Tadi saja check kat Google Search Console k.fiezz, baru perasan ramai orang klik kat topik pasal pengunaan poslaju ezibox ni. Lepas tu k.fiezz saja google, eh banyak rupanya orang baca entry sebelum ni yang k.fiezz kongsi << Best Guna Ezibox Poslaju Memang Memudahkan << . 

Ada antara yang komen, bertanya macamana nak minta penghantar guna alamat ezibox ni..Sebab senang guna ezibox ni terutama yang bekerja. Kadang ada setengah pejabat/tempat kerja tak benarkan penerimaan barang peribadi guna alamat pejabat. Nak guna alamat rumah, tak ada orang kat rumah di hari bekerja. Kecuali dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sekarang ni, memang majoriti ada kat rumah. So tak ada hal nak guna alamat rumah. Tapi dah start keja nanti..Acane..Biasalah kita ni kan hobi shopping online duaplohempatjam..haha..Jom, k.fiezz jawab persoalan korang tu cara hantar ke ezibox..

CARA HANTAR KE EZIBOX

Sebenarnya senang je nak minta penghantar/penjual untuk hantar barang pada kita guna alamat ezibox ni. Korang cuma kena ke website Pos Laju & semak alamat ezibox yang terdekat dengan rumah masing-masing. Dah dapat alamat, terus bagi pada seller. Tak kisah lah korang beli barang dari mana pun, as long alamat penghantaran kalau korang nak guna ezibox, cuma pastikan alamat ezibox tu betul dan tepat. poskod betul. Jadi tak ada masalah.

Take note yaaa...Ezibox ni bawah seliaan bawah POS LAJU tau. Jadi kalau korang guna kurier macam ABX ke, J&T ke atau mana-mana kurier tapi alamat korang letak ezibox POS LAJU ni, memang tak laa abang-abang kurier tu nak hantar barang korang tu. Jadi pastikan kalau penghantaran melalui POS LAJU sahaja, baru korang boleh guna alamat ezibox ni. 

LOKASI EZIBOX

Ezibox ni kebiasaan dia letak di tempat senang untuk kita aksess. Contoh macam dekat kawasan rumah k.fiezz, pihak Poslaju letak kat stesen LRT yang dekat dengan rumah k.fiezz. 

Ceritanya k.fiezz pun tak perasan kat situ ada Ezibox ni. Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan ni, k.fiezz dapat mesej dari Pos Laju untuk ambil barang di Ezibox ni. K.fiezz macam 'aih...ada Ezibox ke'?Balik kerja, terus pi ke kaunter LRT tanya ada peti Ezibox ke kat sini?Rupanya ada. Kat tingkat bawah stesen LRT tu je. Laaa baru tahu..haha.. So lepas ni k.fiezz guna alamat ezibox sini lah. 


guna alamat ezibox cara hantar ke ezibox

Mudah Dengan EZIBOX

K.fiezz memang suka ada ezibox ni. Memudahkan untuk penerimaan barang terutama yang suka shopping macam k.fiezz ni. Tetiba scroll shopee, nampak menda menarik nak beli. hehe. Nafsu sangat tau. So kadang ada setengah seller kat shopee, guna Pos Laju je. Barang tu pula memang nak sangat. Cari yang lain, tak ada. Memang kena beli juga la dengan seller tu. Bila ada ezibox ni senang. Nak collect pun tak ada masalah sebab k.fiezz memang guna LRT gi kerja hari-hari. Tak ada masalah nak ambil barang kat Ezibox kalau ada beli barang online.


2 Comments

  1. mama xpandai pakai ni tq fieza share

    ReplyDelete
  2. oh belum tahu pasal ni, pertama kali tahu baca kat entri blog ni :D

    ReplyDelete