Orang ada ring light. kakak fiezz nak juga ring light. Dasar tak boleh tengok orang lebih tau. haha. Idak la kakak fiezz memang dah lama usya nak beli led ring light ni sebab lighting / cahaya dari sumber semulajadi iaitu matahari kadang tak berapa membantu sangat. Rumah k.fiezz ni nak ambil gambar yang cantik & cukup pencahayaan, kena waktu pagi. Baru elok cerah gitu. Tapi kadang tengok mood juga bila nak tangkap gambar atau buat video. Kalau mood tak ada, lantaklah pagi ke apa..Memang tak lah buatnya. Tapi kalau mood tetiba nak buat, hah..Petang pun boleh. Boleh tu boleh la cuma lighting semulajadi tak membantu. Gambar tak cantik. So memang nak bantuan dari LED ring light ni. Baru rasa gambar lagi cun dan nampak lagi clear. Nak buat video tutorial guna Obsess Foundation pun senang nak tunjuk pada audience kalau ada jerawat/parut jerawat. Nampak clear gitu. Baru lah orang percaya nak beli. Eh..ter promote pula. haha

So nak hasil yang menarik, kena lah keluarkan bajet sikit. Apa susah kita cari je di Shopee..Ewah..tak miss dengan Shopee. BFF sangat tau..hehe

Berapa harga ring light ni? Nanti kat bawah k.fiezz share harga & link seller

harga ring light,ring light shopee, cara memilih ring light yang bagus,led ring light malaysia

Cara Memilih Ring Light Yang Bagus?

K.fiezz tak tahu ciri apa yang bagus untuk pilih ring light ni tapi ni dari pengalaman k.fiezz sendiri masa nak beli LED ring light. K.fiezz pentingkan ada stand & handphone holder. Masa misi duk mencari LED Ring Light ni, kakak fiezz usya kat shopee. Ada yang harga tanpa stand & handphone holder. Sebab ada yang k.fiezz tanya dulu sebelum nak beli sebab macam curios tengok gambar & review rating dari customer. Ada yang mention, tak ada stand..tak ada handphone holder. Halah halah, failed. Dah satu kerja pula kena setting untuk letak handphone holder lain. K.fiezz ada je handphone holder tapi dah kena adjust pula. Satu hal. Tak ada stand pun satu hal. Kena letak kat atas meja. Jenuh nak adjust

So cari punya cari, jumpa yang berkenan di hati. Harga pun berpatutan. Complete ada stand & handphone holder. Lepas k.fiezz masuk yang ni dalam bakul di Shopee, harga Led Ring Light ni ada diskaun lagi. Tapi masa tu tak terus bayar. KIV dulu. 

Kebetulan mr hubby ke Low Yat, ada lah nampak kedai-kedai yang jual LED Ring Light ni. Tapi harga kat situ lagi mahal weiii..semua main ratus-ratus. 

Balik dari Low Yat, laju-laju mr hubby check out yang dah buh dalam bakul shopee ni. Haha. Sabar je lah. Masa dah dapat ring light ni memula k.fiezz letak kat ruang tamu. Area k.fiezz shoot gambar & video. 

Eh..sekali selang beberapa hari, ring light ni dah letak atas meja PC mr hubby. Baik punya setting. Mr hubby sekarang dah berjinak-jinak dengan streaming gaming pula. Tu yang dia nak ring light nak bagi nampak terang bila dia tengah streaming tu. 

Abis kakak fiezz punya mekap video / tangkap gambar acane?Bukan main pantas mr hubby cantas k.fiezz tau. Sabo je sis dengan mr hubby ni.. 

Dan tadaaa...Sabtu lepas, kitaorang pi ke kedai seller ni. Kedai dia di SetiaWalk Puchong. Dekat je dengan rumah. So terus pi beli direct Ring light kat situ. Harga RM79.00 beli direct. Harga di Shopee masa beli >> RM74.90. Harga normal RM135.00..

PUAS HATI

Led Ring Light ni ada 3 warna lampu- white / warm / yellow. Pilih ikut yang bersesuaian dengan gambar masing-masing. Ada handphone holder (paling penting), hehe. Senang nak shooting video / tangkap gambar. Stand dia pun rasanya boleh adjust lagi ketinggian. 

K.fiezz dah rasmi guna LED Ring Light ni tapi tu la muka k.fiezz tengah bengkak-bengkak & merah-merah ni. Memang clear nampak dalam video. haha. Segan nak share kat sini. Kang orang tak jadi nak beli obsess foundation sebab ingatkan punca dari foundation padahal bukan benornya. Scrub punya hal..

Boleh baca kat sini >>Tersalah Guna Skrub Muka Jadi Bengkak <<

By the way, siapa yang nak cari ring light boleh check it out dari ANDIOS.ONLINE..

Bawah ni spesifikasi LED Ring Light yang k.fiezz beli 

Voltage:12V Power: 10W Luminous: 1500LUx Dimmer: 1%~100% Color Temperature: 3200K-5500K (+/-300K) LED QTY: 120pcs Outer diameter: 26cm, inner diameter: 20cm Package Includes : 1x USB 26cm Ring Light 1x USB Power Cable 1x High Quality Light Stand (Up to 2meter) Optional

4 Comments

  1. musim orang beli ringlight sekarang. especially youtuber memang kena ada satu sorang benda alah ni

    ReplyDelete
  2. Allahhh kalau tak dah boleh tengok hasil guna ring tu

    ReplyDelete