topeng muka, mask, covid19

Kan..Setuju dengan artikel ni. Terang dan jelas dah diterangkan, tak guna topeng muka bukan satu kesalahan. tapi tapi kenapa bila pi ke pasaraya, kena halau sebab tak pakai topeng muka. Huhu. Topeng muka untuk mereka yang ada bergejala macam selsema, batuk. Untuk kita yang sihat dan tak ada masalah ni, tak wajib pun kena pakai topeng muka. 

Masa minggu fasa pertama PKP, k.fiezz pi ke KK Mart nak beli ubat batuk untuk mr hubby , bila nak melangkah masuk tetiba nampak notis kat pintu KK Mart, ada notis. Kalau tak pakai topeng muka, tak boleh masuk. Allah. Macamana nak beli ni..Penyudahnya k.fiezz berdiri kat depan pintu KK & cakap dengan cashier KK Mart, nak ubat batuk. Dia cakap dari dalam sambil cari ubat batuk yang k.fiezz nak.  K.fiezz cakap dari luar je. Masa nak bayar, k.fiezz teragak-agak nak masuk sebab dah letak notis kata tak boleh masuk kalau tak ada topeng muka. Jadi k.fiezz tunjuk duit, signal la dia kena datang ke pintu tempat k.fiezz berdiri tu untuk bayar.  Lepas tu baru cashier bagi juga masuk. Dah masuk dalam tu, k.fiezz cakap kat cashier bukan tak nak pakai topeng muka tapi memang tak ada , nak pakai topeng muka apanya..

Sebelum tu jenuh cari topeng muka yang pakai buang tu. Jumpa tu jumpa tapiiii mahaiiii weiii..dekat RM100 termasuk postage. Dalam 1 kotak ada 50 je. Dah lah pakai buang. Haih, rasa nak menyumpah je kalau beli sebab mahai bebenor. So conclusion, malas nak beli. K.fiezz nak cari yang jenis kain je lah. Bukan kedekut tapi harga untuk topeng muka pakai buang tu, mahai sangat lah..Mentang lah tengah hot topeng muka ni, harga yang diletak tu memang ambil kesempatan sangat. huhu.

Tapi topeng muka ni bukan lah wajib pun. Haritu pun dengar KP Kesihatan ada cakap yang sama. Nak pakai boleh, tak nak pakai pun boleh. Cuma kalau ada gejala, wajib pakai. 

Memandangkan kita sekarang tengah PKP dan semua pun risau dengan COVID-19 ni, semua tempat dah letakkan syarat wajib pakai topeng muka. Kalau tak pakai, tak boleh masuk ke premis tersebut. Haih. Officer k.fiezz pun haritu cerita yang sama. Dia & suami pi ke pasaraya. Sekali kena jerit dengan guard di situ sebab diaorang tak pakai topeng muka. Dah la guard tu jerit kuat & masa tu orang agak ramai tengah beratur. Malu dia & suami. Nasib baik ada farmasi dekat area situ & kebetulan ada topeng muka. Terus lah diaorang beli..

Nampak tak, dah jadi wajib pula pakai mask di mana-mana. huhu. Padahal dah diterangkan, untuk yang bergejala sahaja wajib pakai. 

Tak pe lah dah diwajibkan. Kita ikut je lah. Faham, semua pun tengah risau & takut bila berlawan dengan musuh yang tak nampak ni (COVID-19). huhu. Kita anggaplah pakai topeng muka ni sebagai cara kita membantu kerajaan untuk mengurangkan risiko terkena COVID-19 ni dan membantu para frontliner kita di KKM dan semua yang berada di barisan hadapan. 

Moga cepatlah virus COVID-19 ni terhapus dari Malaysia & seluruh dunia. Aamiin. 

5 Comments

  1. Tapi lebih baik kalau pakai kan.. sekurang-kurangnya kita lebih yakin dengan diri sendiri

    ReplyDelete
  2. sebab masing2 was being extra careful i think. since it could be that we don't really know if we're the carrier or not, so taking the all the safety measures in the first place seems like the best choice out of all.

    ReplyDelete
  3. kalau gini, memang semua orang panik cari topeng muka, padahal bukan wajib sangat kecuali batuk atau selsema je..

    ReplyDelete
  4. Hari tue dengar ucapan dari Datuk Ismail Sabri , pemalaian topeng tak diwajibkan.hanya org yg brgejala mcm batuk2 selsema mcm tu digalakkan pakai. Tapi hri tue gi beli barang pemakaian topeng diwajibkan pulak.tidak kena halau balik . Padah kita yang takda simpton batuk selsema pun

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah kami zon hijau. Semoga semua tempat di malaysia kembali ke zon hijau. Aamiin

    ReplyDelete