Nak hilangkan stress kena masuk kerja harini & esok. Diikuti minggu depan & minggu yang habis Perintah Kawalan Pergerakan fasa ke-4 ni..Haih, k.fiezz doa moga cepatlah habis COVID-19 ni & kita boleh start kerja macam biasa tak adalah kena gilir-gilir macamni. To be honest k.fiezz stress pulak kena masuk kerja waktu Perintah Kawalan Pergerakan ni sebabnya tak ada kerja la weiii...Duk melangut je lah..Tugas utama k.fiezz rekod surat-surat dari pejabat bos besor. Masalahnya PA bos besor pun tak disuruh untuk masuk kerja jadi tak ada la surat-surat dari pejabat bos besor..Bila tak ada surat-surat dari pejabat bos besor, k.fiezz pun tak ada gheja..Tu yang k.fiezz macam blur kenapa k.fiezz kena masuk kerja #$%&^&*. Padahal tak ada kerja pun..Nak kata orang call pun tak ada, e-mail tak ada..Kira senang citer memang tak ada kerja lah..Semua tengah ikut ARAHAN KERAJAAN dengan DUDUK DI RUMAH. Lagipun setiap kali keluar tu, kita merisikokan diri sebab kita tak tahu siapa yang carrier & takut terkena kat kita. Minta jauhkan lah. Tapi kita tak tahu,kan..Untuk keselamatan diri, tu yang kerajaan suruh DUDUK RUMAH..huh!!bukan malas atau ambil kesempatan malas nak masuk kerja musim Perintah Kawalan Pergerakan ni tapi kita nak kurangkan risiko & bantu kerajaan untuk mengurangkan jumlah yang terkena jangkitan COVID-19 ni..tak tahu lah nak komen. Sebab sis orang bawahan je..Siapa lah kita nak bersuara..

Lagi k.fiezz bengang juga, k.fiezz terpaksa keluar RM extra sebab tambang balik rumah,k.fiezz kena naik GRAB memandangkan LRT/MRT dalam PKP ni beroperasi pada waktu tertentu je..Jadi setiap kali habis kerja, k.fiezz kena naik GRAB & tambang RM17-RM18 dari pejabat ke rumah k.fiezz..K.fiezz kena masuk kerja 2x seminggu..Dah berapa RM kena keluar untuk tambang GRAB tu je..haih...Tapi malaslah nak komplen, kita ikut je lah arahan dari pihak atasan kan?Kang tak ikut, ingkar perintah pulak..menyampah!!

So nak hilangkan stress ni, meh la k.fiezz menaip kat blog ni. Walupun tak berkaitan dengan luahan perasaan yang sebenarnya. Lebih kepada malas nak sakit hati sebab kena kerja time Perintah Kawalan Pergerakan ni..

Okey, k.fiezz nak membebel pasal apa ni?Jom k.fiezz kongsi sikit pasal produk Obsess..Eh, harus lah citer pasal Obsess..K.fiezz kan agen nya..ewah..hehe..

Produk Obsess Cosmetic JIMAT MASA MEKAP?

yea betul..korang boleh tengok video tutorial mekap yang k.fiezz kongsi di sosial media (facebook / instagram) menggunakan 2 produk obsess cosmetic dah boleh mekap seluruh muka dan ambil masa kurang 2 minit je, uoll..Ni mekap yang simple je tau. K.fiezz tahu kaum ibu memang tak dan la nak mekap kat mata, pipi bagai. Tapi dengan 2 Obsess Produk, korang boleh buat mekap ringkas je..Jimat masa!!!Ada la kaler-kaler sikit kat muka kan..Idak la tak bersewi je ghupenya...

lipmate obsess,mekap ringkas, obsess lipmatte raya edition

K.fiezz guna 3 kod Obsess Lipmatte Raya Edition

Contoh macam obsess lipmatte raya edition ni, boleh jadi blusher & eyeshadow. Yeszaaa..tu yang best dengan Obses Lipmatte Raya Edition ni. Kalau kata pi travel atau balik kampung, malas nak bawa banyak barang mekap, bawa 2 item Obsess Cosmetic (Foundation + Lipmatte), pun dah cukup untuk mekap satu muka, tau..Kalau kata nak bawa blusher ke eyeshadow ke, pun boleh. Sebab sama je produk obsess ni dia pelbagai fungsi untuk mekap. Tak payah risau...

lipmate obsess, mekap ringkas, obsess lipmatte raya edition

Nampak..customer pun setuju..hehe..Untung kalau korang dapatkan obsess lipmatte raya edition ni, tau..
Banyak fungsi dengan satu item je..Nak Untung lagi, dalam 1 kotak Obsess Lipmatte Raya Edition ni dapat 3 mini Lipmatte...yang penting TAHAN LAMA..hari-hari gilir pakai 3 kod, lambat lah habisnya..hehe..tahan lama...

SETIAP ITEM OBSESS PELBAGAI FUNGSI

Founder Obsess memang dah formula setiap produk di bawah label Obsess Cosmetic ni multifunction untuk seluruh muka. Tak kisah lah blusher @ eyeshadow Obsess pun..Boleh guna di mata, pipi & bibir..Jadi korang yang jenis malas nak banyak-banyak kerja kat muka..Nak ambil tu la, ni lah tepek kat muka..Hah dengan obsess pilih lah salah satu yang korang nak samaada lipmatte, blusher @ eyeshadow dah boleh mekap semua bahagian di muka kita..hehe

So untung ke tidak dengan obsess produk, dah jimat masa mekap kita.. Terutama untuk korang yang ada anak kecil tu. Banyak benda nak kena pegang untuk mekap, leceh. Mana nak kejar melawa untuk suami, diri sendiri, dengan mengejar anak lagi..haha..So, dengan Obsess Item, dua barang je dah cukup untuk mekap ringkas satu muka..yang penting JIMAT MASA weiii...Eh, kaum ibu-ibu pun kena melawa juga walaupun duk rumah..

OBSESS LIPMATTE RAYA EDITION SOLD OUT!!

Untuk info korang Obsess Lipmatte Raya Edition ni dikeluarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan jadi stok yang dikeluarkan terhad & di HQ SOLD OUTBut jangan risau, korang yang nak dapatkan Obsess Lipmatte Raya Edition ni, boleh dapatkan dari agen-agen Obsess yang merata di seluruh Malaysia. Salah seorangnya k.fiezz ler..hehe. Untuk COD, K.fiezz cover di Jalan Klang Lama, Bkt Jalil & berdekatan tapi untuk postage seluruh Malaysia. dan ada FREE GIFT setiap pembelian dengan k.fiezz..yeay...

Sebarang pertanyaan pasal produk Obsess atau masih ada stok ke idak Obsess Lipmatte Raya Edition ni, boleh contact K.FIEZZ >> OBSESS

4 Comments

  1. ye sis.. dah jadi mak mak ni tak payah berangan nak mekap beriya.. hee~ simple simple dah lah kan..

    ReplyDelete
  2. Sy tengok iklan obsess yang Mak Bae post tu macam fuhhh sekali sapu ja terus cantik muka haha.

    ReplyDelete
  3. obsess bi ray suke sgt tgk packaging dye

    ReplyDelete
  4. menariknya main make-up2 ni, tapi saya bila nak make-up ada saja gangguan, haha anak anak lah suka kacau, end up x jadi nak make up.

    ReplyDelete