Bila bulan puasa ni, macam-macam makanan kita nak. Tamak mata gitu..hehe..Tambah bila ke bazar ramadhan. Lagi la rambang mata. Semua nampak sedap. Tahun ni special sikit sebab kita berpuasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan dan  semua bazar ramadhan di batalkan untuk mengawal virus Covid-19 dari terus tersebar di Malaysia. 

Bazar Ramadhan di batalkan jadi suasana berpuasa kita tahun ni berbeza sangat. Sebelum ni kalau nak cari pencuci mulut untuk juadah berbuka, kita terjah ke Bazar Ramadhan. Tahun ni tak ada bazar. Kaum isteri / ibu kena masuk ke dapur & sediakan sendiri juadah untuk pencuci mulut tambahan pula bila si suami dan anak request macam-macam pencuci mulut sebab dah terbiasa sebelum ni, semua boleh beli di bazar. Tetiba tahun ni bazar di batalkan. Kena lah kita turun ke dapur sediakan semuanya sendiri. 

Dah kita kena sediakan juadah untuk pencuci mulut sendiri. tentu lah kita cari pencuci mulut mudah dan cepat. Contoh macam k.fiezz sendiri..hehe. Memang k.fiezz cari yang paling senang nak sediakan. 

So kat sini k.fiezz kumpulkan 20 resipi pencuci mulut mudah untuk disediakan yang boleh dicuba sepanjang bulan puasa ni. Bukan bulan puasa pun boleh tapi kita ni biasanya time bulan puasa ngada lebih nak macam-macam sebab siang hari tak boleh makan dan minum. Jadi time berbuka tu macam-macam lah kita nak.

20 RESIPI PENCUCI MULUT MUDAH DISEDIAKAN

Kesemua 20 resipi pencuci mulut ni disediakan oleh kawan-kawang blogger k.fiezz yang berkongsi resipi di blog masing-masing. Jadi k.fiezz kumpulkan kat sini untuk rujukan k.fiezz sendiri dan juga my follower (ewah..acah glamer sangat tau..haha)...

6 Comments

  1. sedapnye.. nanti nak try satu persatu menu dan resepi di atas๐Ÿ˜‹

    ReplyDelete
  2. Okay boleh cuba resipi resipi yang akak share ni

    ReplyDelete
  3. Banyaknya pencuci mulut.. Nak cubalah buat resepi yang ada di sini

    ReplyDelete
  4. Wahhh sedap sedap belaka menu ni. Nanti nak cuba ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  5. Menarik pemcuci mulutnya. Boleh cuba ni

    ReplyDelete
  6. semua pun sedapppp. rajin atau malas jak ni mau buat, haha.

    ReplyDelete