akaun shopee korang. Tak luak pun.Nanti nak beli apa-apa yang berkenan, baru guna. 

PEMBELIAN SEMULA BARANG YANG DIBATALKAN

cara cancel order shopee, refund di shopee, duit refund shopee, cara refund shopee, cara refund shopee barang tak sampai, cara nak refund duit shopee,

Sebab k.fiezz buat pembelian semula & duit refund shopee masuk ke akaun shopee pay, jadi bagi pembayaran pembelian semula ni, guna kan shopee pay. 

cara cancel order shopee, refund di shopee, duit refund shopee, cara refund shopee, cara refund shopee barang tak sampai, cara nak refund duit shopee,

Lepas pembayaran berjaya di buat, page berikutnya seperti di atas.  Jadi tunggu saja barang yang order semula ni sampai. Dalam kes k.fiezz, barang pembelian semula ni dah di terima semalam. alhamdulillah... 

So kalau korang yang ada masalah & tak faham cara nak refund duit shopee, ni caranya. Tak susah pun. Yang penting seller & korang berkomunikasi berkaitan barang yang di order bermasalah atau tak sampai. Korang maklumkan pada seller yang korang nak cancel order bagi memudahkan seller untuk mempercepatkan permohonan korang dan korang boleh dapat segera duit refund shopee..

Kalau ada kes, seller tak approve permohonan  untuk pembatalan order, korang boleh rujuk pada Customer Service Shopee. K.fiezz rasa shopee ada bagi timing juga pada seller untuk luluskan pembatalan order pelanggan. Tak pasti lah. Mungkin. Lebih detail, korang boleh rujuk pada customer service shopee. 

7 Comments

  1. info yg sngt bguna. sejak menjak pkp ni, mmg hari2 jenguk shopee

    ReplyDelete
  2. suka beli brg di shopee, pembayaran lebih efisyen. seller pun so far semua yang ok.

    ReplyDelete
  3. Klau seller cancel order mcm mne pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak ada masalah nanti dapat refund semula sebab seller yg cancel order...cuba lah follow up dengan shopee..

      Delete
  4. Saya punya barang salah alamat, sepatutnya alamat Shah Alam tapi terletak alamat Kedah. Dah sampai Kedah baru perasan salah alamat. Huhuhuuhuhu sadis. Dah minta refund dengan seller. Seller pun ok je. Tapi barang tu diberitahu akan return, cuma tak tahu keberadaan barang tu huhuhu. Harap-harap sampai kat seller dalam keadaan baik dan dapat sampai kat saya nanti. Huhuhu...

    ReplyDelete
  5. Hi nk tanya. Klu mcm mslh sy ni. Sy oder brg tp shopee minta tukar kaedah bayaran. Sdgkan ms dlm proses duit tu shopee dh potong. Ms cancel. Seller tk approve. Sbb ms buat payment ada tertera perkataan failed. Mcm mn tu sis. Dah cancel tp duit xterima dlm shopee pay. Chat dgn agent shopee. Kata nya dia akn cek dan refund blk duit tu. Sy xpasti sama ada adkah dpt blk duit tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. No worry,akan dpt duit tu.cuma lmbt sbb shopee nak siasat dulu kes u ni..

      Delete