Happy Anniversary to both of us. Dah 1* tahun bersama. Alhamdulillah. Masih setia antara satu sama lain. Saling melengkapi. Gaduh. Ni perkara biasa. Dari gaduh-gaduh ni, kitaorang saling mengenali antara satu sama lain. Tak percaya!! Sila lah percaya atau kahwin dan alami sendiri keseronokan berkahwin ni. Hehe. Dari bergaduh ni, kita lebih kenal pasangan kita macamana.  Apa dia tak suka apa yang dia suka. Dari situ kita cuba perbaiki mana-mana yang kurang. Perkahwinan untuk saling lengkap melengkapi bukannya bila dah kahwin kita sempurna serba serbi. Tak..Kita manusia biasa, tak sempurna mana pun. Bila kita berkahwin, kekurangan antara kita & pasangan ni pelengkap antara satu sama lain. Pasangan kita malas. Kita rajinkan diri. Pasangan kita cerewet. Ambil tahu, apa yang dia cerewet tu. Apa yang dia suka makan?Apa hobi dia?Semua kena ambil tahu & kita cuba belajar. Sama lah pasangan kita pun macam tu juga. Ambil tahu setiap perincian pasal kita. Dah kahwin, tak ada istilah 'eh..sibuk je nak tahu'. Untuk k.fiezz tak ada, yea. Kena ambil tahu untuk memudahkan persefahaman antara satu sama lain. 

AWAL KAHWIN STRESS

Masa awal kahwin dulu, serius talk k.fiezz stress dengan mr hubby. Nak faham perangai dia. Nak ikut cara dia. Bergaduh tu jangan cakap lah. Baru kahwin ni, bergaduh dalam telefon. Masa tu kat rumah mak k.fiezz. Tak ke mak risau, anak dia baru kahwin dah bergaduh kemain tinggi suara. haha. 

Dulu kerja mr hubby shift. K.fiezz pula kerja ikut waktu pejabat. Jadi nak faham kerja mr hubby yang tak menentu dulu memang mencari punca nak bergaduh. Belum lagi part kewangan. Tak berapa stabil. K.fiezz rasa terkongkong sebab tak bebas nak membeli apa saja macam masa bujang dulu. Masa tu awal kahwin dalam tahun pertama. 

fieza sani, anniversary
throwback masa cuti-cuti ke Medan 2 tahun lepas..Windu
benornya nak cuti-cuti...


MASIH KERAP BERGADUH?

Dah kurang rasanya. Ada juga kadang-kadang tapi tak sekerap macam awal kahwin dulu. Dua-dua lebih matured & faham karakter / perangai masing-masing. 

Masa mula kahwin dulu, memang hobi suka bergaduh. Haha. Yelah, kenal 5 bulan je lepas tu bertunang. Lepas tu kahwin. Tak ke ambil masa nak kenal & faham perangai masing-masing. Tu yang tahun pertama kahwin, k.fiezz rasa struggle  & tough nak faham karakter mr hubby ni.

KENAL BERAPA BULAN DAH BERTUNANG?

Yea..Sebab masa mr hubby kenal k.fiezz, mr hubby baru putus tunang. Jadi dia tak nak pisang berbuah 2x, tu yang terus ikat je dengan k.fiezz. Yang k.fiezz pun gatai juga kan..Laju Nakkkk masa mr hubby ajak kahwin. haha. Gatai,kan...

Sekali lepas kahwin, ambil ko asyik berendam air mata awal kahwin dulu. Masa tahun pertama tu saja. Masuk tahun seterusnya dah okey sampai sekarang. alhamdulillah..

MASIH BERDUA WALAUPUN DAH MASUK TAHUN KE-1* KAHWIN

Yea..masih..Belum sampai rezeki Allah nak bagi rezeki yang satu ni pada kitaorang. Rezeki lain semua Allah bagi. Ada kerja tetap, ada rumah, kereta, sihat, keluarga,kawan-kawan & macam-macam lagi rezeki. Rezeki zuriat kami masih sabar menanti. Kita merancang, Allah sebaik-baik perancang. Kita bersangka baik sahaja. Ada lah hikmahnya. Setiap orang, ujian berbeza.

Usaha seiring dengan doa. K.fiezz hari2 berdoa, moga satu hari nanti Allah kurniakan juga rezeki zuriat dari benih kami..Aamin..

Kalau kata ada orang nak bagi anak angkat pun, kitaorang terima tapi tu lah zaman sekarang no money no talk. Artis senang ambil anak angkat sebab biomum minta berapa, diaorang boleh bayar. Macam taraf-taraf k.fiezz & mr hubby ni, telan air liur dengar bila minta lebih dari 1k. Berapa kali juga sebelum ni tak jadi ambil sebab faktor kewangan. Ermm..senang cerita, belum rezeki kitaorang lagi nak dapat anak sendiri ataupun anak angkat.

HAPPY ANNIVERSARY

Apapun Happy Anniversary to both of us. Moga kita terus sayang-menyayang antara satu sama lain. Selalu berada di samping masing-masing waktu susah dan senang. Cewah..Jiwang pula..hehe. Sesekali gitu..

Tahun ni tak celebrate potong kek ke?jalan-jalan ke?sebab kita 1 Malaysia masih dalam PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT. huhu. Moga cepatlah virus COVID-19 ni berlalu dari Malaysia & satu dunia ni. 

Nak bebas ke sana ke sini ke sana ke sini macam dulu...uwaaaa..rinduuu.

7 Comments

  1. Happy anniversary kak Fieza. Semoga bahagia sampai Jannah. Aamiin

    ReplyDelete
  2. Happy Anniversary sis 😊

    ReplyDelete
  3. semoga dimurahkan rezeki. in shaa Allah. اَÙ…ِين ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†
    happy anniversary!

    ReplyDelete
  4. Happy anniversary FS & Husband. Gaduh2 tu biasa ler, gaduh2 manja kan ... semoga till jannah ya.

    ReplyDelete
  5. tahniah
    sentiasa berbahagia :)

    ReplyDelete
  6. Happy Anniversary Fiza!!
    InshaAllah ada rezeki untuk Fiza dan suami....enjoy kehidupan dulu! Travel banyak-banyak....nanti kalau dah ada "handbag", berposak nak angkut macam-macam barang masa travel, huhuhuhu!

    ReplyDelete
  7. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete